DEFINISI
Perbincangan mengenai tajuk ini tidak akan sempurna selagi definisi nilai, etika,keikhlasan dan keberkesanan secara umum dan dari pespektif perkhidmatan awam tidak diberikan. Nilai adalah suatu perkataan yang sering menjadi persoalan penting dalamsesebuah masyarakat. Menurut Sabitha Marican (1994) (dalam Esei-Esei PentadbiranAwam, 2005), nilai adalah penting dalam mengkaji tingkah laku dan hubungan manusiakerana ia merupakan asas untuk memahami sikap, tanggapan, personaliti, motivasi dansepertinya. Menurut Najder (1975) (dalam INTAN, 1994), istilah nilai secara kasarnyadigunapakai dalam tiga konteks atau pembahagian yang besar iaitu:-1. Nilai sebagai sifat;2. Istilah nilai digunakan untuk menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek, iaitudaripada segi kuantitatif. Contohnya, “Berapakah nilai yang diperolehi oleh pegawaikerajaan dalam penilaian prestasinya?” Dalam konteks ini, kerja seseorang kakitanganawam diberi timbangan markah dalam kadar tertentu dengan menggunakan ukuran-ukuran seperti yang terdapat dalam borang Penilaian Prestasi.3. Nilai dilihat sebagai ukuran umum yang diberikan kepada sesuatu yang diingini dandihargai, seperti “Nilai kehidupan seseorang terletak pada jasa yang dicurahkannyakepada masyarakat dengan ikhlas.” Dalam konteks ini, “jasa” adalah satu nilai yang penting dan ia memberi gambaran kehidupan seseorang, dan ”jasa” itu pula diukur daripada sifat yang dimiliki sama ada beliau ikhlas ataupun tidak.Selain daripada itu, menurut Milton Rokeach (1979) (dalam INTAN, 1994), nilai berperanan sebagai kayu pengukur (standard) kepada apa jua yang dilakukan olehmanusia, apa yang diingini dan apa yang dicita-citakannya, mahupun yang dilihat,didengar, dirasai, dan dialami melalui pancainderanya. Nilai juga menunjukkan arah, danmenjadi penentu dalam membuat pilihan atau tindakan. Pada keseluruhannya, nilaimembentuk peribadi dan tingkah laku seseorang.2