You are on page 1of 5

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.3 KEPELBAGAIAN ETNIK MASYARAKAT & MASALAH PERPADUAN

1.3.1 Ras dan Etnik

Definisi RAS

Macionis J.J. (1989)


Adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang berkongsi ciri-ciri biologi yang
diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat.

Academic American Encyclopedia (volume 16:37)


Adalah teori atau falsafah yang mengatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa
bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan dan tahap intelektual.

1. Pada masa dahulu, manusia dikelaskan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid, Australoid
berdasarkan perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain.
2. Pengertian seperti ini menyebabkan sesetengah kaum menganggap diri mereka tinggi dari kaum lain.
3. Van Den Berghe (1967) mengatakan terdapat 4 pengertian utama bagi perkataan RAS iaitu :
 Satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar phenotype dan genotype.
 Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa
dan agama.
 Digunakan secara longgar dengan mempunyai makna yang sama dengan spesies.
 Digunakan sebagai sekelompok manusia yang dianggap berbeza berbanding kelompok lain
berdasarkan ciri fizikal yang tidak boleh diubah.

Definisi ETNIK

Macionis J.J (1989)


Merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi

1. Golongan etnik yang sama akan mempunyai persamaan dari asal-usul, agama dan bahasa.
2. Contohnya : Ras Yugoslavia seperti etnik Serb, Crotia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama namun
mereka berbeza dari sudut budaya, bahasa dan agama.
3. Pada dasarnya ras dan etnik mempunyai makna hampir sama dari sudut pengertian namun etnik
berbeza kerana hanya merujuk perbezaan kelompok dari segi budaya, adat resam, bahasa dan
agama.

Konflik Etnik dan Ras dalam Negara


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

Antara sebab mengapa berlakunya konflik etnik dan ras dalam negara adalah kerana :
1. Perebutan kuasa antara kelompok etnik.
 Perubahan politik dan ekonomi telah memberikan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk
setiap etnik. Etnik akan bersaing bagi mendapatkan peluang itu.
2. Diskriminasi dan prasangka atas warna kulit.
 Ada negara yang menilai kemampuan seseorang atas dasar warna kulit dan kaum bertaraf rendah
dinafikan peluang pekerjaan, bantuan, pendidikan dan ekonomi seperti dasar apartheid di Afrika.
3. Layanan yang berbeza-beza.
 Konflik timbul apabila adanya pihak menganggap perbezaan ras, kebudayaan, agama dan kelas
sosial sebagai sesuatu yang membezakan taraf dan kedudukan seseorang itu.
4. Isu perkauman diperalat golongan elit untuk tujuan politik.
 Golongan elit menggunakan isu perkauman bagi mendapat kuasa politik dan menggunakan media
massa untuk menimbulkan propaganda dan membuat tuntutan.

Langkah Mengatasi konflik

Antara langkah mengatasi konflik antara ras dan etnik dalam negara adalah melalui :
1. Mewujudkan parti politik.
 Parti politik yang ahlinya terdiri dari pelbagai kaum akan menyenangkan kerajaan untuk mendengar
suara rakyat dan berlaku adil kepada semua.
2. Pendidikan sebagai agen sosialisasi.
 Pendidikan dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan ras dan etnik dalam
negara. Sifat perkauman dapat dikikis dalam minda pelajar dan semangat patriotisme dan
perpaduan diterapkan.
3. Membasmi kemiskinan tanpa mengira ras dan etnik.
 Masyarakat perlu disusun semula untuk memastikan ketidakseimbangan ekonomi diperbaiki
sepertimana yang telah diporakperandakan oleh pihak penjajah.

1.3.2 Pola dalam Sistem / Parti Politik

1. Di era penjajahan, setiap kaum mempunyai parti politik yang berbeza, antaranya ialah :

PARTI
MELAYU UMNO
 Dianggotai orang melayu sahaja.
 Ditubuhkan pada 11 mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar.
 Bertujuan memperjuang hak melayu.
 Mencapai kemerdekaan tanah melayu.
PAS
 Ditubuhkan pada 24 november 1951.
 Memperjuang kemerdekaan dan melaksana undang syariat.
HIZBUL MUSLIMIN
 Ditubuhkan pada mac 1948.
 Bertujuan menubuhkan negara islam dan menuntut kemerdekaan.
CINA MCA
Ditubuhkan pada 27 Februari 1949.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

Bertujuan melindungi kepentingan orang cina di TM.


GERAKAN
Bersifat multi-members tetapi majoritinya cina.
Ditubuhkan pada 1968.
INDIA MIC
Ditubuhkan pada 8 ogos 1846.
Bertujuan menjaga kepentingan orang india.
PPP (Parti Progresif Perak)
Bertunjangkan orang india.
Bergiat cergas di Perak.
Ditubuhkan pada januari 1953.
SABAH United Nation Kadazan Organization (UNKO)
Memperjuang kepentingan masyarakat kadazan.
United Sabah National Organization (USNO)
Bertujuan membela masyarakat Bajau, Suluk dan Melayu Islam di Sabah.
Pasok Momogun
Dianggotai kaum dusun dan murut.
Parti Demokratik
Dianggotai kaum cina.
Parti Bersatu
Dianggotai orang cina.
Untuk menjaga kepentingan orang cina di Sabah.
SARAWAK Sarawak United People’s Party (SUPP)
Ditubuhkan pada 12 jun 1959.
Kebanyakan ahli orang cina.
Sarawak National Party (SNAP)
Ditubuhkan 10 april 1961.
Anggotanya terdiri dari orang iban dan bidayuh.
Sarawak Chinese Association
Diketuai William Tan.
Memperjuang hak & kepentingan cina di Sarawak.

