Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hak Kanak-kanak Dalam Islam

Hak Kanak-kanak Dalam Islam

Ratings: (0)|Views: 201 |Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Published by: zulkiply yaakob on Jun 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2013

pdf

text

original

 
Hak Kanak-Kanak Dalam Islam
Oleh Mohd Rumaizuddin GhazaliTimbalan Presiden ABIMIslam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka.Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandunganibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklahseorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakanperhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik denganpendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahirhingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkatpertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketikaberusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18atau 20 tahun.Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan danminuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yangsepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkankepada tiga faktor utama iaitu:Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukanpertolongan dan pergantungan kepada orang lain.Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai dayaingatan yang kuat dan perangai yang baik.Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapatmenyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.Hak kanak-kanak sebelum dilahirkanAntara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan didunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpaada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yangsah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memelukagama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina Umar r.apernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengannama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu merekamembunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Olehdemikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkatmartabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allahyang bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan.Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalahsatu dosa yang besar.4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untukmendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segimaterial dan kerohanian.Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmahazan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 16 June, 2010, 07:39
 
syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafiebahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga iabertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkandi telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengansedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanakitu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiridaripada orang yang soleh dan bertaqwa.3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi.Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran denganmenyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanakperempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki keranaRasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ialahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkanbahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hariqiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman AllahSWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi merekayang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah adalima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayiperempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:i.Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah,dan Awza'iy.ii.Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulamaal-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkadbagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kaminabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan inidikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atasfaraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkanperkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanakperempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukanoleh orang jahiliah.Memberi Pendidikan dan Ilmu PengetahuanSetiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadianak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada darisegi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalampembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:i.Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awaldan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajibyang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalamkeaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.ii.Mengajar cara-cara sembahyangIbubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud:"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahundan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 16 June, 2010, 07:39
 
iii.Mengajar ilmu pengetahuanIbubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak.Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan inimeliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmumultimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.iv.Mengajar al-QuranRasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda RasulullahSAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabikamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungioleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."v.Mendidik mengenali kejadian ala miniIbubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibardaripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untukmanfaat manusia.vi.Mendidik dengan akhlak yang mulia.Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makananyang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifatkeji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izinsebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contohtauladan yang baik kepada anak-anak.vii.Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadisihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".Hukum Penggunaan Tabung UjiPenggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan bukandengan cara hubungan jenis.Para ulama berpendapat seperti berikut:1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selaindari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah haram juga keranabercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yangmengandungkannya.(ibu tumpang)Hukum menggugurkan kandungan Janin.Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itutelah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapatulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama adasebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan rohdan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddinoleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinhsesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkanoleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkanboleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh)dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnyaitu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.Anak Yatim
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 16 June, 2010, 07:39

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
afiq_amran liked this
wildchannel liked this
jegan2505 liked this
jegan2505 liked this
Hujan Turun liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->