2
Fungsi lain bagi unit ini ialah sebagai pusat menyambut kelahiran biasa,kelahiran dengan bantuan seperti forcep , vakum dan kelahiran songsang.. Unit ini jugamenerima kes-kes kehamilan berisiko tinggi seperti kes darah tinggi, kencing manis, kestumpah darah sebelum (
antepartum haemorhage
) atau selepas kelahiran (
post partumhaemorhage
) juga kes-kes yang dirujuk dari hospital lain kerana masalah kelahiran .Selain itu kes-kes kelahiran pramatang dan keguguran juga dikendalikan di unitini. Unit ini juga mengendalikan kes-kes pembedahan kecemasan sekiranya ibu ataubayi mengalami sebarang komplikasi semasa proses kelahiran seperti bayi lemas,kesukaran kelahiran peringkat kedua, proses kelahiran tersekat atau sebarang masalahkelahiran lain yang berkaitan. Penerimaan bayi selepas pembedahan yang dirancang juga dikendalikan di unit ini.Bagi kes kes yang berisiko tinggi, data yang diperolehi menunjukkan bahawa jumlah kes yang direkodkan semakin menurun iaitu dari 5808 pada tahun 2005 kepada5681 pada tahun 2006 dan 4676 pada tahun 2007. Seterusnya jumlah kes berisiko tinggimeningkat sebanyak 216 kepada 4892 pada tahun 2008. Bagi pecahan peratusan pula,kadar kelahiran yang berisiko adalah sebanyak 86.3%bagi tahun 2005, 81.8% bagi tahun2006 dan diikuti penurunan yang ketara pada tahun 2007 sebanyak 18.6% iaitu kepada63.2%. Bagi tahun 2008 jumlahnya ialah sebanyak 65.50%. Secara ringkasnya peratuskelahiran yang berisiko dapat dilihat dalam
Jadual 2
dibawah.
Jadual Statistik Kes-Kes Berisiko Tinggi bagi tahun 2005-2008Butiran 2005 2006 2007 2008
Bilangan Berisiko Tinggi5808 5681 4676 4892Jumlah Kelahiran6730 6961 7392 7474Peratus Kes Berisiko Tinggi86.30% 81.80% 63.20% 65.50%
Jadual 1