You are on page 1of 20

Nama : Kelas :

SULIT
Bahasa Melayu
Kertas 1
Set 1
2 Jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2004

Bahasa Melayu
Kertas 1 (Set 1)
Dua jam

Arahan Am:

1. Ada enam puluh soalan dalam peperiksaan ini.

2. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Anda dikehendaki memilih
jawapan yang tepat sekali.

3. Jawab semua soalan.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


1
Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini.

Punca utama keadaan jerebu teruk yang melanda negara ketika pada suatu
masa dahulu adalah akibat kebakaran hutan yang besar yang berlaku di Sumatera.
Tiupan angin telah membawa asap dan debu kebakaran tersebut ke negara jiran
seperti Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam dan Thailand. Sebelum itu, negara kita
pernah juga mengalami jerebu akibat pencemaran asap kenderaan, kilang dan
pembakaran secara terbuka yang diamalkan oleh penduduk Malaysia sendiri. Namun,
indeks pencemaran udara (IPU) ketika itu tidak setinggi jika dibandingkan dengan
bacaan IPU yang dicatat pada musim jerebu tebal yang melanda negara sebelum bulan
September 1997.
Masalah jerebu yang melanda negara kita berlarutan, dan apabila catatan IPU
semakin meningkat, orang ramai mula menunjukkan rasa gelisah. Bacaan IPU di
Sarawak pernah menjangkau ke tahap amat berbahaya, iaitu melebihi 500, sehingga
memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat di Sarawak. Keadaan menjadi serius
apabila meningkat ke tahap melebihi 700. Demi kesihatan masyarakat Malaysia,
kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan keadaan berjerebu dengan
membuat pembenihan awan, iaitu bertujuan untuk menghasilkan hujan tiruan.
Sebanyak 50 kg garam dilarutkan ke dalam 850 liter air. Larutan ini dibawa ke udara
dengan menggunakan pesawat dan disebarkan pada gumpalan awan yang tebal yang
berpotensi untuk menjadi awan hujan. Molekul garam akan berpaut dengan molekul air
di awan dan menjadikannya lebih padu dan berat. Apabila berat molekul bertambah, ia
akan turun ke bumi sebagai. hujan. Keberkesanan tindakan ini bergantung pada
beberapa faktor yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Faktor seperti awan, lokasi
awan, tekanan udara, suhu dan juga arah serta halaju angin yang bertiup perlu dikaji
supaya tindakan menaburkan benih ini boleh mendatangkan kesan yang maksimum.
Namun, kesannya cuma untuk jangka pendek, dan hujan yang terhasil daripada aktiviti
pembenihan ini tidak mampu melarutkan atau menjulang jerebu tebal sambil
mengalihkannya ke kawasan lain yang tidak membahayakan manusia dan ternakan.
Bagi kawasan yang indeks jerebunya tinggi, kemungkinan akan mengalami
kesan hujan asid, terutamanya asid sulfurus, nitrous dan nitrat, apabila hujan turun hasil
aktiviti pembenihan ini. Keadaan ini berlaku apabila molekul air daripada hujan akan
bertindak balas dengan kandungan jerebu seperti oksida sulfur dan nitrogen di udara
bumi untuk menghasilkan asid sulfunus, nitrous dan nitrat. Ini juga perlu diambil kira
dan diawasi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Orang ramai dinasihati
supaya tidak berada di luar apabila hujan asid turun. Keadaan ini boleh membahayakan
kesihatan. Selain itu, kerajaan juga telah meminta pihak bomba menghulurkan bantuan
kepada negara Indonesia untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di sana.
Dalam keadaan berjerebu, jarak penglihatan adalah terhad sehingga kurang
daripada 200 meter, pemandu kenderaan terpaksa memasang lampu semasa
memandu. Orang ramai pula perlu mengehadkan aktiviti di luar rumah kerana jerebu
boleh menjejaskan kesihatan. Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan topeng
mulut semasa berada di luar rumah. Namun, nasihat ini tidak begitu diendahkan oleh
sesetengah golongan. Keadaan ini berlaku mungkin kerana kurangnya pengetahuan
tentang bahaya jerebu terhadap kesihatan mereka.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


