You are on page 1of 10

CADANGAN KE

ARAH
PEMBENTUKA
N MALAYSIA
1887, Lord Brassey iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan Kerajaan
British menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat .

1948, Sir Malcoim MacDonald,Gabenor Jeneral Asia Tenggara mencadangkan


Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

1956, Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka dinamai Malaysia kerana suatu masa nanti British akan menggabungkan
Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura ,Lim Yew Hock diukuti oleh David
Marshall pada 1955.

1959,Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul
Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Walau bagaimanapun Tunku tidak bersetuju kerana berlaku ketidakseimbangan
penduduk.

27 Mei 1961, Tunku Abdu Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan
pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar
Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapan:-

 Negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih
kukuh dan disegani di rantau ini.
 Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
 Pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat
tempatan.
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN
MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN MALAYSIA

POLITIK EKONOMI SOSIAL

KESELAMATAN
KERJASAMA
EKONOMI KEPENDUDUKAN

KEMEDAKAAN

DEKOLONISASI
FAKTOR POLITIK

1. KESELAMATAN
• Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh
Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.
• Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lew Kuan Yew
iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) pada masa depan.
• Perkembangan ini bimbang akan menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan
kemerdekaan kepada Singapura kerana Barisan Sosialis dianggap oleh Lee KuanYew
sebagai gerakan berhaluan kiri.
• Lee KuanYew telah mendesak British supaya menggabungkan Singapura dan Persekutuan
Tanah Melayu bagi mengelak ancaman komunis.
• Tambahan pula Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras
pengaruh Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu sepanjang tempoh darurat dari 1948-1960.
• Clandestine Communist Organization(CCO) turut mengancam Sarawak dengan matlamat
ingin menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
• Dengan itu penggabungan negeri-negeri terbabit dapat menyekat ancaman komunis.
2. KEMERDEKAAN
• Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura
dan Brunei kerana mereka belum mampu berkerajaan sendiri.
• Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut
perancangan Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.
• Mereka juga dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

3. DEKOLONISASI
• Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960
telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
• Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang
belum membangun. Pada masa ini hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah
berjaya mendapatkan kemerdekaan.
• Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik
kepada rantau Asia Tenggara.
• British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh
komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo serta memastikan kepentingan
mereka terus terkawal terutamanya pangkalan mereka di Singapura.
FAKTOR EKONOMI

KERJASAMA EKONOMI
• Dapat mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan
pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
• Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah,
Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak,manakala Brunei kaya
sumber minyak.
• Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan
keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negari-negeri.
FAKTOR SOSIAL

KEPENDUDUKAN
• Untuk mengimbangkan jumlah kadar pertumbuhan kaum di kalangan
negeri anggota dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei ke dalam
gabungan itu.
• Pembentukkan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat
setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah
dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan
bersama.
SELESAI..

You might also like