You are on page 1of 26

1

1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui faktor wujudnya perbezaan identiti antara dunia
maya dan dunia realiti serta kelebihan dan kekurangan yang didapati ketika seorang
pengguna melakukan pendedahan identitinya di alam siber. Kajian ini telah dilakukan
dengan melibatkan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia secara rawak dari
latarbelakang yang berbeza sebanyak 20 orang responden. Analisis hasil borang
kajiselidik yang dikutip semula dikenal pasti dengan menggunakan pakej sistem
komputer SPSS.
Hasil kajian dibincangkan secara terperinci berdasarkan maklumat yang telah
didapati dengan menggunakan dua kaedah kajian seperti resensi perpustakaan dan borang
kajiselidik. Resensi perpustakaan dan pusat sumber data seperti data primer dan data
sekunder serta bahan – bahan yang terdiri daripada jurnal, majalah, dan sumber internet.
Penyelidik mengakhiri hasil kajian dengan memberi sedikit cadangan dan juga
penutup yang berisi kesimpulan dari keseluruhan pembahasan yang di sertai dengan
rujukan dan lampiran.

2.0 TUJUAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji secara terperinci faktor wujudnya perbezaan identiti
antara dunia maya dan dunia realiti serta kelebihan dan kekurangan yang didapati oleh
para pengguna laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain yang
mengalami perbezaan identiti antara dunia maya dan dunia realiti.

3.0 SKOP KAJIAN


Kajian ini melibatkan 20 orang responden yang terdiri daripada pengguna laman web
sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain. Analisis hasil borang kajiselidik
dikenalpasti mengunakan pakej komputer SPSS.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan
dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam
bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Bahan-bahan terdiri daripada artikel, jurnal
2

dan sumber internet. Penulis juga telah melakukan pengedaran borang kajiselidik dan
mengutipnya semula setelah diisi responden. Analisis dilakukan dengan menggunakan
program komputer SPSS.

5.0 HASIL KAJIAN


Penyelidik membahaskan secara keseluruhan hasil kajian yang telah dijalankan
berdasarkan kaedah resensi perpustakaan yang terdiri dari data primer dan data sekunder.
Bahan-bahan yang dijadikan rujukan contohnya seperti jurnal, majalah, artikel, akhbar
dan sumber internet. Pengedaran borang kajiselidik kepada 20 orang responden
menjelaskan latar belakang responden dan corak pengguna yang terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

5.1 Pengenalan
Pada masa kini, laman web sosial menjadi medium pengantara antara dua individu untuk
saling berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari ramai pengguna yang
terjebak dengan penipuan kerana kebanyakan pengguna lebih memilih untuk
menggunakan identiti diri palsu ketika melayari laman web sosial. Terdapat banyak
faktor mengapa wujudnya perbezaan identiti di dalam dunia realiti dan dunia maya. Pada
hakikatnya, individu yang terjebak dengan penggunaaan identiti palsu ini tidak wajar
dipersalahkan kerana terdapat banyak kelebihan dan kekurangan menggunakan
pengenalan diri sebenar.

5.2 Dapatan Kajian dari Resensi Perpustakaan


Sumber data yang penyelidik dapati berasal daripada data primer , data sekunder dan
bahan-bahan yang terdiri dari jurnal, artikel, majalah dan juga sumber internet.

5.2.1 Definisi
Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), didapati pengertian secara
umum mengenai maksud identiti, laman web sosial, dunia realiti dan dunia maya yang
menjadi kata kunci dalam pembahasan kertas kerja ini. Pendapat dari beberapa orang
pakar juga disertai dalam memberikan penerangan secara lebih mendalam.
3

5.2.1.1 Identiti
Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), identiti bermaksud sifat-
sifat yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan
memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.
Namun, menurut Nurul Izzah Sidek, pemilik blog http://intim.wordpress.com isu
identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti. Imej remaja tidak
sahaja dihubungkan dengan perilaku tetapi dihubungkan dengan cara berfikir, aliran
kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan.

5.2.1.2 Laman Web Sosial


Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), laman web sosial diertikan
sebagai suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format
HTML, JavaScript, ASP atau PHP dan ianya bertujuan untuk bersosial.
Seperti mana yang masyarakat ketahui, laman web sosial menjadi medium yang
paling berkesan sebagai medium pengantara bagi satu individu dengan individu yang lain
untuk berkomunikasi dengan mempunyai tujuan yang tertentu ( Azizan Kadir, 2010)
Antara contoh laman web sosial yang semakin popular dalam kalangan masyarakat
pada masa kini ialah facebook, twitter, myspace dan lain-lain. jika pengguna pandai
memanfaatkan perkhidmatan ini, ianya dapat memberi banyak kebaikan kepada
masyarakat.

