You are on page 1of 14

PERAYAAN TRADISI : HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama

lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.

Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia),

Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di

seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum

Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula

selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara

iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya

melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,

iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan

diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa

tempat yang strategik.


Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu

bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan

menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana

sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia

balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia

yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.


LATAR BELAKANG

SEJARAH/ASAL-USUL PERAYAAN

Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, maka mereka

segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang

diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam telah

mengantikan dua hari raya yang kamu sambut itu dengan dua hari yang lebih bermakna

iaitu Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Hari Raya

Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang

diraikan itu adalah satu ibadat.


Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan

ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana

berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang

Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di

mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari

untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.


UPACARA DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut

hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti

memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda

kesyukuran.

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke

masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan

kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau

melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah

umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja

semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang

ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa

kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin

pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang
mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian

duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep

pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran

semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka

pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan

pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat

Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang

akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya

mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat

beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.

Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan

dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-

minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang

Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah

dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan

diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan

Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan

ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan

berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk

menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena

ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

SEMASA
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan

berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah

menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan

saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan

Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan

melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk

bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di

kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada

Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak

melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya

diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang

ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada

warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang

dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang

bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan

pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan


Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila

malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang

bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu

timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan

memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi

menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada

malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana

pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan

Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang

bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah

menerangi masjid-masjid kami.".

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun

sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan

berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan

sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

SELEPAS
Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan

merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut

kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan

sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w

telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :


 
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh
itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
 
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya
seperti tidak pernah melakukan maksiat.
 
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh
Allah
 
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
 
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa
pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
 
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada
nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang
oleh Allah dengan pandangan rahmat
 
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci
30 pintu kesulitannya
 
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya
menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu
daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari
berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang
banyak oleh Allah
 
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari
tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari
tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan
aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :


 
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai
b)
menunaikan solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
c)
jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir
e)
Muqayyad)
 
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas
solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam
pertama awal Muharram.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT

Amalan sunat di bulan Syawal :


 
 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
 
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
e)
jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
g)
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
   

KESAN PERAYAAN
KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim

sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya

sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari

kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua

kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-

masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi

menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru

itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan

tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung


kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana

mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak

langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan

negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari

kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan

Ramadhan.

You might also like