Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

Ratings: (0)|Views: 28 |Likes:
Published by divagarbryant

More info:

Published by: divagarbryant on Jun 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

 
DAPATAN KAJIAN
 
8.1 Konsep Kitar Semula
 Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai danterbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barangterpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alamsekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barangyang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
 Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas, plastik dan kaca.Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah
MENJUAL
bahan- bahan kitar semula ini di pekan Taman Sejahtera. Kebanyakan daripada penduduk kampungakan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.Terdapat juga penduduk kampung yang
MENGGUNAKAN SEMULA
 bahan kitar semula iniuntuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalamrumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bungakertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama
MEMBERI SUMBANGANKEPADA PIHAK SEKOLAH
 bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatanPersatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolahmemandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk 
MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK.
 Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketikamembungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitusahaja.Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnyamenambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.
8.3 Kepentingan Kitar Semula.
 
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasanantara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,
 
tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di manakita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
 Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapatmengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
 Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakansalah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkanancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
 i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenagaelektrik 3 jam televisyen.ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tansampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas,sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yangmemberi kita oksigen dan udara yang bersih.iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenagaelektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkankepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.
8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
 Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
 Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannyadibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
 
 
H
asil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semulaini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi merekaamalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
3. Harga Terlalu Rendah
 Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah.Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram.
H
arga yang rendahmenyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya keranaharga yang rendah dan tidak menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
 Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaanini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat initerlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat inihanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama
 Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula inidijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalankitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkannegara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atautindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.Langkah tersebut ialah seperti :-
1. Kempen
  Negara kita menyambut perayaan seperti
H
ari Perhutanan Sedunia,
H
ari Bumi,
H
ari AlamSekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalahuntuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula.kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supayamenjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->