You are on page 1of 5

Bab 15 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan

Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


Langkah-langkah ialah :

1. Penghutan semula
- usaha untuk menggantikan semula hutan yang telah diterbang melalui
penanaman pokok-pokok baru secara terancang dan terkawal
- program penghutanan semula ialah :
i) Ladang hutan : dilakukan secara komersial, tanam pokok akasia
magnium, batai dan yamena
ii) penghutanan semula kawasan hutan yang telah diterbang
- Majlis Perhutanan Kebangsaan (MPK)
- agensi kerajaan yg membuat dasar mengenai penghutanan semula
( menggariskan strategi tentang pembangunan lading hutan)
- Jabatan Hutan : melaksanakan dan menyelia program penghutanan semula
- Kebaikan penhutanan semula:
- keseimbangan ekosistem
- memelihara flora dan fauna
- menjamin bekalan kayu berterusan
- wujud peluang pekerjaan kpd penduduk kawasan pedalaman

2. Kitar semula
- memproses barang yang telah digunakan menjadi barang baru
- konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) telah dipergunakan untuk
mengendalikan barang yg boleh dikitar semuala.

Jenis Diguna semula


barang
Kertas • Buku dan majalah lama diderma kpd pihak tertentu
• Beg kertas drp pusat membeli belah boleh diguna
semula
Botol kaca • Botol terpakai seperti makanan dibersih dan digunakan
semula untuk menyimpan barang
Plastik • Semua beg plastik boleh diguna semula
• Botol plastic minuman dan makanan boleh dibersih dan
boleh digunakan semula
Pakaian • Boleh diderma kpd orang lain
Aluminium • Dibersih dan diguna semula

Jenis
Diproses semula menjadi barang baru
Barang
• Surat khabar, majalah lama, kertas terpakai, kotak
Kertas kertas boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas
baru
Kaca • Diproses menjadi barangan kaca yang baru

Aluminium • Bekas aluminium diproses menjadi barang baru

- Tujuan :
a. jumlah sampah yang dibuang setiap hari dapat dikurangkan
b. mengurangkan kepupusan kepupusan bahan-bahan mentah
c. mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar ( kurang membakar
sampah)

pfcheah : bab 15 1
d. kos program kitar semula lebih rendah banding dengan kos memelihara
alam sekitar.
e. memperbaiki tahap kebersihan dan kualiti hidup kita
Agensi yang terlibat dengan program kitar semula
PROGRAM AGENSI-AGENSI
1. Memproses barangan • Alam Flora Sdn. Bhd.
buangan • Southern Waste Management Sdn. Bhd.
2. Memproses kertas • Malaysia Newsprint Industry Sdn.Bhd
• Genting Sanyen Industry Paper Sdn. Bhd
• Persatuan Pekilang Pulpa dan Kertas Malaysia
3. Merancang dan • SDemua Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh
melaksana program negara
kitar semula

3. Pendidikan Alam Sekitar


- diajar melalui mata pelajaran Geografi, kajian tempatan dan sains
- di IPT ada kursus alam sekitar (Pelajaran Alam Sekitar)
- tujuan :
- menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan
alam sekitar
- masyarakat peka tehadap isu-isu alam sekitar

4. Kempen
- Tujuan : mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam
sekitar
- cara-cara menjalankan kempen :
- TV, surat khabar
- ceramah, pameran, kem kesedaran alam, bengkel alam sekitar dsb
- agensi kerajaan mengadakan kempen alam sekitar ialah
- JAS (Jabatan Alam Sekitar), PERHILITAN, Majlis Perbandaran, Dewan
Bandar Raya
- agensi sukarela
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Malaysian Nature Society (MNS)
- Persatuan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysian (ENSEARCH)
- Persatuan Perlindungan Alam Sekitar (ESPM)
- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
- Persatuan Pengguna Malaysian (FOMCA)

5. Penguatkuasaan Undang-undang
- Pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar iaitu
a. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
b. Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ---- semua projek yg berkemungkinan
menjejaskan alam sekitar perlu menjalankan proses penilaian ini.
c. JAS ditugaskan untuk menguatkuasakan akta-akta berkaitan dengan kuali
udara, air, sisa industri, aras kebisingan dan penilaian alam sekitar.

Akta-akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar


Akta Penerangan
1. Akta Kerajaan Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk
Tempatan 1976 mengawasi aspek-aspek alam sekitar di negeri
masing-masing termasuk mengambil langkah
memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pendekatan spt
kempen kitar semula, menguruskan sisa sistem
pengumpulan dan penghapusan sisa pepejal dsb.
2. Akta Taman Negara Kawasan hutan simpanan kekal diwartakan sebagai
1980 taman Negara dan segala penerokaan dalam hutan

