Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
27Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Ratings: (0)|Views: 7,917|Likes:
Published by Junly Jiang
Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.
Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.

More info:

Published by: Junly Jiang on Jun 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/22/2013

pdf

text

original

 
Soalan: Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.
Jawapan cadangan:Perkembangan peradapan manusia dapat dibahagikan kepada dua tahapiaitu zaman Batu dan zaman logam. Zaman Batu dapat dibahagikan kepada tigaperingkat iaitu zaman batu lama (Paleolitik) yang bermula pada 500 000SMhingga 10 000SM, zaman batu pertengahan yang bermula pada 10 000SMhingga 7000SM dan zaman batu baru (Neolitik) yang bermula 7000SM hingga3500SM. Manusia yang muncul pada zaman Paleolitik dikenali sebagai homosapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa) dan di China utara (OrangPeking). Manakala manusia muncul pada zaman Neolitik pula berlaku selepasrevolusi pertanian yang seterusnya membawa kepada perkembangan tamadunawal di dunia seperti tamadun Mesir di lembah Nil.Kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik awal ialah memburu binatang,menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat pada zaman ini tidakmempunyai pengetahuan menternak binatang dan bercucuk tanam. Kegiatanekonomi pada zaman Paleolitik akhir pula ialah masyarakat memburu binatangdalam kumpulan dan hasil buruan akan dikongsi bersama. Hasil kegiatanekonomi pada zaman Paleolitik hanya dapat menampung keperluan semasasahaja. Berbanding dengan kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman Neolitik,mereka amat mementingkan perkembangan aktiviti pertanian danpenternakan binatang. Contohnya aktiviti pertanian bermula di Asia Baratsekitar 7000SM di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico dan Hacilar. Antara tanaman yangditanam pada zaman ini seperti gandum, kacang dan barli ditanam di AsiaBarat, penanaman padi sawah dan menternak binatang dijalankan di timur lautChina dan sebagainya. Kegiatan pertanian dijalankan secara sistematik danlahir masyarakat yang bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan.Masyarakat Neolitik juga menternak binatang seperti kambing dan biri-biri.Selain itu, kehidupan sosial masyarakat pada zaman Paleolitik awal ialahhidup secara nomad atau berpindah-randah. Mereka berlindung di dalam guadan di bawah ranting kayu yang ditutup dengan rumput. Tambahan lagi,terdapat juga kumpulan manusia yang berlindung dalam lubang di bawahtanah yang digali oleh mereka. Masyarakat pada zaman Paleolitik akhir pulatinggal dalam kelompok kecil dan mempunyai struktur sosial yang teratur.
 
Masyarakat zaman ini tinggal di dalam gua. Contohnya petempatan padazaman Paleolitik ialah Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukit Bunuh, Gua Niah danTingkayu. Berbanding dengan kehidupan sosial masyarakat zaman Neolitik,masyarakat Neolitik tinggal menetap di kampung-kampung dan membinarumah kediaman. Perkampungan Neolitik didirikan berhampiran sumber airyang diperlukan untuk pertanian dan penternakan. Rumah mereka didirikandaripada kayu, batu dan tanah liat. Petempatan Neolitik terawal ditemui diJarmo dan Catal Huyuk. Contoh petempatan kekal dapat dilihat dalamtamadun Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir disungai Nil.Manusia Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagaiperalatan daripada alat batu. Alat batu yang dibuat adalah kasar dari segipembuatannya dan digunakan sebagai senjata dan alat perhiasan. Alat batuseperti alat repihan digunakan untuk meraut dan memotong. Contoh alat batuyang digunakan dalam zaman ini ialah kapak genggam. Manusia pada zamanPaleolitik akhir mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam pembuatan alat-alat batu. Terdapat juga alat-alat yang dibuat daripada tulang, tanduk dangading gajah. Jarum yang dibuat daripada tulang, mata kain,tempuling,lembing, dan anak panah juga digunakan. Berbanding dengan peralatan padazaman Neolitik, perkembangan aktiviti pertanian menyebabkan berlakukemajuan dalam teknologi peralatan. Misalnya peralatan tenggala diciptasekitar 3000SM untuk membajak tanah pertanian. Penciptaan roda pula padazaman ini menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan untuk mengangkuthasil pertanian.Pengkhususan pekerjaan tidak berlaku pada zaman Paleolitik. Hal inidisebabkan corak kehidupan manusia Paleolitik yang berpindah randah.Keadaan ini menyebabkan kelompok manusia hanya terdiri daripada bilanganyang kecil sahaja. Bertambah pula manusia zaman Paleolitik hanyamelaksanakan ekonomi bercorak sara diri sahaja. Hal ini menyebabkanekonomi tidak berkembang maju dan pengkhususan pekerjaan tidak wujudpada zaman Paleolitik. Berbanding dengan pengkhususan pekerjaanmasyarakat zaman Neolitik, pengeluaran hasil pertanian yang berlebihanmenyebabkan berlaku pengkhususan dalam pekerjaan. Perkembangan inimeyebabkan lahir golongan petani, artisan dan tukang-tukang mahir. Keadaanini melahirkan masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang kompleks.Ciri kesenian dapat dilihat pada zaman Paleolitik akhir. Pada zaman ini,berlaku kemajuan dalam bidang kesenian seni ukiran, lukisan dan mural.
 