5.2.1.3 Dunia Realiti


Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), dunia realiti membawa
maksud dunia yang sebenar atau nyata. Dunia sebenar dalam erti kata yang mudah
difahami ialah tempat di mana seseorang menjalani kehidupan sebagai manusia dan
menjalankan aktiviti seharian dengan nyata dan bukan dalam imaginasi semata-mata.

5.2.1.4 Dunia Maya


Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), dunia maya merupakan satu
dunia atau sistem yang membolehkan seseorang berinteraksi dengan suasana buatan yang
4

dijana oleh komputer bagi mewujudkan suasana seperti di alam kenyataan dengan
bantuan peralatan tertentu.

5.2.2 Faktor Wujudnya Perbezaan Identiti dalam Dunia Realiti dan Dunia Maya

Beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan ini boleh berlaku ialah:

5.2.2.1 Kurangnya keyakinan diri


Menurut penulisan Midori (2010) di dalam blognya, www.pink-tribe.com. faktor ini
terjadi kerana seseorang individu itu dikatakan tidak mampu untuk mempamerkan atau
menonjolkan kebolehan diri yang mereka miliki. Lalu, ianya sukar untuk ditafsirkan oleh
masyarakat di sekeliling dan akibatnya, kebanyakan individu seperti ini akan berasa
seolah-olah diri mereka disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
Antara ciri individu yang mempunyai keyakinan diri yang rendah ialah kebiasaannya,
mereka yang kurang keyakinan diri adalah insan yang kurang atau tidak pernah
berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling. Selain itu, golongan ini juga mudah berasa
resah atau risau sepanjang masa. Mereka juga dikatakan gemar mengambil mudah akan
segala hal dan mereka sangat mudah berputus asa. Hal ini kerana, mereka tidak
mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mereka kurang diberi pendedahan dengan
masyarakat sekeliling.

5.2.2.2 Kecelaruan Identiti


Menurut Suffiyah Solehah (2007), kecelaruan identiti boleh didefinisikan sebagai suatu
kekaburan atau ketidakpastian tentang ciri-ciri atau identiti yang perlu ada pada diri dan
ciri-ciri itu dilihat tidak sinonim dengan apa yang patut diterjemahkan oleh individu
terbabit. Kadang-kala, individu tersebut keliru dengan karakter, penampilan kendiri dan
sikap diri. Terdapat beberapa faktor penyebab kecelaruan identiti, iaitu:
Pertama, ia dipengaruhi oleh hubungan individu dengan ibu bapa. Sebagai contoh, ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan watak anak-anak. Jika
ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab ini, anak-anak tidak akan mendapat kasih
5

sayang dan perhatian yang sewajarnya. Akibatnya, anak-anak membentuk minda, hati
dan tingkahlaku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitar.
Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Sebagai contoh, jika individu itu
mendapat pendedahan yang negatif dari rakan, individu tersebut akan membentuk
perwatakan yang negatif dan hal ini secara tidak langsung bertentangan dengan apa yang
patut diterjemahkan oleh individu terbabit. Akibatnya, individu itu akan keliru dengan
identiti diri.

5.2.2.3 Ingin Menyembunyikan Kekurangan Diri


Pada hakikatnya, ramai manusia yang kecewa dengan kekurangan yang ada pada diri
mereka dan tanpa disedari, rasa kecewa ini boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada
manusia. Antaranya, individu terbabit mudah berputus asa, mudah mengalah dan
pelbagai lagi perasaan negatif yang lahir dan secara tidak langsung, ianya telah
mengurangkan produktiviti diri serta semangat untuk berdepan dengan masyarakat. Bagi
mengatasi masalah ini, umat Islam dinasihatkan supaya menganggap kekurangan yang
ada pada diri merupakan ujian dari Allah S.W.T dan ingatlah bahawa kekurangan diri ini
adalah sebuah bonus dalam kehidupan ( al-Fansuri, 2009 )