pfcheah : bab 15 2
dilarang
3. Akta Perhutanan Memberi kuasa kepada Jabatan Perhutanan untuk
Negara 1984 mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber
hutan secara berkekalan
4. Akta Perikanan 1985 Mengawal aktiviti penangkapan ikan supaya
kerosakan kepada pembiakan ikan dan kepupusan
ikan tidak berlaku
5. Akta Pembangunan Melaksanakan Dasar Mineral Negara Tujuan
Mineral 1994 membangunkan industri tempatan yang berasaskan
mineral secara terkawal
5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- mencipta kaedah pengeluaran dan penggunaan produk yang mesra alam
- agensi yang terlibat :
a. SIRIM - Teknologi Kawalan Pencemaran
b. Frim - Teknik menanam semula hutan
c. MARDI - Penggunaan baja organik
- mencipta benih dan kaedah baru utk tanaman padi dan
buah-buahan
d. MTDC - Bioteknologi
e. Universiti Malaya - Menghasilkan plastik mesra alam ( guna minyak
sawit dan beberapa bahan semula jadi lain utk
mengeluarkan bacteria biopolymer yg berbentuk lut
sinar dan elastik, dikenali ‘polhydroxyalkanoates’
(PHA)
f. MPOB - menemukan satu kaedah pengeluaran ‘veneer’ drp batang
kelapa Sawit (Venner ialah papan lapis bersifat lestari)

6. Penggunaan Sumber Tenaga Mesra Alam


- Sumber Tenaga Mesra Alam ialah tenaga yang tidak mengeluarkan asap
atau sisa yang kotor dan toksik
- sumber tenaga mesra ialah : matahari, biojisim, angin dan air
- contoh
a. keretapi yg menggunakan tenaga elektrik (ganti kereta api lama yg
gunakan diesel)
b. petrol tanpa plumbum
c. tenaga hidro elektrik
d. tenaga suria
e. tenaga biomas
f. biodiesel

Langkah-langkah Mengurangkan kesan kegiatan ekonomi


terhadap alam sekitar di negara-negara lain

Kitar Semula

1. Jerman
• Akta Pengurusan Sisa 1996
- wajibkan semua syarikat dan penduduk mengamalkan kitar semula
semua jenis sumber
- syarikat perlu guna pembalut yg mempunyai simbol ‘titik hijau’ tujuan
untuk memudahkan barangan yang terpakai dipisah, dikutip dan
disekitar semula.

2. Denmark
• Berhasrat supaya semua majlis perbandaran dapat mengitar semula
sekurang-kurangnya 50% drp jumlah sisa buangan

pfcheah : bab 15 3
• Paling berjaya di Frederica (Pusat industri berat yg di tengah-tengah
Dermark)
• Usaha-usaha yang dijalankan ialah :
- Mengedarkan risalah (berkenaan bagaimana bahan buangan diasingkan
bersama dengan senarai pusat pengumpulan)kpd semua penduduk
- pengecualian cukai (kitar semula)
- cukai dikenakan kpd syarikat / kilang yg hantar barangan untuk
dilupuskan di incinerator.

3. Taiwan
• Kitar semula giat dalam mengitar semula komponen computer dan monitor
• Kawasan paling berkesan ialah Kaoshiung, Taiwan Selatan
• Restoran meminta pelanggan mengasingkan sisa-sisa makanan mereka,
cawan dan pinggan kertas, camca dan garpu plastik, serta meletakkan
semua ini di tong-tong yang disediakan khas untuk kitar semula.
• Kerajaan mengharamkan pengedaran dan penggunaan plastic seperti
plastic pelapik meja dan plastik di gedung perniagaan

Rawatan Semula Air


1. China
• Kekurangan air bersih ialah masalah serius akibat pertambahan penduduk
• Kerajaan china mengarahkan semua bandar raya (penduduk >0.5 juta
penduduk) merawat semula sekurang0kurangnya 60% sisa air pd 2005
• Bawah Rancangan Lima Tahun Ke -10, memperuntukkan AS$85 bilion untuk
program rawatan semula air (Tumpuan utama ‘Tiga Sungai’ (Huaihe,
Liaohe, Haihe) dan ‘Tiga Tasik(Dianchi, Taihu dan Chaohu)
• Pd tahun 2000, ada kira-kira 65 800 buah loji merawat air sisa industri di
seluruh China

2. Singapore
• Mengalami masalah kekurangan air semula jadi
• 2 langkah untuk menambahkan bekalan air tawar ialah
a. menyahgaram air laut
b. merawat semula air sisa
- contoh : NEWater (dihasilkan drp air terpakai melalui 3 proses iaitu
penapisan mikro, osmosis terbalik dan pembasmian kuman melalui
cahaya ultra ungu.
- 4 loji NEWater ialah di Kranji, Seletar, Bedok dan Ulu Pandan.

3. Jerpun
• merawat air sisa
• air dirawat untuk digunakan untuk air siraman (membasuh dan tandas)
dan industri
• menggunakan sistem moden dan canggih untuk rawat air sisa spt :
a. rawatan biologi
b. ozonisas
(mengeluarkan bau dan rasa yang tidak diingini drp air terpakai)

pfcheah : bab 15 4
pfcheah : bab 15 5

You might also like