2
Berikutan kejadian jerebu, ramai pesakit yang mendapatkan rawatan. Antara
penyakit yang mungkin disebabkan oleh jerebu ialah penyakit radang selaput mata,
Bronkitis (radang paru-paru), asma, selesema, sakit tekak, penyakit berkaitan saluran
pernafasan dan penyakit jantung. Keadaan ini membuktikan bahawa jerebu
sememangnya bahaya terhadap kesihatan. Namun, golongan yang berisiko tinggi untuk
mendapat penyakit semasa musim jerebu ini termasuk orang tua, kanak-kanak, pesakit
asma dan pesakit jantung. Mereka merupakan golongan yang paling mudah mendapat
penyakit ketika keadaan berjerebu seperti ini kerana mereka mempunyai daya
ketahanan yang kurang berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, mereka yang sihat
juga dinasihatkan supaya mengambil langkah.
Penggunaan topeng mulut diperlukan kerana dalam udara yang berjerebu,
terdapat banyak kandungan karbon dioksida, nitrogen dioksida (daripada asap
pembakaran) sulfur dioksida, karbon monoksida dan plumbum (daripada asap
kenderaan dan kilang) dan gas ozon. Udara yang tercemar ini juga mengandungi
bakteria dan kuman. Sekiranya campuran kandungan yang terdapat di udara berjerebu
terus dihirup tanpa sebarang pelindung, paru-paru kita boleh tercedera. Paru-paru yang
tercedera mudah diserang bakteria dan boleh mengakibatkan penyakit berkaitan paru-
paru. Bagi pesakit jantung pula, kehadiran karbon monoksida yang tinggi dalam udara
boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih serius. Karbon monoksida akan diserap
ke dalam saluran darah, menyebabkan oksigen dalam darah berkurangan, dan
menggalakkan serangan jantung. Pesakit asma pula akan mengalami masalah
pernafasan dan mereka dinasihatkan supaya jangan kerap keluar rumah, jangan
merokok, menjauhi orang yang merokok dan mengenakan topeng muka. Penggunaan
topeng muka penting untuk menghalang habuk dan debu memasuki salur pernafasan.
Penggunaannya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik. Sesetengah
golongan yang berkulit sensitif dan mengalami radang kulit seperti gatal-gatal pada
tubuh badan, kulit kemerah-merahan dan ketumbuhan fungus. Mereka yang mengalami
masalah kulit sensitif dinasihatkan supaya mandi selepas menjalankan aktiviti luar.
Kesedaran orang ramai terhadap bahaya jerebu amat penting. Bayangkan jika
separuh penduduk Malaysia terpaksa mendapatkan rawatan akibat jerebu di hospital;
sudah pasti kos perubatan negara bertambah.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana, Majalah Arussains 2001.)

1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca-punca utama berlakunya


jerebu?
I. Kebakaran hutan yang berlaku secara besar-besaran.
II. Pencemaran yang berlaku akibat asap kenderaan dan kilang.
III. Pembakaran yang dilakukan secara terbuka.
IV. Penduduk mengamalkan pembakaran sampah

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, II

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


3
2. Kesan jerebu yang dianggap paling berbahaya ialah...
I. Campuran kandungan yang terdapat di udara
II. Berlakunya hujan asid
III. Pencemaran udara
IV. Jarak penglihatan yang terhad
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. II, III, IV
D. I, IV

3. Golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat penyakit semasa musim
jerebu ialah...
A. Bayi
B. Orang dewasa
C. Warga tua
D. Pesakit kronik

4. Tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas ialah


A. Kesan jerebu
B. Pesakit kronik berisiko tinggi
C. Masalah jerebu di Malaysia
D. Bahaya jerebu terhadap kesihatan.

Soalan-soalan 5 hingga 7 adalah berdasarkan petikan di bawah ini .

