Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pingat Anugerah PPM

Pingat Anugerah PPM

Ratings:

4.33

(3)
|Views: 5,442|Likes:
Pingat Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia
Pingat Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia

More info:

Published by: Ibrahim bin Haji Yaacob on Jun 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/18/2013

pdf

text

original

 
PPM Gombak/DC2008
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIABINTANG PAHLAWAN
1.
Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yangdiberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli pengakap yangtelah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa danharta benda masyarakat sekelilingnya.
BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS PERTAMA – EMAS
2.
Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Pertama - Emas adalahanugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia,yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilangsahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannyasesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yanglayak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelaspertama ini adalah dari kalangan ketua-ketua negara,negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda YangDipertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha MuliaRaja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama YangDipertuan Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan PerdanaMenteri dan Ketua Pengakap Negara. Kecuali PerdanaMenteri dan Timbalan Perdana Menteri dan KetuaPengakap Negara, kesemua tokoh pemimpin ini merupakanpenaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan SeriPaduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai PenaungAgong kepada pergerakan Pengakap di negara ini.Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, bintangtertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepadaYang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkotaatau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yangdi-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangandan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis PengakapMalaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara.Dalam keadaan yang sama juga, bintang ini bolehdianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertingginegara, negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa,seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri,Menteri-Menteri Kabinet, atau mereka yang setaradengannya yang banyak berjasa kepada pergerakanPengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara.
 
PPM Gombak/DC2008
Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negaraboleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.Istilah semangat padi melambangkan cirri-ciri, tradisi danunsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakanteras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuananbangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanahInggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasiuntuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatuaspek yang lain pula, kegiatan kepengakapan adalahsumber asuhan dan didikan yang mencerna remajaPengakap supaya menepati falsafah hidup resmi padi,semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilaihidup ketimuran dan semangat kepengakapan tempatan.Bintang semangat padi kelas pertama ini hanya bolehdisampaikan oleh Ketua Pengakap Negara.
BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS KEDUA - PERAK 
3.
Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Kedua - Perak adalahanugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia,yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang.Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannyasesuatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang layakmenerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpinnegeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yangtelah banyak berjasa.Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelaskedua ini adalah ketua-ketua negara, negeri danpemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau TengkuMahkota, atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantikmenjadi Yang Dipertuan Agong dan bergantung kepadapertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah,Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh KetuaPengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, bintangini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpintertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpinPengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-MenteriKabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbuktigemilang kebaktian mereka, atau mereka yang setaradengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakanPengakap, dengan sokongan Ketua Pengakap Negara.Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negaraboleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.Istilah semangat padi melambangkan cirri-ciri, tradisi danunsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakanteras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuananbangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanahInggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasiuntuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,ianya telah menjadi hak asli dan jati Negara ini. Dari suatuaspek yang lain pula, kegiatan kepengakapan adalahsumber asuhan dan didikan yang mencerna remajaPengakap supaya menepati falsafah hidup resmi padi,
 
PPM Gombak/DC2008
semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilaihidup ketimuran dan semangat kepengakapan tempatan.Bintang semangat padi kelas kedua ini hanya bolehdisampaikan oleh ketua Pengakap Negara.
BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS PERTAMA - EMAS
4.
Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Pertama- Emasadalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan PengakapMalaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yangamat terpuji kepada pergerakan Pengakap.Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang inimerupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerimayang paling layak adalah dari kalangan individu-individuyang banyak memberi sokongan dan sumbangan besarkepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpinPengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara danantarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dariluar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas statuskehormat.Istilah Semangat Rimba melambangkan cirri-ciri tradisidan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan,kepemimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alamsemesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan,hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsaMelayu.
BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS KEDUA – PERAK 
5.
Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Kedua – Perak adalahanugerah keempat tertinggi Persekutuan PengakapMalaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yangterpuji kepada pergerakan Pengakap.Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang inimerupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerimayang paling layak adalah dari kalangan individu-individuyang telah memberi sokongan dan sumbangan besarkepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpinPengakap di peringkat daerah, negeri, negara danantarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dariluar negara juga diberikan tetapi di atas status kehormat.Istilah Semangat Rimba melambangkan cirri-ciri tradisidan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan,kepemimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alamsemesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan,hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsaMelayu.
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Jack Lam liked this
RynGimus liked this
mohdanuaribrahim liked this
amardaskywalker liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->