Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
64Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Ibu Bapa & Potensi Anak

Peranan Ibu Bapa & Potensi Anak

Ratings: (0)|Views: 7,455|Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Published by: zulkiply yaakob on Jun 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/24/2013

pdf

text

original

 
PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK Oleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG kampus THO
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihatanak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiapseorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segifizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkanmasa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis ,rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang anak itudilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yangmencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atauMajusi ". Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkanpotensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain sepertiperkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak bolehdiketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhiperkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembanganaspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiransosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiraninteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakatsemulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya.Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anakmereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu - bapaan berkesanatau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkanperwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah lakuyang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibubapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarikperhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baikagar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negaramenekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negaramemerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapamestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah lakusupaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anakmereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yangmempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaranluar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luarmerangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat denganfaktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungandengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatandi rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiritermasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau
 
persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri(sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri sertabakat semula jadinyayang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiapkomponen yang memain peranan dalam mempengaruhiperkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perludifahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -cirikekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukanperhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki denganmenggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yangdikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberigalakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya .Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akanmenambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akanmemberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek(intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yangtiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilaikebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja.Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap.Perubahan - perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar ,pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkattrimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran.Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang barulahir hanya tidur , bangununtuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat denganperedaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari,melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesradengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpapertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan diabertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dansesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausanpengetahuan pada dirinya. Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaanyang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripadaperingkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan danperkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalahsuatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamilyang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yangmoden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak,mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka
 
yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhandan perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian jugahalnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekuranganbekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yangboleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan danpertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang bolehmempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Dinegara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan-keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahapyang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologiuntuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada danmudah pula di dapati.Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepaslahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu-satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar darikebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - programbagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidakakan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan merekadalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Kuncikepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorangkanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarangkecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itupekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dankelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yangboleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segeraagar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awalserangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untukmempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserangpenyakit juga perlu dijalankan.Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyakdipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkansama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifatyang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anakdengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anakitu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkandaya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanyakeibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akanmempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnyamenjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibubapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tuamereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Activity (64)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mu'iz Rahman liked this
Nasrun Abd Manaf liked this
Anif Abd Ghani liked this
Izzah Safiah liked this
Atiem Gatas liked this
wanazirah708206 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->