Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
30Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Artikal Teori Otak Dan Pembelajaran Zainuddin Mamat

Artikal Teori Otak Dan Pembelajaran Zainuddin Mamat

Ratings: (0)|Views: 3,776|Likes:
Published by ZAINUDDIN BIN MAMAT

More info:

Categories:Types, Research
Published by: ZAINUDDIN BIN MAMAT on Jun 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/17/2013

pdf

text

original

 
1
TEORI TEORI OTAK DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
Oleh : Zainuddin Bin MamatUniversiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak 
Artikal ini membincangkan sejauh mana kefahaman seseorang guru terhadap teori otak bolehmeningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam proses perkembangan pembelajaran.teori otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak  pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian inimengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia(bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistemlimbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus, manakala Dr. Roger Sperrydari Institut Teknologi California pada tahun 1965, bahawa teori otak kiri dan otak kanan bolehdipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul D. Maclean mendapatimanusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak dan 90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan. Teori Kecerdasan Pelbagai pula telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `
 seven ways of knowing, preceiving and understanding life’.
1.0 Pengenalan
Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada seseorang pendidik.? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ibubapa beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan tentangotak dan proses pembelajaran. Sebenarnya pendidik tidak boleh disalahkan dalam hal ini keranadalam latihan perguruan, para pendidik hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi.Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara
 
2
 pelajar belajar. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuan
hands-on
tentang perkembanganotak dan proses pembelajaran pelajar.
 
Sungguhpun pelbagai cara termasuk janji-janji, ganjaran,ugutan, nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh pendidik dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar tetapi kenapa masih berlaku kepincangan?. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa pendidik sendiri kurang fahamtentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna pendidik hari initidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja. Malah pelajar perlu belajar bagaimana untuk belajar (
learning how to learn
).
2.0 Teori Otak Truine
Oleh
Paul D. MacLean, Teori Otak Roger Sperry Dan TeoriPelbagai Kecerdasan oleh Haward Gardner serta perkaitan Perkembangan Pembelajaran.
 
Gambarajah 1 : Paul D. MacLean - The Triune Brain(Illustration fromThe three units of the human Brain)Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak  pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine, yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian inimengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia
 
3
(bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistemlimbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus.Otak Reptilia MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dalamevolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak. Ia digelar otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Fungsi utamanyaialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari, kelakuan kelima-lima motor deria pancaindera seseorang. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubungan dengankebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. Otak reptilia menggerakkanmanusia berikhtiar untuk memperolehi makanan , perlindungan, keselamatan dan pengekalankewujudan spesies manusia. Umpamanya, apabila kita berdepan dengan seekor ular, otak reptiliaakan diaktifkan. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untumempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut. Respon ini amatlah penting dalamkeadaan bahaya dan terancam. Namun begitu, oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan paling rendah, manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi. Malangnya, keadaanini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon reaktif otak reptilia.Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuman oleh guru,secara automatik, otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" atau"mendiamkan diri". Dalam keadaan ini, pelajar tidak mungkin dapat memberi perhatian kepada pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya, jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks, selesa dantenang, pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Pemprosesan maklumat dan pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di pertengahan otak manusia. Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem limbik akan berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi.Menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 pula telahmemberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan seperti dalam gambarajah 2 di bawah.

Activity (30)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rizki Amalia liked this
Sheela Sharma liked this
Anita Mulajin liked this
SHahindah Hamra liked this
SHahindah Hamra liked this
Ahmadharmizi Din liked this
Baharin Mustafa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->