5.2.2.4 Mempergunakan Orang Lain untuk Kepentingan Diri Sendiri


Faktor yang terakhir dari wujudnya perbezaan identiti ialah adanya kesempatan
mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri ( penipuan ). Jenayah siber
seringkali berlaku melalui proses penipuan di mana penghantar mengkehendaki
pengguna memberitahu nama pengenalan dan kata laluan ke atas kemudahan yang
mereka langgani. Apabila pencuri berjaya mendapatkan identiti mangsanya, individu
tersebut boleh menggunakan identiti mangsa untuk membuat penyamaran di internet.
Sebagai contoh, salah satu artikel di dalam akhbar KOSMO! yang bertarikh 16 Februari
2010, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ) mendedahkan bahawa pihak
persatuan telah menerima lebih 100 aduan dalam tempoh masa 2 bulan mengenai
kecurian identiti pengguna yang kebanyakannya digunakan untuk tujuan penyamaran
identiti bagi memudahkan kegiatan jenayah siber yang lain.
6

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi


kepada pihak luar atau pihak yang tidak dikenali.

5.2.3 Kelebihan Pendedahan Identiti Sebenar

Beberapa hal positif yang didapati dari pendedahan identiti sebenar ialah:

5.2.3.1 Mengekalkan Hubungan Persahabatan dan Menambah Kenalan

Pandangan Weiss (1974) mengkaji bahawa terdapat 6 fungsi persahabatan bagi seseorang
individu hingga ia boleh menjadi kekal. Pertama adalah lekatan, kedua sebagai integrasi
sosial, ketiga adanya peluang melindungi, keempat kerana timbulnya perasaan dihargai,
kelima, perasaan kesatuan dan yang terakhir adalah sebagai bimbingan atau mentor.
Laman web sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan lain-lain
boleh memberikan kemudahan kepada para penggunanya untuk saling berkenalan dan
mengekalkan hubungan mereka. Hal ini disebabkan kemampuan dari laman web tersebut
untuk mencari teman lama yang sudah lama tidak dijumpai. Salah satu contohnya adalah
Facebook, para pengguna boleh menggunakannya secara berleluasa untuk berhubung
dengan kebanyakn rangkaian yang diatur berdasarkan bandar, lokasi kerja, sekolah
mahupun negara. Rangkaian inilah yang menghubungkan para pengguna dengan
beberapa persamaan profil.

5.2.3.2 Meningkatkan atau Mengekalkan Keyakinan Diri

Individu yang melakukan pendedahan identiti tanpa sebarang penipuan menggambarkan


keyakinan diri yang tinggi kerana ia berasa tidak perlu menggunakan identiti palsu untuk
memulakan satu perkenalan diri kepada khalayak ramai melalui alam siber yang
menghubungkan berjuta-juta manusia dari pelbagai negara yang berbeza.
7

5.2.3.3 Mengelakkan Unsur Penipuan Perlaku

Penggunaan identiti sebenar secara realitinya boleh menghindarkan diri dari sebarang
unsur penipuan yang boleh berlaku. Hal ini disebabkan kerana adanya pendedahan yang
jelas dan tidak memberi sebarang peluang kepada pihak lain untuk melakukan jenayah
menggunakan identiti palsu.

5.2.3.4 Mengelakkan Kekeliruan atau Salah Faham dalam Berkomunikasi

Salah satu contoh yang sering terjadi di dunia maya ialah percintaan alam siber. Jika
salah satu pasangan melakukan penipuan identiti pada sesi perkenalan, ia akan
menimbulkan salah faham bagi pasangannya yang lain kerana terdapat perbezaan
personaliti diri yang sebenar. Hal ini boleh menyebabkan hubungan percintaan terjejas di
tengah jalan kerana seseorang tidak boleh menerima identiti pasangan yang berbeza
antara dunia maya dan dunia realiti. Sebaliknya, perkara ini tidak akan berlaku jika dari
awal lagi seseorang itu bersikap wajar dan jujur atas identiti yang ia miliki kepada
pasangannya.

5.2.3.5 Mengekalkan Hak Privasi

Pendedahan identiti sebenar boleh mengekalkan hak privasi seseorang dari sebarang
gangguan pihak lain yang ingin mengambil keuntungan ke atas identiti yang ia miliki.
Sehingga, individu tersebut berkebolehan untuk dikenali baik oleh rakannya dan
mengelakkan sebarang unsur penipuan atas identiti yang ia miliki.

