You are on page 1of 2

IMPAK NEGATIF KENAIKAN HARGA MINYAK

Dalam menelusuri era globalisasi dan modenisasi ini, negara kita begitu gah
mendominasi kemansangan dalam pelbagai bidang iaitu politik, ekonomi dan social. Namun,
saban hari negara kita menghadapi ujian getir dalam mendepani pancaroba kenaikan harga
minyak yang mengancam keutuhan iktisad negara kita. Kemelut kenaikan harga minyak
merupakan masalah global yang membelenggu negara-negara dunia ketiga mahupun negara-
negara maju di seantero dunia. Fenomena ini semakin hangat dipolemikkan oleh segenap
lapisan masyarakat dari warung-warung kopi hingga ke ambang parlimen ddan dikhuatiri akan
mendatangkan implikasi negative terhadap pembangunan diri, masyarakat dan juga negara.
Pokok pangkalnya, apakah impak negatif yang telah terjelma hasil kenaikan harga minyak di
negara kita?

Sejajar dengan persoalan yang diketengahkan, kenaikan harga minyak telah


meningkatkan kos pengangkutan yang mengundang kepada kesulitan hidup rakyat. Peningkatan
taraf hidup telah membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kenderaan sendiri. Mereka
memerlukan kenderaan dalam menjalankan tugas dan urusan masing-masing dalam kehidupan
seharian. Walaubagaimanapun, kenaikan harga minyak telah membebankan para pemilik
kenderaan. Mereka akan meminimumkan penggunaan kereta demi menjimatkan kos tetapi
pada masa yang sama menyebabkan kesulitan kepada mereka dalam melaksanakan tugas
harian. Seterusnya, tambang bas sekolah dan bas awam juga dinaikkan. Hal ini juga
membebankan ibu bapa kerana perlu menampung kos pengangkutan yang tinggi. Secara tuntas,
kehidupan rakyat Malaysia menjadi semakin susah akibat kenaik,an kos pengangkutan yang
disebabkan oleh peningkatan harga minyak.

Sekiranya ditinjau dari perspektif yang lain kenaikan harga minyak juga menaikkan kos
sara hidup dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan di negara kita. Fenomena ini tiada
simbiosis berimbangan dengan pembangunan negara yang bagai belut diketil ekornya. Kenaikan
harga barang keperluan telah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menampung kos sara
hidup yang tinggi. Keadaan ini menyulitkan kehidupan rakyat. Selanjutnya, masyarakat di luar
bandar turut menghadapi tekanan ekonomi yang serius. Hal ini mengundang kepada
peningkatan kadar kemiskinan di negara kita yang sudah pasti akan meranapkan aspirasi murni
negara kita untuk membasmi kemiskinan dalam usaha menghakikatkan Wawasan 2020. Jelaslah
bahawa kenaikan harga minyak telah mendatangkan implikasi kenaikan kos sara hidup dan juga
meningkatkan kadar kemiskinan di negara kita.

Selaras dengan isu yang dibangkitkan, kenaikan harga minyak telah meningkatkan kos
pengeluaran dan mencetuskan kenaikan harga barang. Bahan mentah perlu diangkut dari
sumber pengeluran ke pelabuhan untuk dieksport dan dihantar ke kilang untuk diproses.
Kenaikan kos pengangkutan telah meningkatkan kos pengeluaran barangan tersebut. Justeru,
bagi memastikan keuntungan diperoleh, pekilang dan peniaga terpaksa menaikan harga barang
demi menjaga kemaslahatan sendiri. Namun, hal ini menyulitkan kehidupan rakyat. Inflasi yang
berlaku dengan serius sekali hanya membebankan rakyat terutamanya bagi golongan yang
berpendapatan rendah. Pengguna terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan dan keadaan
ini tidak dapat meransang momentum pembangunan ekonomi negara. Justeru, peningkatan kos
pengeluaran telah menaikkan harga barang sebagai natijah daripada kenaikan harga minyak.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa kenaikan harga minyak sememangnya


mengundang seribu satu macam keburukan kepada negara kita. Rakyat Malaysia harus
mengamalkan sikap sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk dalam menangani isu global ini.
Kerjasama daripada semua pihak pasti akan menjadi senjata yang paling ampuh dalam
mengekang kemelut kenaikan harga minyak daripada terus mendatangkan kepincangan. Sikap
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing –masing sayugia dipinggirkan dalam usaha
membanteras kemelut kenaikan harga minyak. Dengan ini, barulah Wawasan 2020 yang
diilhamkan oleh mantan perdana menteri kita, Tun Mahathir untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang makmur akan menjadi satu reality dan bukannya omongan hambar yang
dianggap indah khabar semata-mata.

You might also like