Professional Documents
Culture Documents
Air flow sensor adalah merupakan komponen terpenting di dalam sistem EFI.
Penderia ini memberitahu ECU mengenai jumlah udara yang masuk ke dalam sistem.
Pada masa ini kebanyakkan kenderaan mengunakan hot wire type air flow sensor. Kelebihan sensor
ini ia memberikan bacaan yang tepat, ringan dan tahan lama.
Page 1 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini akan menghasilkan isyarat dalam bentuk digital. Semakin tinggi jumlah udara masuk,
maka frequensi isyarat yang dihasilkan akan menjadi semakin tinggi.
Page 2 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Sensor ini terdiri daripada gabungan thermistor dan platinium hot wire. Di dalam sistem ini suhu hot
wire (Rh) akan sentiasa dikekalkan diatas suhu udara semasa (R a). Thermistor digunakan untuk
mengesan suhu udara semasa.
Dengan cara ini, suhu udara semasa akan dapat dikesan dengan tepat sekalipun terdapat perubahan
pada suhu sekeliling. Apabila kenderaan berada di tempat tinggi, suhu akan menjadi semakin sejuk.
Sehubungan dengan itu kadar penyejukkan hot wire akan bertambah, perkara ini akan dapat dikesan
dengan tepat oleh penderia ini.
Ini adalah faktor utama, kenapa penderia ini dapat memberikan bacaan yang tepat.
Page 3 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Sensor ini digunakan digunakan didalam sistem D - EFI untuk mengesan tekanan di dalam intake
manifold. Ia adalah merupakan sensor terpenting di dalam sistem D – EFI.
Sensor ini akan mengubah nilai tekanan kepada nilai voltan (PIM) seperti yang ditunjukkan di dalam
graf. ECU akan mengunakan nilai bacaan dari penderia ini untuk menentukan basic injection duration
dan ignition timing yang bersesuaian.
Penderia ini ditempatkan pada throttle body. Ia berfungsi untuk menukarkan darjah sudut pembukaan
throttle kepada isyarat voltan. Sesetengah penderia turut dilengkapi dengan Idle position switch untuk
mengesahkan bahawa throttle tidak bergerak.
Page 4 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Page 5 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini hanya akan membekalkan maklumat samaada throttle tertutup sepenuhnya (IDL), throttle
terbuka atau terbuka sepenuhnya (PSW). Apabila throttle tertutup sepenuhnya contact IDL akan “On”
manakala contact PSW akan “Off”.
Apabila throttle terbuka, kedua – dua contact IDL dan PSW akan “Off”. Apabila pembukaan throttle
mencapai kedudukan tertentu, contact PSW akan “On” dan enjin akan berada pada keadaan beban
penuh.
Page 6 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini terdiri daripada hall IC yang diperbuat daripada hall element yang dikelilingi oleh magnet.
Magnet ini diletakkan pada paksi yang sama dengan shaft throttle valve dan akan berputar bersama –
sama dengan throttle valve.
Apabila throttle valve berputar, magnet akan turut berputar dan bertukar arah. Hall IC akan mengesan
perubahan pada medan magnet yang berlaku akibat daripada perubahan kedudukan magnet.
Keadaan ini akan menyebabkan perubahan pada nilai VTA1 dan VTA2. ECU akan mengunakan
isyarat ini untuk menentukan kedudukan throttle valve pada masa tersebut.
Nota:
Hall effect ialah perbezaan voltan yang terhasil secara selari dengan perubahan arus dan medan
magnet yang terhasil di dalam sesuatu bahan pengalir elektrik. Jumlah voltan yang terhasil juga
adalah dipengaruhi oleh ketumpatan medan magnet.
Page 7 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini menukarkan kadar perubahan sudut tekanan pedal pemecut kepada isyarat voltan.
Page 8 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Cara kerja sensor ini adalah sama seperti linear type throttle position sensor yang telah dibincangkan
sebelum ini.
