Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAB 3 Sejarah Tingkatan 1

BAB 3 Sejarah Tingkatan 1

Ratings: (0)|Views: 2,674 |Likes:
Published by ainudin8223

More info:

Published by: ainudin8223 on Jun 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/15/2013

pdf

text

original

 
Bab 3 : Kerajaan – Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)
BAB 3 :SEJARAH TINGKATAN 1KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Kerajaan awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu
kerajaan agraria
kerajaan maritim.Contoh kerajaan agraria ialah
kerajaan Angkor dan kerajaan Funan. Manakalacontoh kerajaan maritim ialah
kerajaan Champa, kerajaan Chih Tu, kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua,dan kerajaan Majapahit.
Kerajaan Agraria
menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian
Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasanpedalaman.
Masyarakat agraria menjalankan kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, danmenangkap ikan.
mereka menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
Hasil utama kegiatan pertanian ialah ubi taro, padi huma, dan padi sawah.
Masyarakat agraria membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatanpertanian dan menternak binatang.
Pemerintah kerajaan agraria memainkan peranan penting dalam membinaempangan dan terusan serta bertanggungjawab menguruskannya.
Kegigihan masyarakat agraria akhirnya berjaya membentuk kerajaan yang masyhur.
Kerajaan Angkor
Diasaskan pada abad ketujuh Masihi.
Pusat kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.
Kawasanpertanian utamanya di sekitar tasik Tonle Sap.
Membina barat untuk kemudahan sistem pertaniannya.
Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak dandianggap sebagai Devaraja.
Raja dibantu oleh kerabatnya untuk menjalankan tugas pentadbiran
Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suiyavarman II.
Menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utama.
Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha
Kerajaan Funan
Diasaskan pada abad pertama Masihi.
Merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura.Empangan, saliran, dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanianterutama sawah padi. Bekalan air diperoleh daripada Sungai Mekong dan kawasanperisiran pantai.
Raja pertamanya ialah Kaundinya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam.
Fan Shih-man merupakan seorang jeneral yang agung
Pelabuhan utamanya Oc-Eo
Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan
Kurung Bnam
bermaksud raja-raja gunung. Istilah bnam berertigunung. Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja.
1
 
Bab 3 : Kerajaan – Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)
Baray 
ialah sebuah kolam air besar. yang dibina untuk_ menampung 30 juta meter paduair. Air dari kolam ini - disalirkan ke 12.51 juta ekar sawah . Pembinaan baray membolehkankerajaan Angkor memperoleh basil pertanian yang banyak.
Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam mengembangkan bidang pertanianserta kemahiran pembinaan empangan dan saliran telah berjaya memajukan kedua-duabuah kerajaan tersebut. Keadaan ini membuktikan bidang pertanian boleh menyumbangpada kemajuan negara sekiranya bidang tersebut dimajukan secara besar-besaran.
Kerajaan Maritim
Kerajaan maritim terletak di kawasan
persisiran pantai
dan menjalankan kegiatanyang berkaitan dengan laut.
Perdagangan merupakan kegiatan terpenting dalam kerajaan ini dan laut menjadilaluan utamanya.
Selain kegiatan perdagangan, aktiviti membuat kapal dan perikanan turut dijalankan.
Pusat pentadbiran
kerajaan maritim tertumpu di kawasan muara sungai.
Kawasan ini merupakan kawasan penempatan penduduk.
Selain laut, sungai juga berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasanpedalaman.
Oleh itu, pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan dl koala sungai.
Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan, dan kawasan berjual-beli.
Dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah.
Kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman danpulau-pulau yang berhampiran. Antara barangan yang dikumpulkan termasuklahhasil hutan, rempah-ratus, ubat-ubatan, gaharu, cendana, dan damar. Barangan inimendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagaipelabuhan entrepot.
Kemudian, barangan ini dijual kepada pedagang asing dari Eropah, Arab, India, danChina.
Masyarakat maritim juga mahir membuat kapal serta menguasai ilmu pelayaran.
Dengan kemahiran ini, pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar hingga keAfrika Timur.
Tonle Sap ialah tasik Yang dibina pada abad kesepuluhterletak di bahagian tengah Kampuchea, Tonle Sap merupakan sistem pengairan yangterpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah. Air disalurkan melalui empangan dansaliran. Kawasan di sekitar Tonle Sap subur dan sesuai untuk menanam padi.
Kerajaan Champa
Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien.
Raja Champa dipengaruhi oleh agama Hindu.
Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
Pelabuhannya yang terkenal ialah Inderapura.
Ditadbir oleh 14 dinasti.
Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh pengaruh China dan pengaruh ini lenyappada kurun ke-15.
Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom.
Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi.
Kerajaan Chih Tu
Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah.
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi.
Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak.
2
 
Bab 3 : Kerajaan – Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)
Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahandan pentadbiran.
Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yangmenerima pengaruh Hindu.
Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja.
Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak, dan bersifat ketuhanan.
 Terdapat tiga bahagian pentadbiran dalam kerajaan Srivijaya yang tercatat padabatu bersurat Telaga Batu.
Kerajaan Srivijaya
Diasaskan sekitar abad ketujuh Masihi dan berpusat di Palembang, Sumatera.
Raja berkuasa mutlak.
Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat.
Catatan pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu,menunjukkan terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu pentadbiran diraja,pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah.
Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa untuk mengawal seluruhkegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu.
Pelabuhan pentingnya ialah Palembang.
Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan, dan lada hitam.
Menjadi pusat pertukaran barangan dalam kegiatan perdagangan antara China,India, dan Barat.
Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut ajaran agama Hindu-Buddha.
Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dapatdibuktikan melalui seni ukir yang terdapat pada bangunan tersebut.
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan awal yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu.
Dikenali juga sebagai Kataha.
Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan ini diasaskan pada kurun kelima Masihi.
Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sungai Mas dan kemudiannyaberpindah ke Lembah Bujang.
Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu.
Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi diLembah Bujang.
Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan SungaiMas dan Lembah Bujang.
Pelabuhan Kedah Tua menjadi pusat pertukaran barang-barang dan tempatpersinggahan pelayar dari Arab, Parsi, India, dan Sri Lanka sebelum meneruskanpelayaran ke Timur.
Menjadi pusat perdagangan basil tempatan seperti beras, emas, bijih timah, ladahitam, damar, rotan, tanduk, dan gading.
Pengeluar padi yang utama kerana mempunyai bentuk muka bumi yang rata.
Kegemilangan kerajaan Kedah Tua dapat dibuktikan melalui penemuan Wang perakpada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 847861 Masihi) serta manikdari India dan barangan kaca dan Timur Tengah.
Kerajaan Majapahit
Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh HinduBuddha.
Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu.
Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri.
Mengamalkan konsep Devaraja.
3

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
WJ Lee liked this
Hamba Ilahi liked this
Khirrtana Rajan liked this
Selvi Saimon liked this
Selvi Saimon liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->