5. Berdasarkan carta pai di bawah, negara-negara yang paling banyak terbabit ialah...
A. Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN.
B. Negara-negara ASEAN dan Amerika Syarikat.
C. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain.
D. Negara-negara ASEAN dan Jepun.

G R A F D E S T IN A S I E K S P O R T U N T U K S E K T O R P E M B U A T A N
1995 J u m la h (b ilio n )

1 4 .4
2 6 .1

2 7 .7 6 .1

1 5 .4
1 0 .3
A m e rik a S ya rik a t N e g a ra -n e g a ra S e la ta n K e sa tu a n E ro p a h
Jepun N e g a ra -n e g a ra A S E A N N e g a ra -n e g a ra L a in

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


4
6. Antara yang berikut, yang mana releven dengan industri pembuatan?
I. Barang-barang elektrik.
II. Barang-barang getah.
III. Tekstil.
IV. Besi dan keluli.
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. I, II
D. III, IV

7. Antara kesan-kesan perindustrian yang paling ketara terhadap alam sekitar ialah...
I. Pencemaran udara.
II. Kesan rumah hijau.
III. Peningkatan suhu
IV. Pencemaran air.
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. II, III
D. I, IV

Soalan-soalan 8 hingga 10 adalah berdasarkan petikan di bawah ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa belia-belia di tanah air
kita perlu digalakkan menyertai bidang pertanian bagi memastikan sektor itu terus
berperanan sebagai antara penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara .
Timbalan Perdana Menteri berkata, sektor pertanian negara akan terjejas jika golongan
muda tidak berminat menyertai bidang itu . Bidang pertanian tersebut sebahagian
besarnya kini diusahakan oleh golongan tua sahaja . Sehubungan itu, Timbalan
Perdana Menteri berkata, rakyat khususnya petani sendiri perlu mengubah sikap
dengan tidak menganggap pertanian sebagai satu bidang untuk mereka yang kurang
berjaya atau tidak menguntungkan.
Kita tidak senang hati melihat kawasan tanah pertanian terbiar kerana tidak ada
anak muda yang sanggup untuk menyambung usaha ibu bapa yang sudah tua .
Mungkin ini disebabkan kejayaan kita dalam pembangunan sehingga para petani
menganggap anak-anak mereka tidak wajar menjadi petani seperti mereka.
Sebenarnya , ini adalah tanggapan yang terdahulu dan beliau berharap agar tanggapan
sedemikian tidak lagi wujud dalam minda masyarakat . Beliau berucap merasmikan
Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Ke-28 dan Permodalan
Peladang Bhd Ketujuh di Kuala Lumpur . Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Zainal Dahalan, dan Pengerusi Nafas, Datuk
Abdul Rashid Abdul Rahman.
Datuk Abdullah berkata, belia akan lebih berminat menyertai bidang pertanian
jika petani sekarang dapat membuktikan bahawa sektor itu mampu memberi pulangan
yang lumayan. Justeru, sektor pertanian perlu dimajukan dengan penggunaan teknologi
tinggi serta pengurusan moden yang mampu meningkatkan produktiviti, sekali gus

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


5
memberi pendapatan yang tinggi. Kita mahu petani Malaysia setanding dengan petani
di negara maju . Beliau juga menambah bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong
sebarang usaha petani memajukan sektor itu. Datuk Abdullah berkata bahawa program
pembaharuan sektor pertanian oleh kerajaan akan hanya berjaya jika petani menukar
corak pemikiran serta menunjukkan minat mempelajari sistem pertanian moden.
Katanya, petani perlu memanfaatkan hasil penyelidikan dan pembangunan oleh agensi
pertanian serta institusi pendidikan tinggi bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka.
Dengan keluasan tanah yang sama kita masih boleh meningkatkan produktiviti dengan
penggunaan teknologi moden .
Pada majlis itu, datuk Abdullah turut menyaksikan pemeteraian memorandum
persefahaman di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) bagi memajukan sektor pertanian negara.

