You are on page 1of 8

DAPATAN KAJIAN

JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BANDAR PEKAN,

PAHANG……

Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Bandar pekan iaitu jalan raya. Jaringan

jalan raya di Bandar Pekan adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Bandar

Pekan dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah.

Pengangkutan darat

1- Pengangkutan awam

a) Bas

b) Teksi

2- Pengangkutan Persendirian

a) Motorsikal

b) Kereta

c) Basikal

3- Pengangkutan barang
a) Van

b) Lori

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM

PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN…

1- Bentuk muka bumi di Bandar Pekan adalah rata dan luas.

2- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Pekan menyebabkan pembinaan jalan

raya.

Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan

pembinaan sistem jalan raya.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN

DAN NEGARA JEPUN…

Di Bandar Pekan

1- Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Pekan, ia dapat

memajukan lagi sektor pelancongan.Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya

dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau

antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti Muzium


Tengku Abdul Rahman.

2- Selain itu, sistem pengangkutan di Bandar Pekan juga dapat membantu pergerakan

penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

Di Negara Jepun

1- Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai

bilangan pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang

terdapat di Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan

teknologi pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.

2- Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan

7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan

perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap.

Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem

pengangkutan yang baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan

negara kita walaupun tidak secanggih Jepun.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA JEPUN…

Di Bandar Pekan
KESAN POSITIF

1- Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

2- Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan

pencemaran udara.

KESAN NEGATIF

1- Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas

karbon dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya

pencemaran udara.

2- Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat

menghasilkan jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.

Di Negara Jepun

KESAN POSITIF

1- Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sektor

pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan.

2- Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan bahan

mentah dengan penggunaan lori dan kereta api.


KESAN NEGATIF

1- Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan

tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah rutuh.

2- Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu ketenteraman

manusia.

Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka

menggunakan kenderaan awam. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem

jalan raya setaraf dengan negaara maju seperti Negara Jepun.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Di Bandar Pekan dan Di Negara Jepun

1- Penggunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta. Alat ini berupaya menukarkan

gas beracun.

2- Pengurusan trafik yang lebih cekap dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan

awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti penggunaan teksi dan bas.
Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak

sewajarnya.

JADUAL DATA KAJIAN

Bilangan dan jenis-jenis kenderaan dari 8.00 pagi

hingga 8.45 pagi

Masa Bilangan Jenis-Jenis Kenderaan

Kereta Motorsikal Lori Bas Van

8.00-8.15 30 40 20 3 4

8.15-8.30 20 60 40 2 3

8.30-8.45 25 20 60 4 2

GRAFIK
Bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan

Jalan Pekan Di Bandar Pekan dari jam

6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini

mempunyai banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat

setempat. Pengangkutan amat diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan

yang perlu dilakukan diluar tempat.

Daripada kajian yang saya jalankan di Bandar Pekan mengikut usia dengan kerjasama 30

orang responden, saya dapati kebanyakan orang dewasa memiliki pengangkutan

persendirian untuk pergi bekerja di luar tempat selain dari Bandar Pekan seperti ke

Kuantan, Rompin, dan sebagainya. Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan

pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun,

pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan penggunanya adalah daripada

kalangan remaja.

Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan

Bandar Pekan adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan dasar pembanggunan.
Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara

satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan bersatu dalam

satu negara yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah

peringkat pertama bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain

yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah

dibandingkan iaitu Negara Jepun.. Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

You might also like