You are on page 1of 6

SIRI WACANA ILMU

ULUSAN BUKU

NAMA BUKU : A SENSE OF URGENCY


PENULIS : JOHN P. KOTTER
PENGULAS : EN. JELANI BIN SULONG
KETUA UNIT SEKOLAH RENDAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI
TERENGGANU

1
Siri Ulasan Buku
Tajuk Buku : Sense of Urgensi oleh John P.Kotter
Pengulas : En.Jelani bin Sulong,Ketua Unit Rendah,SPS,JPN Terengganu

Assalamulaikum wrt

Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri


Terengganu;
Yang Berusaha, En. Razali bin Daud, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu;
Ketua-Ketua Sektor;
Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah;
Wakil KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu;
Ketua-Ketua Penolong Pengarah;
Para pegawai dan kakitangan warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang dihormati
sekalian.

Pagi ini sampailah giliran saya dalam wacana ilmu berkaitan ulasan buku.Saya akan
membicarakan sebuah buku yang ditulis oleh John P. Kotter, Professor di Harvard
Business School bertajuk “A Sense of Urgency”. Beliau terkenal dengan penulisan
tentang kepimpinan dan perubahan. Beliau juga merupakan pemenang anugerah
kepimpinan pemikiran perniagaan dan pengurusan, pengarang terlaris New York Times
dan pemidato yang disegani.

Buku “A Sense of Urgency”setebal 194 muka surat dengan harga US22.00 dolar telah
diterbit pada tahun 2008
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

2
Pada pagi yang mulia ini, marilah sama-sama kita menyelami dan menghayati pemikiran
John P. Kotter dalam bukunya ”A Sense Of Urgency”. Semoga perkara-perkara positif
yang diperkatakan, boleh kita jadikan teladan dan perkara-perkara negatif kita jadikan
sempadan.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu fahami apakah yang dimaksudkan dengan
urgensi atau kesegeraan itu. John P. Kotter telah mentakrifkan urgensi atau
kesegeraan bukan hanya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat, tetapi ia
meliputi pemikiran, kehendak dan perlakuan.

- Pemikiran tentang peluang-peluang yang ada di sekeliling yang tidak terfikir


oleh orang lain. Iaitu menuntut untuk kita berfikir di luar kotak.

- Kehendak ialah tahap kemahuan untuk melakukan sesuatu sekarang dan


kemahuan untuk melakukannya untuk menang atau berjaya.

- Perlakuan ialah sedar dan sensitif tentang perkara yang sedang berlaku, bukan
setakat datang kerja setiap hari dan menyelesaikan kerja-kerja rutin setiap hari.

Berdasarkan konsep ini setiap pemimpin atau pengurus dan ahli sesebuah organisasi
perlu menyedari dan memahami bahawa :-

1. Pentingnya memiliki rasa keperluan untuk bertindak cepat dan


mendapat kepuasan dalam setiap perkara yang kita lakukan

2. Pentingnya Mengetahui Visi dan Misi Organisasi


3. Boleh membezakan perkara yang perlu diutamakan yang mendesak dan apa yang
mendatangkan kepuasan

4. Berupaya bertindak cepat dan bertekad melakukan yang terbaik

5. Sentiasa peka dan waspada dalam tindakan

3
Rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa sebagai ahli organisasi JPNT, PPD dan
sekolah harus mengetahui peranan masing-masing dalam menyelesaikan masalah. Ahli-
ahli mesti sedar bahawa sesuatu masalah bukan sahaja perlu diselesaikan dengan cepat
tetapi juga sempurna dan memberi impak terbaik.Cepat di sini bukan bermaksud
membuat kerja di saat-saat akhir yang bersifat kecemasan tetapi menyegerakan tindakan
secara terancang , berfokus ,siap siaga tanpa bertangguh. Inilah urgensi