5.2.4 Kekurangan Pendedahan Identiti Sebenar

Beberapa kesan negatif yang didapati dari pendedahan identiti sebenar ialah:

5.2.4.1 Membataskan Sesuatu Hubungan

Seseorang yang menggunakan identiti palsu akan menimbulkan keadaan salah faham
dalam berkomunikasi. Abd. Kadir Mohd. Ayub (2010) mengatakan bahawa ruang siber
8

tidak mempunyai sempadan. Selain mudah diakses, media siber memiliki capaian yang
luas. Maka tidak menghairankan jika segala maklumat yang terkandung dalam siber
sukar dikawal kerana teknologi terkini memungkinkan segala–galanya dan boleh
membatasi segala-galanya.
Hakikatnya, laman web sosial seperti facebook, friendster dan lain-lain diwujudkan
untuk saling bertukar fikiran dan mencari kenalan. Namun jika disalahgunakan, laman ini
boleh membataskan sesuatu hubungan dan digunakan untuk tujuan negatif seperti
mengaibkan individu tertentu dengan data identiti pengguna yang berbeza dalam dunia
maya.

5.2.4.2 Maklumat Diri yang Tidak Lengkap

Maklumat diri yang tidak lengkap menimbulkan permasalahan bagi orang lain untuk
mengenali seorang individu. Dengan adanya identiti yang jelas, maklumat diri boleh
dikenal pasti oleh rakan yang lain dan fungsi integrasi sosial yang ada boleh terbina
dengan baik antara sesama pengguna laman web sosial. Keadaaan ini boleh memberikan
kesan jangka panjang yang menyebabkan rakan-rakan tidak menyedari kehadiran seorang
individu jika hendak memulakan komunikasi.

5.2.4.3 Membataskan Ruang Lingkup Global

Semakin sedikitnya identiti yang secara jujur diperkenalkan maka secara tidak langsung
ia telah melakukan pembatasan diri terhadap ruang lingkup di sekeliling hidupnya.
Padahal hal ini penting untuk perhubungan antarabangsa terutama dalam bidang kerja
yang memerlukan kepentingan antara satu dengan yang lain.
9

5.3 Dapatan Kajian dari Borang Kajiselidik

Pengedaran borang kajiselidik ini melibatkan 20 orang responden dalam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaaan Malaysia dan dikutip semula dengan menggunakan analisis
pakej komputer SPSS.

5.3.1 Dapatan Kajian Latar Belakang Responden

14
12 Bangsa
10
5% 5%
8 10% Melayu
L elaki
6
C ina
4 P erempuan
2 India
0 80% L ain-lain
J antina

Rajah 1: Jantina responden Rajah 2 : Bangsa Responden

Taraf Pengajian 10

0% 8
25% Ijaz ah 6
S arjanamuda Tahun 1
4
Ijaz ah Tahun 2
S arjana 2
Tahun 3
Ijaz ah 0
75% K edoktoran Tahun
P engajian

Rajah 3 : Taraf Pengajian Responden Rajah 4 : Tahun Pengajian Responden

Penyelidik telah mengedarkan borang kajiselidik kepada 20 orang responden dan


merujuk kepada rajah 1, responden terdiri daripada 7 lelaki dan 13 perempuan.
Berdasarkan rajah 2, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan responden terdiri
10

daripada kaum Melayu iaitu sebanyak 80%, manakala diikuti oleh kaum Cina sebanyak
10% dan selebihnya diwakili oleh kaum India dan lain-lain dengan peratusan masing-
masing sebanyak 5%. Hasil analisis juga mendapati 100% responden adalah pelajar
UKM dan merujuk kepada rajah 3, kebanyakan responden terdiri daripada 75% lulusan
ijazah sarjanamuda manakala 25% lagi adalah lulusan ijazah sarjana. Berdasarkan
analisis borang kajiselidik juga mendapati seramai 3 orang responden dari tahun 1, 10
orang responden dari tahun 2 dan 7 orang responden dari tahun 3.

5.3.2 Dapatan Kajian Corak Pengguna

5.3.2.1 Bahagian A
Kajian ini memperlihatkan perilaku pengguna laman web sosial

Waktu yang sesuai untuk melayari Masa yang diperuntukkan dalam


laman web sosial sehari untuk melayari laman web
sosial
1-2 J am
15% 5%
15% 10%
P agi 25%
10%
3-4 J am
P etang
Malam
5-6 J am
S etiap Mas a
65% 55%
6 J am dan
ke atas