8. Belia-belia di tanah air kita perlu digalakkan menyertai bidang pertanian bagi
memastikan sektor itu terus berperanan sebagai antara penyumbang utama
pertumbuhan ekonomi negara.
Retorik yang digunakan oleh pengarang dalam petrikan di atas ialah...
A. Retorik pemerian
B. Retorik penerangan
C. Retorik nasihat
D. Retorik pujukan

9. Antara cara-cara untuk menarik minat belia menyertai bidang pertanian ialah...
A. Petani moden membuktikan kemampuan sektor pertanian memberikan pulangan
yang lumayan
B. Petani Malaysia setanding dengan petani di negara maju
C. Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan produktiviti
D. Kerajaan menyokong penuh sebarang usaha petani memajukan sektor pertanian

10. Maksud ‘memorandum’ dalam ayat akhir ialah...


A. Pernyataan yang dibuat beramai-ramai
B. Catatan atau peringatan
C. Catatan dalam bentuk memo
D. Pernyataan yang telah dipersetujui tetapi belum disahkan

11. Di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


menyebabkan...
A. Kerajaan Persekutuan dan negeri berhak memelihara bahasa Melayu.
B. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan boleh ditulis dalam apa-apa
bentuk tulisan yang diperuntukkan oleh Parlimen.
C. Bahasa Melayu tidak dilarang daripada diajar atau dipelajai oleh sesiapa pun.
D Dalam masa sepuluh tahun selepas kemerdekaan , bahasa Melayu
harus digunakan sepenuhnya.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


6
12.
Bahasa ini merupakan salah satu daripada 200 bahasa
dalam keluarga Indonesia.
Penuturnya terdiri daripada penduduk-penduduk
Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan
Sumatera.
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa bahasa
ini telah menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan
Melayu lebih awal daripada abad ke- 13.

Bahasa yang dimaksudkan di atas ialah...


A. Bahasa Austronesia.
B. Bahasa Melayu.
C. Bahasa Polenesia.
D. Bahasa Malenesia.

13. Batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu


dengan kedatangan pengaruh Islam telah ditemukan di...
I. Pagar Ruyung, Minangkabau - bertarikh 1356,
II. ditulis dengan huruf Pallava serta mengandungi prosa Melayu Kuno dan
beberapa baris bahasa Sanskrit.
III. Bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat ini berbeza
daripada bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat
yang ditemukan pada abad ke-7.
IV. Batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Sanskrit amat
berpengaruh dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan seperti yang
terdapat pada zaman kerajaan Sriwijaya.
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, III
D. II, IV

14. Kebanyakan kata yang dipinjam daripada bahasa Hokkien berkaitan


dengan...
I. makanan
II. pakaian
III. alat-alat muzik
IV. alat-alat untuk berjudi.
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, II.
D. III, IV

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


7
15. Antara pernyataan yang berikut , yang mana benar tentang
Perlembagaan Persekutuan?
I. Bahasa Inggeris digantikan dengan bahasa Melayu dalam beberapa
perkara tertentu yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
II. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dikuatkuasakan melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1957.
III. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam urusan rasmi sahaja.
IV. Bahasa Melayu boleh digunakan dalam bidang-bidang
tertentu sahaja.
A. I, II, III
B. II, III, IV
C. I, II
D. III, IV

16. Korpus bahasa diwujudkan bertujuan untuk...


A. Menubuhkan satu pengkalan data liguistik bahasa Melayu.
B. Mengadakan kajian linguistik secara ilmiah dan praktis terhadap semua
aspek bahasa.
C. Mengkaji penggunaan kata-kata dialek dan kata-kata sukuan.
D. Membuat kajiselidik sosiolinguistik

17. Berdasarkan ciri-ciri dalam rajah di bawah , Z ialah...


A. ayat
B. fonem
C. akronim
D. wacana

Khalayak
Tujuan
Paralinguistik

Gaya
Z Susunan

Kosa kata
Tatabahasa
Isi

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


8
18.
Bahasa ini merupakan bahasa yang mempunyai maksud yang
bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Bahasa ini mestilah difahami oleh orang yang mendengar
bahasa tersebut.
Sekiranya orang yang mendengarnya tidak memahami maksud
bahasa tersebut, mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya .

