You are on page 1of 6

PENDAHULUAN

Nama program : Program Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan di


Setiap Felda.

Tarikh : 13/12/09(ahad), 20/12/09(ahad) dan 26/12/09


Tempat : Tanah Perkuburan Felda Soehartro, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi
Selatan

Penyertaan Progarm
Aktiviti ini akan disertai oleh para belia setiap felda dan juga turut dibantu oleh
penduduk masyarakat setempat. Anggaran penyertaan keseluruhan aktiviti ini dijangkan
seramai 50 orang termasuk masyarakt setempat.

PENGENALAN PROGRAM
Progam aktiviti gotong royong ini akan dilaksankan pada tarikh dan juga tempat yang
berbeza dimana pada aktivit ini akan bermula di tanah perkuburan Felda Soeharto pada
13/12/09(ahad), di ikuti pada 20/12/09(ahad) di Felda Sungai Tengi dan penghabisan
aktiviti ini pada 26/12/09 di Felda Sungai Tengi Selatan. Program aktiviti gotong royong
ini akan berlansung di setiap felda selama satu hari sahaja dan majlis aktivit ini juga
telah mendapat bantuan dan juga kerjasama daripada Jawatan Kuasa Ketua Kampong
(JKKK) setiap felda. Penganjuar aktiviti ini adalah dijayakan oleh Persatuan Pengerak
Belia-Belia Tempatan yang di pengerusi oleh Mohd Azlan bin Mohd Rufie.

1
Objektif

Objektif atau tujuan ini progam ini dilaksanakan adalah

 Membersihkan tanah perkuburan di setiap felda serta mengeratkan silaturrahim


antara belia kampong dengan penduduk kampong setempat.
 Menarik minat dan menggalakan penyertaan masyarakat untuk menyertai aktiviti
rekreasi dan kecergasan minda dan fizikal.
 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada orang ramai
khususnya para belia terhadap nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong
menolong dan juga kepentingan menjaga kebersihan dalam menjamin kehidupan
yang lebih sihat dan cergas dalam komuniti.
 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan yang sihat dan
memupuk intregarsi nasional di kalangan para belia dan masyarakat ke arah
melahirkan satu bangsa yang cekal dan berintelektual.
 Menjadikan aktiviti ini satu kewajiban sebagai umat islam yang mementingkan
kebersihan dalam kehiduapan.

2
Carta Organisai Persatuan Pengerak Belia-Belia Tempatan

Pengerusi ;

Mohd Azlan bin Mohd Rufie

Timbalan Pengerusi ;

Mohd Zulhafiz bin Jarmin

Setiausaha ;

Nurul Hidayah binti Wahab

Bendahari ;

Muhammad Saiful Azri bin Kamarulzaman

Ajk :

1. Muhammad Syukri bin Ginin

2.Muhammad Fitri bin Ramli

3.Muhammad Fahmi bin Hamid

3
Anggaran perbelanjaan:

Program akiviti gotong royong ini menanggarakan perbelanjaan untuk semua kos adalah
seperti di bawah :

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


1. ZINK & PAKU RM 30 8X3 RM720
2. CAT & BERUS RM70 X3 RM210
CANGKUL(2) &
3. PENYAKAR (2) RM100 X3 RM300
MINYAK TUTI &
4. PETROL RM50 3X3 RM450
5. PLASTIK SAMPAH RM6.00 3X3 RM54
6. CALVET RM150.00 3X3 RM 1350
MAKAN
7. TENGAHARI RM4.00 50 X 3 RM600
8. SARAPAN PAGI RM1.50 50 X 3 RM225
9. BENNA RM80 X3 RM240
JUMLAH RM4149

 CANGKUL DAN PENYAKAR MENJADI ASET TETAP UNTUK


PERSATUAN PENGERAK BELIA-BELIA TEMPATAN.

PENUTUP :

4
Secara kesimpulannya program aktiviti ini merupakan progam yang pertama kalinya
dianjurkan oleh Persatuan Pengerak Para Belia Tempatan di setiap felda. Tujuan
utama program aktiviti ini dilaksanakan ini adalah ingin memamparkan bahawa belia-
belia felda sangat prihatin dan juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan bagi
menjamin kebajikan dan juga kesejahteraan dalam komuniti felda itu sendiri, malah
dapat melahirkan belia-belia felda yang mewujudkan ikatan perpaduan,
memperluaskan pergaulan yang sihat dan memupuk intregarsi nasional di kalangan
para belia dan masyarakat ke arah melahirkan satu bangsa yang cekal dan
berintelektual. Selain daripada itu, dengan bantuan, bimbingan dan juga sokongan
semua pihak seperti penduduk kampong dan juga daripada Jawatan Kuasa Ketua
Kampong (JKKK) akan meningkat keyakinan para belia tempatan untuk
melaksanakan program aktiviti tersebut dengan bersungguh-sungguh dan memastikan
bahawa aktiviti akan berjalan dengan cukup sempurna seperti yang dirancangkan.
Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini akan memberi impak atau kesan yang baik
bagi memelihara kebersihan di tanah perkuburan disamping mengeratkan hubungan
antara belia-belia felda dengan penduduk kampong.

5
KERTA KERJA MEMOHON BANTUAN

SUMBANGAN BAGI MENAJA PROGRAM

AKTIVITI GOTONG ROYONG

MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN

DISETIAP FELDA.

DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZLAN BIN MOHD RUFIE “…………”

DI SOKONG OLEH : ABDUL SYUKUR BIN ALI ( AHLI MAJLIS DAERAH


HULU SELANGOR) “……….”

You might also like