You are on page 1of 1

Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada
hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya
membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan
menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat
berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat
dapat disongsangkan.

Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang


Ayat inti Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.
Ayat tanya Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan? Belum makankah kamu?
Ayat pasif Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari Ketinggalan bas saya pada hari itu.
itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan"


(untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas
bentuk ayat songsang itu.

You might also like