You are on page 1of 3

Perlumbaan kedua bab 11

SINOPSIS

M/S 87
 Bapa arnab menyuruh anak-anaknya masuk ke sarang. Hal ini demikian
kerana bapa sang arnab tidak sedap hati tentang pilihan yang telah
dilakukan oleh tuk kura memilih lereng bukit sebagai tempat perlumbaan
tetapi bapa sang arnab ditenangkan oleh anak-anaknya.

M/S 88
 Bapa sang arnab tetap tidak berpuas hati tentang penyataan anak-anaknya
kerana tuk kura boleh menggunakan kelebihan yang ada pada diri tuk kura
untk memenangi pertandingan tersebut. Namun , anak-anak tetap
menafikan pemikiran bapa mereka. Akhirnya, bapa mere menyuruh anak-
anaknya, perang, hitam dan putih menjemput sang gajah, sang tikus dan
sang tedung kerana ingin berbincang.

M/S 89
 Sang arnab segera berjumpa dengan sang gajah apabila diperintah oleh
bapamya. Apabila dia bertemu samg gajah, dia terus memberitahu tujuan
sebenar dia bertemu dengan sang gajah iaitu bapa sang arnab ingin bertemu
dengan sang gajah

M/S 90
 Sang gajah bersetuju untuk berjumpa dengan bapa sang arnab. Setibanya di
rumah sng arnab mereka lima beranak telah menanti kehadiran sang gajah.
Bapa sang arnab meminta jasa sang gajah kerana sang gajah telah membuat
jasa kepada tuk kura dengan menjijit tuk kura naik ke puncak bukit.

M/S 91
 Bapa sang arnab menceritakan hasratnya iai tu ingin memnta izin sang
gajah untuk memotong lalang gergasi dan pokok-pokok renek yang ada di
lereng batu itu. Sang gajah memikirkan tentang baik dan buruknya hasrat
bapa sang arnab itu. Sang gajah juga ingin memastikan bahawa bapa sang
arnap tidak membuat tipu muslihat.

M/S 92/93
 Bapa sang arnab menberi alas an bahawa rumpun lalang dan pokok-pokok
itu akan menghalang bintang-binatang lain untuk menyaksikan perlumbaan
tersebut. Seterusnya, bapa sang arnab juga meminta izin sang gajah untuk
menggunakan perkhidmatan tikus tanah untuk menggigit rumpun-runpun
lalang dan renek. Sang gajah juga telah memberi syarat kepada bapa sang
arnab supaya memberitahu sang murai agar segera disampaikan kepada tuk
kura.

PERSOALAN

Keadilan dalam bidang kehakiman


- Sang gajah berfikir sedalam-dalamnya tentang kebaikan dan keburukan
hasrat bapa sang arnab dan dia tidak mahu perlumbaan tersebut menjadi
tidak adil.

PERWATAKAN

Bapa sang arnab


- bapa yang bertanggungjawab
 dia menyuruh semua anaknya masuk ke dalam sarang selepas
perjumpaan dengan binatang-binatang lain untuk membincangkan
seesuatu.
- bijak berfikir
 dia berfikir tentang sebab tuk kura memilih lereng bukit dan
kelebihan yang ada pada tuk kura yang berkemungkinan tuk kura
boleh menggunakan semasa hari perlumbaan.
- bijak berkata-kata
 bapa sang arnab berjaya memujuk sang gajah agar menerima
hasratnya

Sang gajah
- Pemimpin yang adil
 Sang gajah memikir sedalam-dalamnya tentang hasrat bapa sang
arnab tersebut agar perlumbaan tersebut berjalan dengan lancar.
- baik hati
 sang gajah menjijt tuk kura naik ke puncak bukit

Arnab putih
- bangga diri
 dia sangat bangga apabila berjaya memerangkap tuk kura supaya
berlumba dengannya.
- anak yang mendengar kata
 selepas diberi arahan oleh bapanya sang arnab segera berlari
berjumpa dengan sang gajah.
- suka memandang rendah
 Sang arnab memandang rendah kebolehan sang arnab.

LATAR

Latar Tempat
 Sarang arnab
- tempat keluarga sang arnab berkumpul
 padang
- tempat sang gajah bertemu dengan bapa sang arnab

Latar Mayarakat
 masyarakat yang mementingkan maruah
- keluarga arnab berusaha memikirkan pelbagai muslihat untuk memulihkan
semula maruah mereka
 masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan dalam kehidupan
- Sang gajah hanya mahu perlumbaan tersebut menggunakan pemikiran dan
kebijkasanaan
 masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan
- perlumbaan diadakan di lereng bukit
- sang gajah dan bapa sang arnab berjumpa di padang
- sang arnab bertemu sang gajah ketika sang gajah berjalan ke arah sungai

You might also like