Ciri-ciri di atas merujuk kepada...

A. bahasa bertimbal.
B. bahasa terbalik.
C. bahasa menggiat.
D. bahasa menaik

19. Antara yang berikut, yang mana larbahasa biasa...

I Peminjaman tulen Bentuk peminjaman yang dilakukan secara


penuh daripada sesuatu bahasa asing
II Peminjaman Hanya maksud kata-kata bahasa asing itu
maksud sahaja yang dipinjam.
III Peminjaman Ciri-ciri bahasa yang dipinjam sama dengan
kacukan budaya yang sedia ada dalam bahasa
peminjam.
IV Peminjaman Kata-kata bahasa asing boleh digantikan
pemerian dengan kata-kata dalam bahasa peminjam.

A. I
B. II
C. III
D. IV

20. Antara penanda wacana yang berikut , yang manakah mempunyai fungsi
yang berlainan?
A. dan
B. selanjutnya
C. tambahan pula
D. dengan kata lain

21. Perbezaan penggunaan kata ganti orang pertama hamba dan beta
ditentukan oleh faktor yang berikut.
I. hubungan
II. pangkat
III. suasana
IV. dialek

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


9
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, II.

22. Laras bahasa yang digunakan dalam petikan di bawah ialah...

Laras ini kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya


penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan
bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang
berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang
maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca atau penonton.
Istilah-istilah teknikal dan khusus tidak digunakan dalam laras
bentuk ini disebabkan bidang yang diperkatakan tidak menjurus
kepada sesuatu bidang yang khusus.
A. Laras laporan.
B. Laras rencana.
C. Laras iklan.
D. Laras biasa.

23. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri laras rencana?

Ciri-ciri Laras
I Laras ini bersifat umum dan menyentuh sesuatu objek tertentu.
II Ciri utama dalam laras ini ialah kepelbagaian idea mengenai
sesuatu tajuk yang diperkatakan
III Laras ini menggunakan gaya bahasa yang indah .
IV Laras ini juga bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara
umum dan kadang-kadang secara terperinci dan mendalam.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. II, IV

24. Antara bentuk-bentuk penggunaan bahasa yang berikut, yang manakah


tidak sesuai untuk retorik penghujahan?
I. ceramah
II. taklimat
III. syarahan
IV. forum

A. I, II, III
B. I, III, IV
C. I, II
D. III, IV

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


10
25. Antara yang berikut , yang manakah padanan kata tugas yang salah?

Fungsi Kata Tugas Contoh-contoh


I Kata penegas Amat, sangat , paling .
II Kata pemeri Aduh , amboi , wah .
III Kata perintah Harap , sila , tolong .
IV Kata bilangan Masing-masing , beribu-ribu , beramai-
ramai.

A. I, II, III
B. II, III, IV
C. I, II
D. III, IV

26.
Laras rencana merupakan suatu laras yang bersifat umum
dan menyentuh sesuatu objek tertentu. Tajuk kemudiannya dikupas
dengan mendalam menggunakan gaya bahasa penulis yang menulis
sesuatu rencana itu. Ciri utama dalam laras rencana ialah
kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. Laras
ini juga bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum
dan kadang-kadang secara terperinci dan mendalam.

Ciri-ciri laras di atas merujuk kepada...

