Begitulah pentingnya peranan seorang pengetua di sekolah,kerana beliau merupakan ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorangpemimpin sewajarnyalah beliau mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru melaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela dengan penuhdedikasi dan memastikan semua guru berdisiplin dalam mematuhi semuaperaturan yang ditetapkan. Keupayaan seperti inilah yang membezakan antarasekolah yang berjaya dengan yang sebaliknya.Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalahuntuk memastikan “
core business
“ sekolah iaitu antaranya
pelajar belajar danguru mengajar
dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya.Pada masa yang sama juga, dengan kekuatan gaya kepimpinannya, pengetuadiharap dapat membangkit dan mengekalkan komitmen guru terhadaporganisasinya, efeksi guru dan kepuasan kerja mereka disekolahnya tanpapengabaian kepada keperluan dan kebajikan guru-gurunya.Pengetua yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja pelajar atau staf pejabat, malah semuaguru-gurunya dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidakberdedikasi kepada berdedikasi. Pendek kata semua nilai-nilai negatif dari segitindakan, sikap dan andaian-andaian perangkap minda (mind trap) yangmerupakan penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demimencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.