Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
125Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kempen Budi Bahasa dan Nilai

Kempen Budi Bahasa dan Nilai

Ratings:

4.5

(4)
|Views: 12,293 |Likes:
Published by roszelan

More info:

Published by: roszelan on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

 
Definisi ‘kempen’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segalausaha(kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum ataumendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu(matlamat dan lain-lain). ‘Budi bahasa’ pula bermaksud tingkah laku dan perbuatan. Jika digabungkan perkataan ‘nilai’ menurut
W.G.Ricky & Pustay, 1999
dan perkataan ‘murni’ menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ‘nilai murni’ boleh ditafsirkan sebagai prinsip, standard dan tatacara tindakanseseorang dalam sesuatu organisasi tanpa mengandungi unsur-unsur asing(biasanyaunsur-unsur yang mencemarkan) bersih benar,suci, dan tulen. Dari definisi-definisi diatasdapatlah disimpulkan bahawa Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bermaksudusaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkantingkahlaku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik. Melaluiusaha yang terancang dan ditambah dengan matlamat yang jelas, sesuatu kempen itu akandapat membuahkan hasil.Persoalan yang perlu dijawab adalah, mengapakah Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dalam sebuah masyarakat yang berteraskan keluhuran budaya dankeampuhan budi yang tersohor perlu diadakan. Masyarakat Malaysia yang berteraskan budaya Melayu sebagai pendokong, merupakan satu budaya yang terkenal di seluruhdunia. Orang Melayu sebagai bangsa yang lemah-lembut dan berbudi bahasa sudahmenjadi perbualan diseluruh dunia. Apakah kempen sebegini masih diperlukan? Sukar untuk menjawabnya. Kesedaran kerajaan akan kewujudan kelemahan dikalangan
 
masyarakat dan khususnya kakitangan kerajaan dalam aspek ini menjadi justifikasikepada kempen. Ini bukanlah menunjukkan kita sudah tidak berbudi bahasa, tetapi kita perlu memperbetulkan apa yang ada dan menambah apa yang kurang.Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hariini demi kesejahteraan masa depan. Malahan, ini merupakan susulan kepada usahaInstitut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat di bawah kepimpinan Datin Profesor Roziah Omar yang telah menganjurkansatu Seminar Nilai dan Pembangunan Sosial ke arah pemantapan Dasar Sosial Negara(DSN) dan masyarakat cemerlang pada 16 September 2004. Seminar inimembincangkan mengenai penyematan nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan wargacemerlang sebagai `masyarakat kelas satudi sebuah negara ‘kelas pertama.Kempen ini adalah merupakan sambungan kepada pelbagai bentuk program penerapan nilai yang telah dilaksanakan secara berterusan sebelum ini yang telah berjayamenanam asas keutuhan yang kuat. Walaubagaimana pun permasalahan nilai dankelemahan integriti masyarakat masih berlaku dengan ketara. Budi bahasa dan amalanmurni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyatdan kerajaan mesti berjuang bersama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu. Gerakan dan
 
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni ini adalah puncak daripada tindakan kerajaanuntuk menerapkan serta menanam nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi serta perilaku warganegara Malaysia di semua peringkat. Kempen ini diharap akan dapatmeneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.Dalam keadaan dunia tanpa sempadan, dan maklumat yang tiada batasnya,masyarakat yang dahulunya tidak banyak terdedah dengan persekitaran sejagat sekarangsegalanya berada dihujung jari seperti penggunaan internet di mana teknologi inimembolehkan rakyat Malaysia menggunakannya untuk mendapatkan maklumat. Inimenyebabkan mereka lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan budaya bangsa Malaysia. Tanpa disedari budaya negatif boleh meresap dalam diri mereka danmereka mungkin mengikut dan mengamalkan cara hidup tersebut. Penjajahan budayahangat diperkatakan di mana remaja kini lebih cenderung memilih idola dari barat seperti penyanyi dan pelakon filem. Ramai yang begitu taksub dengan idola mereka sehinggasanggup meniru cara berpakaian yang menjolok mata, penggunaan perkataan yang kasar serta kesat, cara bergaul tanpa batasan, dan gaya hidup yang jelas melanggar tatasusilamasyarakat dan agama. Penerapan nilai dan budaya yang tidak sesuai dengan normamasyarakat mudah diterima jika masyarakat tidak diberi peringatan. Tapisan maklumatdari sumber-sumber yang sukar di kawal menjadi kemahiran yang perlu ada pada dirikita. Jika tidak penerapan nilai yang tidak sejajar dengan budaya kita akan diserap tanpadisedari.

Activity (125)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Dinda Novia liked this
Nurliana Nana liked this
Sharvina Sara liked this
fakhirahmohd22 liked this
anna_ung liked this
Firkhan Hasan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->