You are on page 1of 5

Kemalangan Di Jalan Raya

1.0 Pengenalan

“Pandu Cermat, Jiwa Selamat” dan “Berhemat Di Jalan Raya” ialah slogan-slogan yang

mengingatkan kita supaya berwaspada di jalan raya. Walau bagaimanapun, slogan demi

slogan yang peringatan itu bagai masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja bagi

pemandu dan pengguna jalan raya di malaysia. Sebab itulah, kemalangan berlaku terus

meningkat dan maut terus bertambah dari setahun ke setahun keutamakan pada musim

perayaan. Jumlah kenderaan di atas jalan raya menjadi padat dengan tiba tiba pada musim

perayaan menjadi kesesakan jalan raya.

2.0 Faktor-faktor penyebab

2.1 Sikap Pemandu

Perangai dan sikap pemandu ialah berkaitan dengan keadaan pemandu atau pengguna

jalan raya di malaysia yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. Antaranya ialah

sikap tidak mahu mematuhi peraturan atau undang-undang, mereka sentiasa tidak

mematuhi peraturan lampu trafik apabila lampu trafik sudah menukar dari warna hijau

ke warna kuning. Mementingkan diri sendiri, kee goan juga sikap-sikap yang serius

menyebabkan kemalangan jalan raya keletihan juga akan mengakibatkan kemalangan

jalan raya berlaku kerana mereka ingin sampai ke tempat yang mereka pergi dengan

secepat mungkin walaupun mereka sudah letih. Selain itu, kecuaian pemandu

kenderaan juga boleh menyebabkan orang lain mengalami kerugian. Misahnya, pada

9 March 1998, sebuah bas telah melanggar tiga pintu kedai di Jalan Hartamas dan

mengakibatkan kedai itu diroboh walaupun tidak ada kematian dan kecederaan.
Kejadian tersebut berlaku kerana kerosakan stereng bas dan pemandu bas gagal

mengawal bus yang dipandu oleh nya.

2.2 Cuaca

Cuaca juga salah satu factor yang akan menyebabkan kemalangan jalan raya. Emosi

pemandu jalan raya adalah berkaitan dengan suhu cuaca, seperti pada cuaca panas

emosi pemandu akan berasa tidak selesa dan mereka akan tidak sabar apabila sesak

dalam trafik jam di jalan raya.

2.3 Penggunaan Minuman Keras

Dalam perkembangan yang lain, kemalangan juga didapati banyak berlaku akibat

pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini jelas kerana seseorang yang

dipengaruhi minuman keras tidak akan dapat membuat agak yang tepat dan sering

hilang pertimbangan serta tidak pasti arah tuju kenderaan yang dipandu oleh nya

akibat pemandangan yang kabur. Dalam hal ini, sekatan jalan raya sepatutnya

diadakan secara berterusan terutamanya selepas jam 12 tengah malam. Hal ini

demikian kerana pemandu yang mabuk selalunya berada di jalan raya ketika itu

kerana baru keluar dari kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang lain. Pemeriksaan

kandungan alkohol melalui pernafasan sepatutnya dijalankan dengan lebih berhati-

hati agar tidak ada sesiapa yang terlepas daripada peraturan jalan raya yang telah

ditetapkan.
3.0 Kesan-kesan kemalangan

3.1 Jalan penyelasaian membaiki jalan raya

Peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku hari ini telah memberi impak

kepada semua pihak terutamanya JPJ. Ia merupakan salah satu jalan penyelesaian

yang digunakan oleh masyarakat agar pihak berkuasa mengambil tindakan untuk

membaiki semula jalan raya yang telah rosak. Sekiranya tindakan ini diambil dalam

masa yang terdekat, kadar kemalangan jalan raya akan berkurangan dan pihak

berkuasa hendaklah sentiasa berwaspada dengan jalan raya agar tidak berlaku

kemalangan jalan raya.

3.2 Meragut nyawa dan mengalami kecacatan

Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan

merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.

Ini kerana, sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh

menyebabkan pendarahan pada bahagian otak manusia. Sebab itulah peluang untuk

manusia hidup amat tipis. Terdapat sebahagian yang mengalami kemalangan juga

masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung, kaki dipotong atau

buta dan juga hilang ingatan. Sebab itulah, keselamatan amat penting dan perlu

diingat setiap masa.


4.0 Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya

4.1 Kempen Pemandu Berhemah

Oleh kerana kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan

membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara, pihak yang berkenaan

seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Seperti pihak polis

trafik harus sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena

sambutan hari raya. Hal ini boleh memberi pemandu-pemandu jalan raya mendapat

maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan

meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat

di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun

pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di

seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran

kepada pengguna jalan raya.

4.2 Menyemak kenderaan sebelum memandu

Pemandu juga seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum

memandu kenderaan, mereka mesti memeriksa kenderaan mereka supaya selamat

untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada

dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.

Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak

mengganti tayar yang haus. Apabila tayar sudah haus, sudah tentu daya cengkaman

kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana

sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini,

tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.


4.3 Pemasangan kemera perangkap kelajuan

Selain itu, pemasangan kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik

seperti kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemandu jalan raya juga salah satu

cara yang dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya

Utara-Selatan kerana jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam,

gambar kereta dan pemandunya akan dirakamkan oleh justeru kamera perangkap

kelajuan. Selepas disemak oleh pegawai pihak trafik, dan didapati mereka telah

melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak trafik akan menghantar surat saman

kepada pemiliknya.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kesedaran dalam diri pemandu itu sendiri merupakan langkah yang paling

berkesan untuk mengelakkan kemalangan. Dengan perkataan lain, pengguna jalan raya

hendaklah mempunyai kesedaran sivik. Mereka sepatutnya sedar sikap mereka yang tidak

bersopan ketika di jalan raya itu akan menyebabkan keluarga mereka menanggung sensara.

Bayangkanlah seorang anak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kehilangan suami, atau

penderitaan akibat kecacatan yang kekal sepanjang hayat, semua itu tidak setimpal dengan

keseronokan yang bersifat sementara akibat menurut hawa nafsu. Jadi, bak kata pepatah

melayu, “Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis”, membawa falsafah

yang mendalam agar setiap rakyat Malaysia yang menggunakan jalan raya berwaspada

sebelum ditimpa sesuatu malapetaka.

You might also like