2. Percubaab untuk melahirkan parti berbagai kaum pada zaman penjajahan adalah gagal.
3. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya yang
dianggotai oleh semua kaum namun gagal akhirnya.
4. UMNO dan MCA telah bekerjasama untuk menghadapi Pilihanraya bandaran Kuala Lumpur pada
1952 dan menjadi perintis kepada Parti Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional.
5. Integrasi bukan berjalan dalam sebuah parti namun berlaku antara parti dalam komponen yang
besar.

1.3.3 Pola dalam Sistem Ekonomi

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

1. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah mewujudkan polarisasi dan pengasingan
antara kaum terutama dari sudut ekonomi.
2. Dasar polarisasi dan pengasingan adalah berdasarkan lokais fizikal (tempat tinggal), dan fungsi
ekonomi yang berbeza.
3. Kaum cina menetap di bandar dan pekan dan terlibat dengan aktiviti perlombongan, perdagangan,
perniagaan dan perkhidmatan.
4. Antara 1921 – 1957, orang cina adakah 2/3 dari jumlah penduduk bandar berbanding india dan
melayu.
5. Orang melayu banyak tinggal di kampung dan pedalaman dan banyak terlibat dengan sektor
pertanian sara diri dan tradisional.
6. Orang india menetap di estet dan mengusahakan tanaman getah secara ladang.
7. Pengasingan juga wujud akibat dari perbezaan agama iaitu melayu dengan islam, cina dengan
buddha, confucius, laotze dan india dengan agama hindu.
8. Keadaan ini telah menghadkan pergaulan diantara kaum dan interaksi dari berlaku antara kaum.

1.3.4 Pola dalam Sistem Pendidikan

1. Dasar pecah dan perintah (divide and rule) juga telah diamalkan British dari sudut pendidikan.
2. Terdapat empat (4) sekolah iaitu sekolah melayu, inggeris, cina dan tamil dan tidak langsung
menyemai semangat perpaduan antara kaum.
3. Setiap jenis aliran mempunyai sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan guru yang berbeza.
4. Sekolah melayu menggunakan bahasa melayu, sekolah inggeris menggunakan bahasa inggeris,
sekolah tamil menggunakan bahasa tamil dan sekolah cina menggunakan bahasa mandarin, kantonis
dan hokkien.
5. Sekolah melayu hanya bertujuan mengekalkan orang melayu tinggal di kampung dengan hanya
mengenal huruf dan membuat kira-kira mudah.
6. Sekolah aliran inggeris hanya mengambil pelajar melayu sebagai guru sekolah melayu, kerani dan
pegawai rendah tempatan yang berpengetahuan inggeris.

1.3.5 Permasalahan dalam Perpaduan

1. Masalah perpaduan adalah berpunca dari dasar British di era penjajahan.


2. British tidak merangka dasar yang menyatudapukan semua kaum sehinggalah terjadinya rusuhan
kaum 13 mei 1969.
3. Ekonomi menjadi penumpuan kaum di bandar, desa dan pekan.
4. Kebanyakan kaum lebih cenderung untuk tinggal di dalam kelompok kaum itu sendiri yang
mempunyai sama agama, keturunan dan kebudayaan.
5. Pada tahun 1920-an, pemisahan semakin ketara dengan orang melayu di kampung, orang cina di
bandar dan orang india di estet.
6. Di bandar juga terdapat penumpuan kaum tertentu seperti orang melayu di Kampung Baru, orang
cina di Pudu dan orang india di Brickfields dan Sentul.

Pemisahan tempat tinggal &


petempatan

Perbezaan tumpuan sektor Created by elaksamana@yahoo.com


ekonomi. © All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

Pengasingan sistem pendidikan


MASALAH
PERPADUAN Fahaman & pengaruh politik yang
berbeza.

Masalah ekonomi

Perbezaan kepercayaan & agama

Penggunaan akhbar yang berbeza

1.3.6 Permasalahan dalam Integrasi Nasional

1. Konsep integrasi nasional bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dan nilai-nilai harmoni antara
penduduk semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
2. Antara tujuan integrasi nasional adalah :
 Mengurangkan perbezaan psikologi antara kedua wilayah besar ini.
 Mengatasi masalah perbezaan geografi.
 Mengeratkan hubungan & interaksi.
 Mewujudkan identiti sama di kedua buah rantau.
3. Langkah ke arah mewujudkan integrasi nasional :
 Menggalakkan penghijrahan penduduk antara kedua wilayah.
 Menggalakkan pertukaran pegawai kerajaan.
 Menggalakkan pertukaran pelajar dan pendidikan.
 Menggalakkan pertukaran kebudayaan antara kedua wilayah.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010

You might also like