A. Laras agama.
B. Laras rencana.
C. Laras biasa.
D. Laras media massa.

27. Antara yang berikut , yang mana ciri-ciri vokal?


I. Pita suara tidak bergetar semasa bunyi vokal dihasilkan.
II. Bunyi vokal boleh dipanjangkan sebutannya tanpa sebarang halangan.
III. Bunyi vokal tidak mengalami sebarang sekatan, halangan atau geseran
semasa ia dihasilkan.
IV. Bunyi-bunyi vokal tidak perlu bercantum untuk membentuk suku kata
dalam bahasa Melayu.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III
D. III, IV

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


11
28. Antara yang berikut, penyataan yang manakah benar mengenai konsonan
I. Bunyi konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat pertuturan
manusiakerana udara yang keluar mengalami sekatan, halangan ataupun
geseran.
II Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan
geseran, sisian, getaran dan bunyi separuh vokal.
III Konsonan letupan tidak bersuara terdapat pada awal dan tengah kata
bahasa Melayu asli.
IV.Semua konsonan letupan tidak bersuara pada akhir kata tidak
dilepaskan ketika diucapkan

A. I, II, III.
B. I, II, IV.
C. I,II.
D. III, IV.

29. Antara yang berikut, yang manakah salah mengenai diftong?


I. Merupakan rentetan dua bunyi vokal yang boleh membentuk suku kata
II. Mempunyai satu puncak kelantangan.
III. Terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur.
IV. Sebutan sesuatu vokal itu tidak digabungkan dengan bunyi vokal lain.

A. I
B. II
C. III
D. IV

30. Antara yang berikut , pilih bentuk-bentuk diftong yang terdapat dalam
bahasa Melayu

I. [ae]
II. [ai]
III [au]
IV [oi]

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. II, III

31. Vokal depan sempit dihasilkan apabila...


I depan lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut
menyebabkan berlakunya sempitan.
II udara yang keluar melalui sempitan ini akan menghasilkan bunyi vokal
III bibir berada dalam keadaan hampar atau leper.
IV. belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan asal.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


12
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, IV
D. II, III

32. Pilih pernyataan yang salah antara padanan kata gandaan yang berikut.

Kata gandaan Bentuk kata gandaan


I buat-buat Penggandaan seluruh kata tugas
II Dalam-dalam Penggandaan seluruh kata kerja
III lauk-pauk Kata gandaan berentak pengulangan vokal.
IV Lintang- Kata gandaan berentak pengulangan
pukang konsonan.

A. I, II, III
B. I, II
C. II, III
D. III, IV

33
Sayur-mayur yang dijual di pasar tani itu murah-murah belaka.

Dalam ayat di atas, kata gandaan ‘sayur-mayur’ boleh tergolong ke


dalam jenis...
A. kata gandaan sebahagian.
B. kata gandaan berentak pengulangan vokal.
C. kata gandaan berentak pengulangan bebas.
D. kata gandaan berentak pengulangan konsonan.

34. Ciri-ciri di bawah merujuk kepada...

Penutur tidak mahu menyebutkan kata-kata tersebut


secara terus terang.
Orang yang ditujukan kata-kata itu mestilah mengerti
kata-kata itu ditujukan kepadanya.
Boleh dinyatakan dalam bentuk frasa, ayat atau pantun
Kata-kata itu diucapkan dengan menyatakan sesuatu
perkara yang lain.

A. Bahasa kiasan .
B. Bahasa sindiran.
C. Bahasa halus.
D. Bahasa bertimbal.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


13
35. Antara frasa-frasa yang berikut, yang manakah frasa adjektif perbandingan
A. Barang kemas itu kurang baik mutunya.
B Budak itu memang kurang ajar .
C. Dia memang kurang senang terhadap wanita itu..
D Muda mudi asyik berpesta .

36. Contoh-contoh di bawah adalah berdasarkan...


♦ Panas terik
♦ Cantik manis
♦ Muda remaja
♦ Biru laut

A. kata sifat majmuk


B. kata sifat dasar
C. kata sifat terbitan
D. penggandaan kata sifat

37. Antara yang berikut , yang manakah benar penggunaan imbuhan yang
berhuruf condong?
I. Mereka memperindah serambi rumah menjelang sambutan perayaan.
II. Wanita itu mengindah dirinya dengan memakai perhiasan.
III. Akhirnya projek itu membuahkan hasil.
IV. Hasil kerjanya membuah.
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. I, III, IV
D. III.

38. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar?

I Alomorf lingkungan Alomorf yang bersifat saling


menyisihkan alomorf lain .
II Alomorf terikat Merupakan morfem terikat yang di
cantumkan pada bahagian hadapan
sesuatu kata dasar.
III Alomorf bebas Alomorf yang boleh menggantikan
alomorf lain tanpa mengalami
perubahan makna
IV Alomorf dasar Alomorf yang bersifat morfem

A. I
B. II
C. III
D. IV

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


14
39. Kata akronim tergolong ke dalam...
A. Kata nama tunggal.
B. Kata nama majmuk
C. Kata nama terbitan
D. Kata nama ganda

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan perkataan yang terdiri daripada
morfem bebas?
I. petani
II. jururawat
III. mata pelajaran
IV. orang
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. I, II, IV
D. I, IV

41 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kata gandaan seluruh
I. Proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada yang
berimbuhan ataupun tidak.
II. Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan ataupun
di belakang kata dasar.
III. Penggandaan ini berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata
kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.
IV. Penggandaan ini hanya berlaku pada golongan kata nama dan kata
tugas.
A. I, II, III.
B. I, II, IV.
C. II, III, IV.
D. I, III.

41. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah mengandungi frasa sendi
nama?

I Perompak-perompak itu lari ke dalam hutan untuk


menyembunyikan diri.
II Akhirnya dia pulang ke pangkuan keluarganya di kampung.
III Dengan abangnya budak itu datang dari selatan Johor untuk
mencari pekerjaan.
IV Dengan sendirinya luka anak kecil itu sembuh.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, III

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


15
43. Antara yang berikut , ayat yang manakah mengandungi kata kerja bantu aspek ?

I. Mona telah dihukum gantung.


II. Kakak belum menyemak kerja sekolah adik.
III. Projek itu masih dalam penylenggaraan.
IV. Masihkah kau ingat peristiwa itu ?

A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. I, II, IV
D. II, III, IV

44. Antara yang berikut , yang manakah jenis-jenis moferm terikat?


I. morfem terikat satuan
II. morfem terikat terbahagi
III. morfem terikat kompleks
IV. morfem terikat penggabungan

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. II, III

44. Antara yang berikut, pilih ayat-ayat yang telah mengalami proses
pengguguran?
I. Dia kecewa kerana gagal menjuarai pertandingan memancing itu .
II. Adik mengngis kerana perutnya lapar.
III. Selendang itu untuk kakak.
IV. Mereka berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah agama.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, IV

46

Kos penginapan di Mekah pada musim haji sangat tinggi

Frasa yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah...


A. Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif.
B. Frasa sendi nama keterangan.
C. Frasa sendi nama keterangan frasa nama .
D. Frasa sendi nama keterangan frasa kerja.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


16
47. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang proses penguguran?
I. Proses transformasi berlaku ke atas struktur ayat .
II. Unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat boleh digugurkan.
III. Frasa nama sebagai subjek boleh digugurkan.
IV. Ganti nama diri orang ketiga yang berfungsi sebagai subjek biasanya
digugurkan.

A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. II, III, IV
D. I, II

48.

Amboi , cantiknya jambangan bunga itu !


Wah , mahalnya !
Aduh , sakitnya hatiku !

Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas ialah...


A. Prafrasa.
B. Praklausa.
C. Fonem.
D. Nada seruan

49. Antara yang berikut , yang manakah contoh ayat tanya?


I. Mengkehendaki pendengar memberi jawapan pada pertanyaan yang
terkandung dalam ayat tersebut.
II. Boleh dibentuk tanpa kata tanya.
III. Tidak boleh dibentuk tanpa kata tanya.
IV. Boleh terdiri daripada ayat dasar yang ditetapkan dengan nada tinggi
pada akhir ayat.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III
D. I, IV

50.