Tuan-tuan dan puan-puan

Adalah sangat penting setiap organisasi perlu mengenal pasti perkara yang urgency dan
perkara yang tidak urgensi yang sekadar mendapat kepuasan diri atau sekadar rutin kerja
sahaja. Kegagalan memberi kefahaman yang mendalam bukan sahaja mendatangkan
beban dan membunuh potensi dan kreativiti ahli organaisasi tetapi juga boleh
menyebabkan kualiti sesebuah organisasi merudum. Sebagai contoh, jika kakitangan
JPNT hanya sekadar melaksanakan rutin harian tanpa melihat objektif dan hala tuju
organisasi yang sebenar maka hasrat JPNT untuk bersama melonjakkan prestasi
pendidikan tidak akan tercapai dengan jayanya.
Kejayaan akan dicapai kerana semua ahli organisasi memberi penekanan yang berfokus
oleh semua sektor yang berada di JPNT. Dalam menggapai kecemerlangan akademik
contohnya,bukan sahaja Sektor Pengurusan Sekolah perlu membekalkan dan
menempatkan guru yang berkualiti dan mencukupi tetapi Sektor Pengurusan Akademik
perlu melatih kemahiran-kemahiran baru dalam penalaan dan penataran pengajaran-
pembelajaran berfokus.Sementara Sektor Jaminan Kualiti memastikan kualiti
pengurusan pendidikan berada dalam standard SKPM Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan memastikan kemudahan fizikal dan kebajikan guru mencapai piawaian
yang sepatutnya.Jika semua kakitangan setiap sektor dapat memainkan peranan dan
menwujudkan sense of urgensi proses lonjakan prestasi akademik sebagai matlamat sut
pasti terjadi dengan sempurna.

4
Dalam pengurusan organisasi, kita sering kali tertipu dengan tingkah laku-tingkah laku
ahli organisasi yang pada pandangan kasar menampakkan kesungguhan dan bertenaga
bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kita seakan-akan berpuas hati dengan performance
yang dizahirkan. Namun hakikatnya kita tertipu dengan gelagat ahli organisasi tersebut.
Hal ini sering berlaku kerana tingkah laku yang begini tidak digerakkan oleh tekad yang
mendasari hati dan minda untuk bertindak menang. Ini sebenarnya lebih kepada
dorongan, tekanan yang menimbulkan kecemasan dan kemarahan.

IApakah erti sebenar urgency – (kehendak menyelesaikan perkara dengan cepat)

1. Melaksanakan ’sekarang’ bukannya pada peringkat akhir


Sekarang bermaksud membuat kemajuan yang nyata setiap hari. Iaitu berlaku
’progress’ atau perkembangan kerja.

2. Mencapai sesuatu yang penting pada waktu atau saat ini.

3. Sesuatu itu berlaku secara tersusun dan tidak berantakan

4. Tindakan yang dilakukan tidak berdasarkan kepada perasaaan cemas, kecewa,


marah, puas tetapi ditentukan oleh perasaan untuk bergerak dan menang.

5. Dengan memahami erti sebenar kehendak – orang akan bersedia setiap hari untuk
bekerjasama dengan penuh semangat.

6. Bertindak balas dengan penuh inisitif dan cerdas daripada orang lain.

7. Mereka mencari berbagai-bagai cara pintar dan melaksanakannya.

8. Positif dan sangat berfokus – melakukan kerja

9. Mengelak rasa bosan

10. Mengurangkan stress

11. Memotivasikan seseorang

5
12. Memberi nilai tambah kepada organisasi

13. Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak relevan

Meneruskan Budaya Urgensi selepas Mencapai Kejayaan

Budaya sense of urgency tidak hanya berakhir apabila sesebuah organisasi telah
mencapai sasaran dan kejayaan tetapi budaya ini mesti dijadikan amalan nilai dan budaya
bagi menggapai keterbilangan organisasi tersebut.Sense of urgency diperlukan untuk;

1. Meramal kehadapan kemungkinan pusingan keperluan terhadap sense of urgency

2. Merancang untuk menyelesaikan masalah

3. Kemungkinan atau tidak meramal dan merancang segera kombinasi yang tepat
untuk mempertingkatkan tektikal melalui rangka kerja ,strategi minda dan hati
iaitu:

3.1 Membawa lebih banyak pandangan luar ke dalam orgnasisasi

3.2 Melaksanakan pelbagai idea baru dan segar

3.2 Mencetuskan krisis dan fenomena baru

3.4 Membina kesefahaman dengan ahli organisasi yang masih ragu-ragu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kesimpulannya banyak cara, kaedah dan masa untuk kita membudayakan sense of
urgency dalam organisasi.Justru marilah sama-sama kita bertekad membudayakan diri
dengan sense of urgency dalam kerjabuat kita.

You might also like