Rajah 5 : Waktu sesuai untuk melayari Rajah 6 : Masa yang diperuntukkan


laman web sosial dalam sehari untuk melayari internet
Untuk bahagian A, para penyelidik akan menfokuskan mengenai perilaku pengguna
laman web sosial. Hasil analisis yang telah dijalankan, para penyelidik mendapati bahawa
100% responden mengakui mempunyai akaun laman web sosial. Antara faktor utama
berlakunya peningkatan pengguna dalam laman web sosial ialah kebanyakan ahli
masyarakat ingin mengikut arus pemodenan semasa. Hal ini kerana masing-masing tidak
mahu dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Selain itu, faktor kemudahan internet yang
mudah didapati juga menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah
pengguna laman web sosial. Merujuk kepada rajah 5, antara waktu yang paling sesuai
11

untuk melayari laman web sosial ialah pada waktu malam. Didapati sebanyak 65%
responden melayari laman web sosial pada waktu malam manakala hanya 15% responden
pada waktu petang dan setiap masa, dan hanya 5% responden melayari laman web sosial
pada waktu pagi. Pada pendapat penyelidik, waktu malam adalah waktu yang paling
sesuai kerana pada waktu ini, kebanyakan responden mempunyai banyak masa terluang
dan menjadikan laman web sosial sebagai medium untuk melepaskan tekanan setelah
seharian dengan kelas dan tugasan yang perlu disiapkan.
Berdasarkan rajah 6, sebanyak 55% responden memperuntukkan 3 hingga 4 jam
untuk melayari laman web sosial manakala 25% responden memperuntukkan 1 hingga 2
jam dan ini diikuti dengan 10% responden yang memperuntukkan 5 hingga 6 jam untuk
melayari laman web sosial. Menurut fakta, menghadap komputer selama 3 hingga 4 jam
adalah tempoh masa yang paling sesuai. Hal ini kerana jika seorang individu itu
menggunakan komputer lebih dari tempoh masa ini, ianya akan memberikan kesan
kepada kesihatan mata individu terbabit.

7
6
Adakah laman web tersebut
5 1-2 J am mengganggu aktiviti harian
4 pengguna?
12
3 3-4 J am
2 10
1 5-6 J am 8
0 Ya Tidak
6
J umlah mas a yang 6 J am dan ke
diperuntukkan 4
atas
untuk tidur s elepas 2
melayari laman web
0
s os ial

Rajah 7 : Jumlah masa untuk tidur selepas Rajah 8: Pendapat responden mengenai
melayari laman web sosial kesan melayari laman web sosial

Berdasarkan rajah 7, didapati bahawa 6 responden masing-masing memperuntukkan 1


hingga 2 jam atau 5 hingga 6 jam untuk tidur selepas melayari laman web sosial. Hanya 5
responden yang tidur selama 3 hingga 4 jam dan 3 responden yang memperuntukkan 6
jam dan ke atas untuk tidur. Menurut Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan
12

UKM ( PPUKM ), Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali di dalam akhbar KOSMO!,
waktu tidur yang paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi
mengelakkan rasa mengantuk.
Merujuk kepada rajah 8, 50% responden bersetuju bahawa melayari laman web sosial
memberi kesan kepada aktiviti harian manakala 50% responden tidak bersetuju dengan
pernyataan itu.

16
Adakah pengguna menggunakan
14
perkhidmatan laman web sosial
12
sepenuhnya?
10
8
6
4 40%
2 Ya Ya
0 60% Tidak
Tidak
Adakah pengguna
menggunakan perkhidmatan
laman web sosial untuk
mencari maklumat?

Rajah 9: Maklumbalas responden mengenai Rajah 10 : Maklumbalas responden


perkhidmatan laman web sosial mengenai perkhidmatan laman web sosial

Hasil analisis ( rajah 9 ) juga mendapati bahawa 15 responden menjadikan laman web
sosial sebagai medium pencarian maklumat manakala 5 responden tidak menggunakan
perkhidmatan laman web sosial untuk mencari maklumat tetapi lebih kepada hiburan
semata-mata. Berdasarkan rajah 10, 60 % responden telah menggunakan perkhidmatan
laman web sosial sepenuhnya dengan tujuan yang tertentu manakala 40% responden
tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan sepenuhnya. Antara sebab utama
mengapa responden tidak mengaplikasikan kemudahan ini ialah segelintir pengguna
menyatakan bahawa melayari laman web sosial adalah sesuatu yang membazirkan masa
dan kebanyakan aplikasi yang disediakan adalah terlalu rumit untuk difahami.
13

5.3.2.2 Bahagian B
Kajian ini memperlihatkan pendapat responden terhadap penggunaan pengenalan diri
sebenar.

Adakah pengguna mengetahui Adakah pengguna


kepentingan penggunaan menggunakan pengenalan diri
pengenalan diri sebenar di dalam sebenar di dalam dunia maya?
dunia maya?

