Professional Documents
Culture Documents
0 Pendahuluan
Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan
asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan
bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk
mempelajari matematik.
Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan
Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan
merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat
prasekolah.
Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik
bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang
mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat
bergambar (pictorial) dan simbolik.
1
2.0 Konsep Matematik
2
2.1 Pranombor
2.1.1 Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri
yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh
dilakukan berdasarkan:
Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)
3
2.1.2 Perbandingan
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu
sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku
apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya
adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam
perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.
2.1.3 Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan.
Contoh seriasi:
Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
4
Menyusun objek mengikut ciri
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek
yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek
dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek
dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol
juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.
2.1.5 Pola
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan
seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana
konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
Meniru pola,
Menyambung pola,
Melengkapkan pola, dan
Membina pola sendiri.
5
2.1.6 Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk
memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan,
disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.
2.2 Nombor
2.2.1 Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-
murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang
yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan
bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu
objek dengan satu nama nombor,
Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,
2, 3,... dan seterusnya,
Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang
dibilang, dan
Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-
mana kedudukan.
Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut.
6
2.2.2 Konsep Nombor
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
Nilai tempat - kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
Asas sepuluh - bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai
10 digit dari sifar ke sembilan.
Penggunaan sifar - Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu
yang tidak wujud.
Mempunyai nilai tambah - Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai
tempat.
Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep
asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi
jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek
dikeluarkan sebahagian daripadanya.
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
Membilang - berdasarkan 4 prinsip membilang secara
rasional.
Pengalaman konkrit - operasi dimulakan dengan bahan maujud
secara bergambar atau simbol.
Konteks penyelesaian - satu situasi penyelesaian masalah diberi.
masalah
Penggunaan bahasa - bahasa yang betul perlu digunakan supaya
yang betul operasi itu lebih bermakna.
(a) Operasi Tambah
7
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan
pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi
tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi
mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh:
+ =
3+5=8
8
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
Di dalam sebuah kandang ada tiga ekor arnab, seekor arnab telah masuk ke dalam
lubang. Berapakah ekor arnab yang tinggal?
9
3
Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana
satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal.
+ 3 = 8
2.3 Pengukuran
10
Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute)
(contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau
peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan,
perbandingan dan turutan.
Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan
ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis
unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;
Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.
Unit piawai seperti;
sentimeter - panjang
liter - isipadu
kilogram - berat
meter persegi - luas
darjah celcius - suhu
meter padu - isipadu
11
Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka
suhu, penimbang dan kalendar.
Menggunakan rumus (formula).
Laporkan bilangan unit.
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir,
pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti
pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan
jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari,
minggu, bulan dan tahun.
Pengalaman Dua
Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.
Contoh: Pantas, lambat
12
Berjalan pantas.
Berlari dengan perlahan
Pengalaman Tiga
Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval)
Contoh:
Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau
pasir.
Kadar denyutan nadi dalam satu minit.
Turutan
Pengalaman Empat
Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu.
Contoh:
- Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa.
- Kitaran hidup rama-rama.
- Kitaran hidup katak.
- Rutin harian.
- Cara-cara membuat sandwich.
13
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang,
atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.
Kedudukan relatif;
Kedekatan (proximity) - contohnya, kereta itu lebih dekat dengan
pokok berbanding rumah.
Pemisahan (separation) - Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan
rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
Susunan / urutan (order) - Contohnya, pensel disusun dari pendek ke
panjang.
Lingkungan (enclosure) - Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-
pokok.
Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain
lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).
14
Rajah : Papan Geo
15