Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
37Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kuasa

kuasa

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 2,258 |Likes:
Published by roszelan

More info:

Published by: roszelan on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN
Dalam organisasi, kuasa merupakan elemen yang penting bagi seseorang pemimpin dalam merancang dan melaksanakan peraturan serta memudahkan perjalananorganisasi. Amalan dan penggunaan kuasa yang berkesan akan membolehkan seseorang pemimpin itu memahami bagaimana sesebuah organisasinya beroperasi. Ini keranatunggak utama penilaian terhadap keberkesanan pemimpin organisasi adalah melalui penggunaan kuasa yang ditunjukkan. Dengan penggunaan kuasa yang betul, seseorang pemimpin dapat menentukan hala tuju ke arah pencapaian matlamat organisasi. Oleh itu pemimpin perlu memiliki dan menggunakan kuasa yang sesuai bagi membolehkannyameningkatkan prestasi pasukan kerja dan keyakinan pekerja terhadapnya.Dalam konteks organisasi, setiap interaksi, komunikasi, dan hubungan sosialdalam sesebuah organisasi akan melibatkan penggunaan kuasa. Melalui komunikasi,kuasa dialirkan melalui saluran yang ditetapkan untuk digunakan, diperkembangkan,dikekalkan, dan dipertingkatkan bagi membentuk norma-norma, matlamat, dan mengatur tingkah laku. Inilah kuasa yang ditunjukkan melalui komunikasi (Pace dan Faules,1994).Kuasa hanya akan bebas daripada unsur-unsur luar apabila ia digunakan dalamlingkungan sempadan autoriti, polisi organisasi, prosedur, dan deskripsi kerja yangformal. Namun apabila kuasa digunakan diluar lingkungan keempat-empat aspek ini,maka kuasa yang digunakan adalah merupakan permainan politik (Johns, 1996).2
 
Apakah itu kuasa? Apakah jenis-jenis atau sumber-sumber kuasa yangseharusnya dipelajari, dimiliki dan digunakan oleh individu dalam memimpinorganisasinya, dan apakah kepentingan kuasa dalam organisasi? Persoalan-persoalan iniakan dibincangkan pada bab seterusnya.
2.0DEFINASI KUASA
Istilah kuasa memberikan konotasi yang berbeza kepada setiap individu. Adaindividu yang melihat kuasa daripada sudut positif dan ada juga melihatnya sebagainegatif. Antaranya ialah Dalton (1969) yang melihat kuasa daripada sudut positif,menyatakan bahawa kuasa ialah potensi seseorang individu membimbing, mengarah,mengawal, atau mengubah tingkah laku individu yang lain. Manakala menurut Frenchdan Raven (1962), pada dasarnya kuasa ialah kawalan ke atas tingkah laku orang lain.Schermerhorn (1982) menyatakan bahawa kuasa ialah daya yang menjadikansesuatu itu menjadi kekuatan, manakala Cohen dan Fink (1980) pula menyatakan bahawakuasa ialah keupayaan menggunakan pengaruh. Max Weber telah mendefinasikan kuasasebagai satu peluang yang akan membolehkan seseorang atau sebilangan orang untuk menggunakan kelebihan yang ada pada diri sendiri untuk mereka bertindak sebagaimanayang dikehendaki walaupun terpaksa menghadapi pertentangan daripada mereka yangterlibat.3
 
Dari sudut negatif pula kuasa dibayangkan sebagai ugutan kekuatan yang tidak sah untuk mencapai sesuatu (Lane, Corwin, dan Manahan, 1967).Secara ringkasnya, kuasa boleh dimaksudkan sebagai keupayaan dan kebolehanindividu untuk mendapatkan seseorang bagi menyempurnakan sesuatu yang individu itu(orang yang berkuasa) ingin disempurnakan atau kebolehan melakukan sesuatu mengikutkehendak individu yang berkuasa.3.0
JENIS KUASA
Dalam organisasi, kuasa yang wujud dan dapat dilaksanakan oleh seseorang pemimpin terbahagi kepada lima asas kuasa iaitu kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasahukuman, kuasa rujukan, dan kuasa pakar. Keterangan bagi simbol
bermakna individuyang berkuasa, dan simbol
B
ialah individu yang dikenakan kuasa keatasnya.
3.1KUASA SAH
Kuasa sah berasal daripada nilai dalaman
B
dengan mengakui
mempunyai hak kewajaran atau secara perundangannya boleh menggunakan pengaruhnyaterhadap
B
dalam lingkungan tugas yang telah diberikan, dan
B
perlu menerimaarahan atau pengaruh
. Oleh itu, kuasa sah melibatkan kod atau piawai yangditerima oleh individu secara baik di mana pemimpin dapat menunjukkankuasanya (French dan Raven, 1959). Ia juga seperti satu autoriti formal4

Activity (37)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ct Noraini liked this
Ainu Amirah liked this
Wong Sang liked this
Mohd Zaki Ismail liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->