Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

Ratings: (0)|Views: 578|Likes:
Published by 敏敏

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: 敏敏 on Jun 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2010

pdf

text

original

 
DAPATAN KAJIAN
 
8.1 Konsep Kitar Semula
 Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai danterbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barangterpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikanalam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran.Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dangetah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
 Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di taman saya ialah kertas, plastik dan kaca.Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah
MENJUAL
bahan- bahan kitar semula ini di pekan . Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawasendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.Terdapat juga penduduk kampung yang
MENGGUNAKAN SEMULA
 bahan kitar semulaini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan didalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama
MEMBERI SUMBANGANKEPADA PIHAK SEKOLAH
 bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cubauntuk 
MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DANPLASTIK.
Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterinketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir  begitu sahaja.Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnyamenambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.
8.3 Kepentingan Kitar Semula.
 
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasanantara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambatlaun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnyadi mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
 
 
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kitadapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripadamerebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
 Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampahmerupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapatmengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupankita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
 i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenagaelektrik 3 jam televisyen.ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tansampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas,sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yangmemberi kita oksigen dan udara yang bersih.iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenagaelektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkansehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dansayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.
8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
 Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
 Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dankemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
 Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagimereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apakepentingan.
 
3. Harga Terlalu Rendah
 Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yangrendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendahmenyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya keranaharga yang rendah dan tidak menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
 Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkanlokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung.Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama
 Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula inidijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semulatidak akan tercapai atau terlaksana.Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikanamalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapatmenyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkahatau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.Langkah tersebut ialah seperti :-
1. Kempen
  Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari AlamSekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanyaadalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakatyang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalankitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepadarakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
2. Pendidikan
 Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalankitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->