Unsur Ayat
P Kawan saya itu sedang makan .
Q kawan saya itu sedang makan.
R Kawan saya itu sedang makan .
S Kawan saya itu sedang makan.

Dalam jadual di atas , P , Q , R dan S boleh dinyatakan sebagai...

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


17
P Q R S
A Ayat Praklausa Klausa Kata
B Ayat Frasa Klausa Fonem
C Ayat Klausa Frasa Kata
D Ayat Frasa Fraklausa Fonem

51. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah mengandungi kata


bandingan?
I. Pelajar itu terpandai dalam kelas saya.
II. Dia lebih tinggi daripada rakan-rakannya.
III. Harrislah pelari terpantas dalam perlumbaan itu.
IV. Adiknya lebih gemuk daripada saya.
A. I, II, III, IV
B. I, II, IV
C. I, III
D. II, IV

52. Contoh-contoh ayat di bawah terdiri daripada...

♦ Tindakan itu suatu kezaliman .


♦ Rayuannya mendapat perhatian

Predikat dalam ayat-ayat di atas terbina daripada...


A. Kata nama am.
B. Kata nama khas.
C. Kata nama terbitan.
D. Kata kerja transitif.

53. Antara ayat yang berikut , yang manakah tidak betul dari segi penggunaan
kata sendi nama yang betul?
A. Mereka pergi dengan bas atau teksi?
B. Janganlah bawa adik ke mana-mana lagi.
C. Ke Bangkok dia semalam?
D. Dari tangan siapa awak menerima barang itu?

54. Antara simpulan bahasa yang berikut , yang manakah sama maksud
dengan ‘ hati tungau ’?
kecil hati
A. hati kecil
B. hati ayam
C. hati batu
D. hati jantung

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


18
55. Pesakit mental itu telah dihantar ke Hospital Permai di
Tampoi untuk menjalani rawatan selama sebulan.

Awalan ‘men....i’ yang digunakan dalam ayat di atas membawa maksud...

A. melakukan
B. dilakukan
C. menjadikan
D. mengalami

56. Berdasarkan contoh di bawah , kata telur merupakan...

Emak membeli sepuluh biji telur itik di pasar semalam .


Walaupun seorang yang pendiam, Faizal boleh menelurkan
idea.
Yus yang selalu ponteng kelas itu mendapat telur dalam
ujian lepas.
Mukanya bertelur setelah kena tumbuk budak yang nakal itu.

Berdasarkan contoh di atas, kata telur merupakan...

A. polisim kerana mempunyai makna yang berbeza antara satu sama lain.
B. homofon kerana mempunyi kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza
dari segi ejaan dan makna
C. kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berbeza
D. homograf kerana kata-kata yang sama sebutannya

57. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan


penggunaan imbuhan ‘ter-‘ pada kata kerja yang bermaksud tidak sengaja?
I. Akhirnya, saya juga turut termakan cakap rakan kami itu.
II. Terangkat dia batu yang berat itu?
III. Maafkan saya kerana terlama di rumah Aida tadi.
IV. Lelaki itu dijumpai terbaring di tepi jalan.

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I
D. III

58. Antara yang berikut , yang manakah berlawanan maksud dengan


peribahasa ‘Seperti sayur dengan rumput ‘?
I. Seperti santan dengan gula.
II. Seperti talam dengan tudung.
III. Seperti raja dengan menteri.

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


19
IV. Seperti paruh dengan kepak.

A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. I, II
D. III, IV

59.
Kita hendaklah jalan di tepi-tepi , benang arang orang jangan dipijak
apabila melancong ke luar negara.

Maksud peribahasa dalam ayat di atas ialah...


A. Kita hendaklah berhati-hati apabila berjalan.
B. Apabila merantau ke negeri orang, hendaklah bersopan santun.
C. Apabila berada di negeri orang , mestilah berhati-hati.
D. Janganlah kita sombong apabila berada di tempat orang.

60. Antara yang berikut , yang manakah bukan contoh kata polisim?
A. langkah
B. muka
C. para
D. bisul

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara


20

You might also like