Pengetua sebagai pemimpin utama sekolah, berperanan bukan sahaja sebagai pemimpinkurikulum atau
instruction leader
tetapi juga penggerak dan penentu kejayaan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.Sesungguhnya keunggulan seseorang pengetua dalam menentukan jatuh bangunnyasesebuah sekolah diakui oleh Fred W. Hetchinger, President New York Times:“
I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal”. (
Panduan Pengurusan Sekolah Ke Arah Kecermelangan oleh Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan,2005).
Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak kepadakualiti pengetuanya. Sekolah yang baik tidak pernah diterajui oleh pengetua yang lemah.,manakala sebaliknya sekolah yang lemah tidak juga diuruskan oleh pengetua yangcemerlang.
2. Definisi visi dan Misi
Halatuju sesebuah organisasi misalnya pengurusan sekolah berkait rapat dengan carasekolah itu diuruskan oleh ketuanya iaitu pengetua. Visi dan misi organisasinya mestilah jelas, tepat dan perlu dihayati oleh semua warga sekolah. Visi dan misi sekolah perludikaji semula mengikut keperluan semasa.2.