Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kebahagiaan keluarga

kebahagiaan keluarga

Ratings: (0)|Views: 2,017|Likes:
Published by zi_lian92

More info:

Published by: zi_lian92 on Jun 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/02/2011

pdf

text

original

 
KEBAHAGIAAN KELUARGA
Millenium ketiga telah tiba dengan limpahan-limpahan pemikiran futuristik danidea-idea keramat yang menggemparkan. Dalam menelusuri era transisi modenisma ini,negara kita begitu gah mendominasi kemansangan dalam pelbagai bidang, khususnyapolitik dan ekonomi. Kini, setelah lebih setengan abad Malaysia bebas berdaulat daricengkaman penjajah, negara kita dilihat hampir mampu berdiri sama tinggi, duduk samarendah dengan gergasi-gergasi Barat di seantero dunia. Malah, Syeikh Muzaphar yangmerupakan angkasawan pertama Malaysia yang menjejak langkah ke stesen angkasalepas telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa danmenobatkan imej bumi bertuah ini di mata dunia. Namun, sayang seribu kali sayangnegara kita kini dikejutkan dengan berita-berita keruntuhan rumah tangga, penderaankanak-kanak oleh ibu bapa sendiri dan sebagainya. Hal ini telah jelas memaparkannegara kita sedang mengalami kegawatan social yang membimbangkan. Sememangnya,institusi keluarga merupakan nucleus masyarakat yang menyokong keutuhan iktisadsesebuah negara. Keluargalah yang berperanan membentuk dan menentukan ketinggianakal budi masyarakat yang dizahirkan pada zaman globalisasi ini. Sebagaimana yang kitatahu, sesebuah keluarga yang bahagia mempunyai hubungan antara ahli keluarga yangkukuh. Pokok persoalannya, apakah ciri-ciri asas yang perlu disediakan untuk menjaminkebahagiaan sesebuah negara? Tepuk dada, tanyalah selera.Dalam menghalusi isu yang diutarakan, kebahagiaan sesebuah institusi keluargadatang daripada hubungan baik antara anggota keluarga. Rumah bagaikan pohonrendang tempat anak berteduh. Ibu bapa umpama payung besar yang melindungi anakdaripada segala kejahilan. Jika sesebuah keluarga didirikan atas platform kasih sayangyang utuh, sudah tentulah ahli keluarga tersebut dapat hidup dengan sejahtera danharmoni bersama-sama. Ibu bapa haruslah selalu meluangkan masa dengan anak-anakdan mengambil berat tentang akademik dan kokurikulum anak-anak. Dengan ini, anak-anak sendiri akan berasa dirinya penting dan pengaruh-pengaruh negatif akan dapatdielakkan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi sokongan dalam bentuk pujian atauhadiah kepada anak-anak jika mereka mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan. Hal ini sudah tentulah akan menunjukkan kasih sayang seseorang ibu bapaterhadap anaknya. Selain itu, anak-anak juga harus menjalankan tanggungjawab merekasebagai anggota keluarga dengan sentiasa mengambil berat tetang kesihatan ibu bapa.Pada masa lapang, anak sayugia menolong ibu bapa membuat kerja rumah untukmeringankan beban mereka. Dengan ini, ibu bapa tidak akan berasa tertekan apabilapulang ke rumah selepas penat lelah bekerja seharian. Hal ini secara tidak langsungmewujudkan suasana harmoni dalam rumah. Pendek kata, hubungan baik berbentukkerjasama antara ahli keluarga dapat mengelakkan keruntuhan rumah tangga berlaku.Sejajar dengan perkara yang diketengahkan, ibu bapa sayugia memainkanperanan dominan dalam mengekalkan hubungan baik antara mereka untukk dijadikanteladan anak-anak. Ibu bapa harus menjadi role model yang berakhlak mulia keranasegala perlakuan mereka akan menjadi ikutan anak-anak seperti pepatah kata malayu
 
yang berbunyi ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Dalam era modenisasi yang penuhdengan pancaroba ini ibu bapa kadang kala terlupa akan tanggungjawab mereka sebagaicerucuk keluarga dan sibuk mengejar kemewahan. Akibatnya, anak-anak terabai tidakdijaga. Lama kelamaan, hubungan antara ahli keluarga akan menjadi semakin renggangdan jurang juga akan bertambah dalam. Rentetan itu, ibu bapa wajar meletakkankepentingan anak-anak pada tempat pertama dalam sanubari mereka. Ibu bapa bolehmenjadikan contoh yang baik dengan tidak bergaduh sesama diri sebaliknnya berbincangapa-apa masalah dengan tenang. Pada masa cuti, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak bercuti ke tempat pelancongan yang menarik. Ibu bapa tidak patut bertengkar dihadapan anak-anak kerana hal ini akan meninggalkan tompok hitam dalam ingatan anak-anak yang masih kurang matang dan berkemungkinan besar menyebabkan anak berasakecewa dan terlibat dalam jenayah. Tegasnya, ibu bapa harus menjalin hubungan baikantara mereka untuk dijadikan teladan anak dan personaliti anak akan menentukankualiti dan kualiti akan menjanjikan kebahagiaan sesebuah keluarga. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, komunikasi antara anggota keluarga jugamerupakan resipi utama dalam ramuan kebahagiaan keluarga. Apabila anak gagal dalampeperiksaan, ibu bapa tidak harus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan untukmemarahi anak. Sebaliknya, pendekatan secara lemah lembut tanpa api patutdipraktikkan. Kegagalan sekali bukanlah kegagalan selama-lamanya. Ibu bapa harusmendorong anak supaya tidak berputus asa dan terus berusaha bersungguh-sungguhmenaiki tangga kejayaan. Dengan ini, anak-anak akan berasa terharu dan akan berusahadengan lebih gigih lagi untuk tidak mengecewakan hasrat dan harapan ibu bapa. Anak-anak juga akan rela berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa dan mendapatkannasihat tentang cara penyelesaian masalah yang terbaik. Di samping itu, kakak atauabang patutlah selalu membantu adik mereka yang berhadapan dengan masalah dalampelajaran. Jelaslah bahawa komunikasi antara anggota keluarga dapat menjamnsesebuah keluarga berdiri kukuh pada zaman ini yang penuh dengan onak duri.Seiring dengan perkara yang diutarakan, didikan agama dan nilai-nilai murni jugamemainkan peranan penting dalam menjana keharmonian sesebuah keluarga selainhubungan baik. Sejarah telah membuktikan keruntuhan berlaku sama ada pada dirisendiri ataupun negara apabila akhlak dan moral tidak menjadi kayu pengukurnya. Hal inimenunjukkan betapa pentingnya akal budi dalam menerajui kesejahteraan. Ibu bapapatut menyalurkan didikan agama dan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagiseperti pepatah Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anakyang mempunyai asas agama yang utuh dan personality menjulang umpama dilengkapidengan senjata ampuh untuk membentangi segala anasir negatif yang kian meningkat.Dengan ini, anak-anak tidak akan jatuh ke kancah kejahilan dan kedurjanaan yangakhirnya akan meruntuhkan sesebuah keluarga, bangsa dan negara. Tegasnya, didikanagama dan nilai-nilai murni merupakan wahana yang afdal dalam mengekalkankebahagiaan keluarga.Sebagai intiha, hubungan dan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, teladanibu bapa dan didikan agama serta nilai-nilai murni merupakan asas kebahagiaan dan

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ensiklopedia liked this
Norasiah Ismail liked this
lovatha liked this
marul_kudo liked this
Khairul Laili liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->