L
ukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatangseperti rusa, bison, dan gajah. Mereka pandai dan mahir melukis pergerakkan.Pergerakkan anggota badan binatang ditonjolkan dengan melukis garis-garistambahan. Kesenian merupakan ilmu magis yang bertujuan menambahkanhasil perburuan. Contohnya lukisan dua ekor lembu liar dilukis pada dindinggua Niah. Berbanding dengan kesenian pada zaman Neolitik, lukisan padazaman Neolitik bercorak simbolisme. Kesenian yang bercorak simbolisme lebihkepada tulisan yang bertujuan merekod hal-hal seperti hal pentadbiran,keagamaan, ekonomi dan sebagainya. Contoh tulisan yang terdapat padazaman ini ialah tulisan cuneiform di Mesopotamia, Heiroglif di Mesir Purba,Piktogram di India, Ideogram di China dan sebagainya. Kewujudan sistemtulisan telah membantu dan mamudahkan kegiatan ekonomi yangmemerlukan rekod untuk urusan perniagaan.Pada zaman Paleolitik awal, kemajuan dalam aspek kerohanian jelasketara daripada amalan ritual yang dijalankan semasa upacara pengebumian.Penemuan barang pengebumian jelas menunjukkan wujud upacarapengebumian dan kepercayaan tentang kehidupan selepas mati. Pada zamanPaleolitik akhir, masyarakat percaya kepada kuasa-kuasa ghaib. Merekamenjalankan pelbagai upacara ritual semasa mengebumikan mayat.Berdanding dengan kerohanian masyarakat Neolitik, mereka percaya kepadakuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci. Mereka turut mempercayaisemangat atau tuhan yang mengawal alam semesta. Oleh itu, merekamelakukan pemujaan untuk mententeramkan semangat unsur-unsur alamuntuk mengelakkan sebarang bencana alam yang memusnahkan hasilpertanian. Contohnya upacara ritual dan amalan korban dijalankan bagimeningkatkan kesuburan tanaman dan tenakan.Pada zaman Paleolitik, terdapat institusi organisasi atau politik yangringkas. Tiada institusi politik yang kukuh dalam zaman ini kerana budayahidup masyarakat yang berpindah-randah. Berbanding dengan institusi-institusi politik zaman Neolitik, perkembangan pesat dalam bidang pertanianmenyebabkan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai autoriti untukmemerintah perlu ditubuhkan untuk melakukan kawalan sosial selaras denganperkembangan baru yang berlaku dalam masyarakat. Kewujudan kerajaan dansistem pemerintahan yang teratur dapat menyelesaikan hak-hak masyarakatyang semakin kompleks, menjamin pengagihan kekayaan yang seimbang,mewujudkan kawalan sosial dan mempertahankan wilayah daripada ancamanmusuh.

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Claire Lee liked this
Farah Jihan liked this
Belalang Kachong liked this
Shida Jainal liked this
ApEk's FUkari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->