40%
40% Ya
Ya
Tidak
60% Tidak 60%

Rajah 11 : Pendapat responden mengenai Rajah 12 : Maklumbalas responden


kepentingan penggunaan identiti sebenar mengenai penggunaan identiti sebenar

Berdasarkan rajah 11, kebanyakan responden mengetahui kepentingan penggunaan


pengenalan identiti sebenar ketika melayari laman web sosial iaitu sebanyak 60%
manakala 40% lagi tidak mengetahui kepentingan menggunakan pengenalan diri sebenar.
Hasil analisis berdasarkan rajah 12 juga mendapati bahawa 60% responden menggunakan
pengenalan diri sebenar di dalam dunia maya manakala 40% menggunakan identiti yang
berbeza di dalam dunia maya dan dunia realiti. Hal ini terjadi kerana setiap individu
mempunyai hak samaada hendak menggunakan identiti sebenar atau palsu ketika
melayari laman web sosial.dan setiap pengguna mempunyai hak privasi masing-masing.
14

8
7
6
5 Terganggu
4
S elamat
3
2 Tidak B erubah
1
0 Tidak P as ti
B agaimanakah tahap kes elamatan ( privas i ) pengguna s ejak
menggunakan pengenalan diri s ebenar di dalam dunia maya?

Rajah 13 : Maklumbalas terhadap tahap keselamatan ( privasi ) pengguna sejak


menggunakan pengenalan diri sebenar di dalam dunia maya

Dengan adanya perkhidmatan laman web


sosial, adakah ia mempengaruhi penampilan
identiti pengguna?

30%

Ya
Tidak

70%

Rajah 14 : Maklumbalas responden terhadap pengaruh laman web sosial dalam


penampilan identiti pengguna

Hasil analisis mengenai tahap keselamatan ( privasi ) pengguna sejak menggunakan


pengenalan diri sebenar ketika melayari laman web sosial, merujuk kepada rajah 13,
penyelidik mendapati bahawa kebanyakan pengguna berasa tahap keselamatan tidak
berubah. Hal ini kerana apabila menggunakan pengenalan diri sebenar, ianya
menyukarkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.
Berdasarkan rajah 14, maklumbalas yang diterima mendapati bahawa hampir 70%
responden menyatakan perkhidmatan laman web sosial tidak mempengaruhi penampilan
identiti pengguna manakala selebihnya, 30% mendakwa perkhidmatan laman web sosial
mempengaruhi penampilan identiti mereka. Hal ini terjadi kerana kebanyakan responden
15

berpendapat bahawa penampilan seseorang individu tidak mungkin dipengaruhi oleh


perkhidmatan laman web tersebut tetapi lebih kepada sikap dan karakter yang ingin
dibentuk oleh individu itu sendiri.

Adakah pihak kerajaan wajar 15


15
mengehadkan penggunaan
10
pengenalan identiti palsu? 5
5
0 Ya
A dakah
40% Tidak
Ya perkhidmatan
laman web
Tidak
60% s os ial patut
diterus kan
pada mas a

Rajah 15 : Maklumbalas responden mengenai Rajah 16 : Pendapat mengenai adakah


tindakan kerajaan untuk mengehadkan perkhimatan laman web sosial patut
penggunaan identiti palsu diteruskan pada masa akan datang

Berdasarkan keputusan data di dalam rajah 15, para penyelidik mencadangkan bahawa
pihak kerajaan wajar mengehadkan penggunaan identiti palsu dan cadangan ini disokong
oleh 60% responden manakala 40% responden lagi tidak menyatakan persetujuan. Selain
itu, hasil analisis yang merujuk kepada rajah 16 mendapati 15 responden bersetuju
bahawa perkhidmatan laman web sosial wajar diteruskan pada masa hadapan manakala 5
responden tidak bersetuju. Hal ini kerana bagi responden, penggunaan laman web sosial
memberikan banyak manfaat dalam kehidupan individu yang menggunakan
perkhidmatan ini dengan sebaik-baiknya.
16

6.0 CADANGAN

6.1 Setiap pengguna laman web sosial haruslah bijak dalam membahagikan masa
Seperti mana yang pengguna ketahui, masa sangat penting dalam kehidupan seharian.
Tanpa perancangan yang teratur, hidup pengguna akan bercelaru. Oleh itu, sebagai
pengguna laman web sosial, pengguna haruslah bijak dalam membahagikan masa antara
dunia realiti dan dunia maya. Jika pengguna terlalu alpa dengan dunia maya, ianya akan
memberi kesan negatif kepada hidup pengguna itu sendiri.

