You are on page 1of 1

Jenis Petempatan di Malaysia

1. Terdapat dua jenis petempatan iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar.

2. Jenis petempatan ini boleh dibezakan dengan cara merujuk kepada:

Petempatan Luar bandar Petempatan Bandar

i Jumlah penduduk kurang 10 000 orang melebihi 10 000 orang

ii kegiatan ekonomi/fungsi pertanian, perikanan, perindustrian, perkhidmatan

perlombongan, pembalakan perniagaan

iii kepadatan penduduk sederhana/ kurang padat padat

Petempatan Luar Bandar

1. Ia terdiri daripada kampung/desa dan pekan. Jumlah penduduk di petempatan luar bandar biasanya kurang

daripada 10 000 orang.

2. Penduduk luar bandar menjalankan kegiatan ekonomi pertanian, perikanan, pembalakan, perlombongan.

Contohnya kampung-kampung di dataran Kedah-Perlis, kebanyakannya adalah kawasan pertanian. Petempatan

nelayan di Pulau Ketam, Selangor menjalankan kegiatan ekonomi perikanan.

3. Kawasan luar bandar merupakan kawasan penduduk sederhana padat atau kurang penduduk.

Faktor Yang Mempengaruhi Lokasi Petempatan Luar Bandar

1. Faktor pemilihan lokasi petempatan luar bandar ialah:

a. Sumber Air – Kegunaan domestik /pertanian

b. Bentuk muka bumi – Tanah pamah; mudah untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam

padi, getah dan kelapa sawit dan membina petempatan.

c. Darjah ketersampaian tinggi – mudah untuk sampai seperti sepanjang sungai, tepi pantai dan sepanjang

jalan raya. Contoh: sepanjang sungai – Song di sungai Rajang,

sepanjang jalan raya – Kampung Lubok Temiang, Kampung Sungai Lada di Pulau

Labuan.

Selari dengan pantai – kampung Penarik di Kelantan, kampung Merang di Terengganu.

d. Dasar kerajaan. Dasar kerajaan menyebabkan wujudnya petempatan luar bandar seperti petempatan

luar bandar yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Dan petempatan

penduduk di kampung baru.

You might also like