Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
370Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penilaian & Pengukuran

Penilaian & Pengukuran

Ratings:

4.74

(34)
|Views: 20,362 |Likes:
Published by manroy

More info:

Published by: manroy on Jun 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2014

pdf

text

original

 
1.1 PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaianmurid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor danmenjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedahatau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secarasistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspekpendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaanatau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu prosesmembuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentuseperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan JadualPenentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantukita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yangbersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujianperlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itusesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilaikesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebutterlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepasmembuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagimenentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan IndeksKesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan
 
Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yangdihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskanuntuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satusukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlumenggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan danmentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukanindeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan itemyang telah dipilih.Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilihtajuk “Mengenal Negara Kita” yang diambil daripada huraian sukatanmatapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telahmembina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu setsoalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelahsoalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah KebangsaanBukit Kerayong, Selangor.Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasanini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakanJadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untukmembina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom sepertimana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turutmengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikutkemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih.Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalammenyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yangbersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakantugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
 
kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, di ataskerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepadamurid – murid tahun 5 di sekolah tersebut.Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan inibanyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yangbakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melaluitugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanyaketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlumengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar danberkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharapagar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun – tahun yang berikutnya kerana iabanyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadibakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadaEn.S.Thirugnana dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di ataskerjasama yang telah diberikan. Sekian..

Activity (370)

You've already reviewed this. Edit your review.
Azie Marziana liked this
pyanz1107 liked this
Muhamad Zain liked this
Nazmi Isa liked this
Ku Nuraffanddie added this note
suatu yang sangat berguna kepada sesiapa yang menambahkan ilmu berkaitan topik ini.....TYVM ..my friend
ppismpjulai2009 liked this
Miera Ira liked this
Nana Nan added this note
terima kasih atas tunjuk ajar dan membantu mempermudahkan tugasan saya

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->