6.2 Setiap pengguna laman web sosial seharusnya peka dengan etika di dalam dunia
maya
Setiap pengguna haruslah mematuhi etika ketika berada di dalam dunia maya. Setiap
kata-kata dan perlakuan pengguna akan ditatapi oleh pengguna lain. Oleh itu, untuk
mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan, pengguna haruslah menjaga tingkah
laku dan menghormati hak privasi pengguna yang lain juga.

6.3 Setiap pengguna laman web sosial tidak seharusnya mendedahkan maklumat peribadi
kepada pihak ketiga
Pada masa kini, jenayah siber semakin berleluasa. Oleh itu, para pengguna laman web
sosial dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi dengan sewenang-
wenangnya kepada pihak luar atau pihak ketiga. Hal ini kerana agen penipuan ini
semakin licik dengan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan jenayah siber yang
lain.

6.4 Pihak yang bertanggungjawab hendaklah kerap melakukan pemantauan di atas talian
bagi mengelakkan penipuan di alam siber
Pihak berwajib seharusnya meningkatkan pemantauan ke atas perkhidmatan laman web
sosial yang semakin berleluasa kini. Jika perkhidmatan laman web sosial itu tidak sesuai
untuk tatapan umum, pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang
sewajarnya agar masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini
dapat dikurangkan. Sebagai contoh, pihak kerajaan sepatutnya mengehadkan had umur
yang dibenarkan untuk melayari laman web sosial tersebut.
17

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan perbincangan hasil kajian ini, apa yang dapat dirumuskan oleh penulis ialah
terdapat banyak faktor dan alasan mengapa kebanyakan pengguna laman web sosial lebih
gemar memilih untuk menggunakan identiti yang berbeza antara dunia realiti dan dunia
maya. Kebanyakan pengguna berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak
privasi masing-masing dan tiada siapa yang berhak menghalang pengguna lain dari
menggunakan pengenalan diri yang sebenar atau palsu. Terdapat banyak kelebihan dan
kekurangan jika menggunakan pengenalan diri sebenar. Semuanya terserah kepada
kejujuran individu terbabit sama ada mahu menggunakan identiti sebenar atau palsu
ketika melayari laman web sosial.

8.0 PENUTUP

Sebagai penutup perbincangan ini, penulis telah membincangkan mengenai tujuan kajian,

skop kajian yang melibatkan 20 responden, kaedah kajian yang menggunakan resensi

perpustakaan dan borang kajiselidik, hasil analisis yang membincangkan mengenai

definisi, faktor-faktor wujudnya perbezaan identiti di dalam dunia realiti dan dunia maya,

kelebihan dan kekurangan pendedahan identiti sebenar dan huraian mengenai hasil

analisis borang kajiselidik dan beberapa cadangan penambahbaikan untuk dijadikan

panduan oleh pengguna laman web sosial.


18

9.0 RUJUKAN

Abd. Kadir Mohd. Ayub. 2010. Bahana Media Siber. Dewan Masyarakat Mei: 22-24.

Azizan Kadir. 2010. Laman web sosial sebagai medium berkesan. http://azizankadir.com.
[15 Jun 2010].

Al-Fansuri. 2009. Kekurangan diri ini adalah sebuah bonus dalam kehidupan.

Hawkins, Joyce M. 2003. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar English - Melayu. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2005.

KOSMO!. 2010. 16 Februari.

Midori. 2010. Faktor wujudnya kecelaruan identiti. www.pink-tribe.com. [15 Jun 2010].

Nurul Izzah Sidek. 2010. Isu identiti dengan imej dan personaliti.
http://intim.wordpress.com. [17 Jun 2010].

Panduan menulis tesis gaya UKM. 2007. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Suffiyah Solehah. 2010. Kecelaruan identiti. http://suffiyahsolehah.blogspot.com. [13 Jun


2010].