Cara kerja adalah sama seperti hall element type throttle position sensor.
Page 9 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Isyarat G dan Ne di hasilkan oleh pick up coil yang terdapat di dalam crankshat dan camshaft sensor
apabila ia bertemu dengan signal plate atau timing rotor.
Isyarat ini digunakan oleh ECU untuk mengira kelajuan enjin dan juga kedudukan sudut crankshaft.
Penderia ini mengunakan thermistor dari jenis NTC, dimana apabila suhu rendah rintangan akan
menjadi tinggi sebaliknya apabila suhu tinggi, rintangan menjadi rendah.
Keadaan ini menyebabkan apabila voltan berubah mengikut keadaan suhu semasa, bila suhu sejuk
voltan rendah. Bila suhu panas, voltan tinggi.
ECU mengunakan isyarat ini untuk mengubah kadar pancitan bahanapi, dimana apabila enjin sejuk,
kadar kelajuan enjin akan ditingkatkan. Begitu juga apabila udara masukan adalah sejuk,
pengubahsuaian akan dibuat terhadap kadar pancitan bahanapi.
Page 10 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Digunakan untuk mengesan jumlah oksigen yang terdapat di dalam gas ekzos. Ia berfungsi untuk
mengesan samada jumlah udara yang masuk adalah kaya atau miskin berbanding dengan nisbah air
fuel ratio yang sepatutnya.
Penderia ini diperbuat daripada zirconium oxide (ZrO2) iaitu sejenis ceramic. Bahagian dalam dan luar
penderia ini disalut dengan mengunakan platinium. Udara luar akan dimasukkan ke dalam bahagian
dalam penderia manakala bahagian luar pula terdedah kepada gas ekzos.
Pada suhu yang tinggi (400C [752F] and higher), zirconium oxide (ZrO2) akan menghasilkan voltan
akibat dari perbezaan kepekatan oksigen di dalam ekzos berbanding dengan udara di luar.
Jika sekiranya campuran adalah miskin, terdapat banyak oksigen di dalam gas ekzos keadaan ini
akan menyebabkan perbezaan kepekatan kandungan oksigen di dalam gas ekzos dan udara adalah
rendah. Ia juga akan menyebabkan kadar voltan yang terhasil adalah rendah (hampir 0V).
Sebaliknya, jika campuran adalah kaya, terdapat sedikit oksigen di dalam gas ekzos keadaan ini akan
menyebabkan perbezaan kepekatan kandungan oksigen di dalam gas ekzos dan udara adalah tinggi.
Ia juga akan menyebabkan kadar voltan yang terhasil adalah tinggi (hampir 1V).
Dengan mengunakan isyarat dari penderia ini ECU akan mengubahsuai kadar pancitan bahanapi
supaya ianya menghampiri nisbah air fuel ratio yang sepatutnya. Sesetengah penderia turut dilengkapi
dengan pemanas (heater) yang akan memanaskan penderia ini apabila suhu gas ekzos adalah
rendah.
Penderia kelajuan (Speed sensor)
Page 11 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Terdapat 3 jenis penderia yang lazim digunakan sebagai penderia kelajuan iaitu:
Reed switch
Photocuopler
Electromagnetic
Prinsip operasi
Reed switch
Terdiri daripada magnet yang diputarkan oleh speedometer cable. Perbuahan kutub magnet akan
menyebabkan reed switch terbuka dan tertutup bergantung kepada kedudukan magnet tersebut
(Rujuk nota: Sensor). Ini menyebabkan reed switch tersebut “on” dan “off” sebanyak 4 kali di dalam
satu pusingan speedometer cable.
Photocoupler
Penderia ini ialah gabungan phototransistor dan LED. Cahaya yang dihasilkan oleh LED akan melalui
roda berongga secar bergilir – gilir semasa ia membuat pusingan. Oleh kerana terdapat 20 lubang
pada roda tersebut. Maka 20 denyutan isyarat akan terhasil dalam setiap pusingan.