Weiss (1974) di DiTommaso, Enrico & Spinner, Barry. 1998. Social and emotional
loneliness: A re-examination of weiss' typology of loneliness. Journal of Elsevier
Science Ltd.
19

LAMPIRAN
20

BORANG KAJISELIDIK

JUN 2010

Universiti Kebangsaan Malaysia

Salam sejahtera.
Kami memohon kerjasama daripada saudara/i untuk membantu kajian tentang kesan
perbezaan identiti dalam dunia maya dan dunia realiti. Projek ini merupakan sebahagian
daripada kursus Kemahiran Menulis (ZZZT 2243).
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti perbezaan identiti, psikologi, imej dan
penampilan pengguna dalam dunia realiti dan dunia maya. Saudara/i telah dipilih untuk
menyertai kajian ini dan kami sangat berbesar hati sekiranya saudara/i melengkapkan
setiap soalan dan mengembalikannya kepada penyelidik. Soal selidik ini mengandungi
tiga bahagian, iaitu A, B dan C.Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan rahsia.
Nama saudara/i tidak akan kelihatan di mana-mana dokumen. Nombor kod akan
digunakan untuk melalui identiti saudara/i. Semua soal selidik akan dimusnahkan setelah
kajian ini disiapkan.
21

Bahagian A : Maklumat Responden


Arahan : Sila tanda √ dalam petak yang berkenaan

1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Bangsa

Melayu Cina India Lain-lain :

3. Taraf pengajian

Ijazah Sarjanamuda Ijazah Sarjana Ijazah Kedoktoran

4. Tahun Pengajian

1 2 3 4

Bahagian B : Kajian Corak Penggunaan


1. Apakah anda mempunyai akaun Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain ?

Ya, nyatakan________________________
Tidak

2. Pada waktu bilakah anda melayari Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

Pagi Petang Malam Setiap Masa


22

3. Berapakah masa yang anda peruntukkan dalam sehari untuk melayari Facebook/
Blog/ Twitter dan lain- lain?

1-2 jam 2- 4 jam 5- 6 jam 6jam keatas

4. Berapakah jam tidur yang diperuntukan selepas menggunakan perkhidmatan


Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

1 – 2 am 5 – 6 jam

3 – 4 jam 6 jam ke atas

5. Adakah laman web tersebut mengganggu aktiviti harian anda?


Ya
Tidak

6. Dimanakah tempat yang biasa anda layari Laman Web tersebut?

Bilik

Perpustakaan Tun Sri Lanang

Cyber Cafe

Pusat Kemudahan Kolej

Fakulti

Lain- lain:

7. Anda menggunakan perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain untuk
mencari maklumat.
23

Ya Lain-lain, nyatakan________________________
Tidak

8. Anda lebih cenderung untuk melayari Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain
berbanding membaca jurnal, ebook, surat akhbar atas talian (online)?
Ya (onil
Tidak

9. Adakah anda menggunakan perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain
sepenuhnya?
Ya
Tidak
Jika tidak, sila nyatakan alasan anda

10. Adakah anda mengetahui kepentingan penggunaan pengenalan diri sebenar dalam
dunia maya kepada pengguna dan masyarakat?
Ya
Tidak

11. Adakah anda menggunakan pengenalan diri yang sebenar didalam dunia maya?
Ya
Tidak
Sila nyatakan alasan anda
24

12. Adakah anda menggunakan pengenalan diri yang berbeza didalam dunia maya?
Ya
Tidak

Sila nyatakan alasan anda

13. Bagaimanakah tahap keselamatan (privasi) anda sejak menggunakan pengenalan


diri sebenar dalam perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

Terganggu Tidak berubah

Selamat Tidak pasti

14. Apakah kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan pengenalan diri sebenar
dalam laman web tersebut?
Kelebihan_________________________________________________________
__________________________________________________________________
Kekurangan________________________________________________________
__________________________________________________________________

15. Adakah perkhidmatan laman web tersebut memberi kesan kepada diri anda?
Positif
Negatif

16. Dengan adanya perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain, adakah ia
mempengaruhi penampilan identiti anda?
Ya
Tidak
25

17. Adakah anda bersetuju sekiranya pihak kerajaan menghadkan penggunaan laman
Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain?
Ya
Tidak
Sila nyatakan alasan anda

____________

18. Adakah perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain-lain patut diteruskan
pada masa akan datang?
Ya
Tidak

Bahagian C : Kesimpulan
1) Adakah anda setuju jika penggunaan pengenalan diri sebenar dalam laman web
tersebut mempengaruhi imej, psikologi, penampilan dan identiti sebenar anda
Ya
Tidak
Berikan pendapat anda_______________________________________________
_________________________________________________________________

Terima kasih atas kerjasama anda


26

You might also like