Page 12 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini digunakan untuk mengesan jumlah pusingan transmission output shaft. Apabila shaft
berputar, jarak diantara coil core dan rotor akan berubah mengikut jarak dan bentuk gigi rotor.
Perbezaan jarak ini akan menghasilkan arus ulang alik di dalam coil.
Knock Sensor
Penderia ini ditemaptkan di cylinder block dan menghantar isyarat KNK apabila ketukan atau gegaran
dikesan. ECU akan melambatkan igniton timing (retard) bagi mengatasi masalah ini.
Page 13 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
STA signal digunakan untuk mengesahkan maklumat bahawa enjin sedang di “crank”. Apabila ECU
menerima maklumat ini ia akan meningkatkan isipadau pancitan bahanapi untuk memudahkan enjin
dihidupkan.
Sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rajah dibawah, isyarat STA dibekalkan oleh starter motor.
Isyarat ini hanya tedapat pada kenderaan yang mengunakan transmisi automatik.
Ia digunakan untuk mengesan kedudukan gear lever samaada berada pada kedudukan P atau N or
lain – lain kedudukan.
Page 14 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Ia digunakan untuk memberi isyarat kepada ECU apabila magnetic clutch atau aircond switch “On”.
Ia digunakan untuk melaras ignition timing semasa ldle, ISC control, fuel cut off dan lain – lain.
Page 15 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Berfungsi untuk menghantar isyarat kepada ECU apabila peralatan elektrik seperti headlight dan lain –
lain “On”. Ia berfungsi untuk mengawal kelajuan enjin semasa idle.
Variable Resistor
Digunakan untuk mengubah nisbah udara bahanapi semasa idle serta untuk melaras kandungan
Carbon Monoxcide (CO) di dalam gas ekzos.
Apabila idle mixture mixing screw diputar ke arah R, contact di dalam variable resistor akan
menambah jumlah voltan di dalam VAF terminal. Sebaliknya, apabila skru diputar ke arah L, voltan
pada VAF terminal akan dikurangkan.
Apabila voltan pada VAF terminal di tingkatkan, ECU akan meningkatkan sedikit isipadu pancitan
bahanapi dan menjadikan campuran sedikit “kaya”.
Page 16 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Digunakan untuk membekalkan isyarat kepada ECU apabila pedal brek di tekan.
Dilengkapi dengan thermistor dan berfungsi untuk mengesan suhu EGR gas.
Dgiunakan untuk memberitahu ECU jenis minyak yang digunakan samaada Leaded atau
Unleaded.
Clutch switch
Digunakan untuk menghatar isyarat kepada ECU apabila clutch pedal ditekan sepenuhnya.
Page 17 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini berfungsi untuk mengesan perubahan tekanan atmosfera atau udara sekeliling. Cara
kerja sensor ini adalah serupa dengan MAP sensor. Penderia ini boleh diletakkan di dalam atau di luar
ECU.
Penderia ini digunakan untuk mengesan tekanan wap bahanapi didalam tangki bahanapi.
Penderia ini berfungsi untuk mengesan tekanan di dalam intake manifold akibat daripada
pertambahan tekanan yang dihasilkan oleh turbocharger.
Page 18 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Penderia ini digunakan untuk megesan tekanan minyak pelincir. Jika tekanan minyak pelincir terlalu
rendah komponen enjin dan cooling system akan menajdi rosak. Untuk mengatasi masalah ini, ECU
akan meningkat kadar kelajuan enjin semasa Idle.
Page 19 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib
Autotronic – Penderia dan Isyarat Keluaran
Kick-down switch
Penderia ini juga dikenali sebagai full throttle switch dan ianya ditempatkan dibawah accelerator pedal.
Page 20 of 20
Compile by: Abdul Shokor bin Abd Talib