You are on page 1of 5

PENULISAN BERBENTUK LAPORAN

1.0 Pengenalan

Penulisan berbentuk laporan merupakan penceritaan bertulis

tentang sesuatu kejadian atau pendapat yang disampaikan dalam

format laporan dengan menggunakan laras bahasa yang

formal.Perkataan laporan berasal daripada bahasa Latin iaitu

‘respontare’yang bermaksud ‘membawa kembali’. Menurut Fletcher

dan John (1989) ‘sebuah kenyataan rasmi daripada keputusan

penyiasatan atau misteri apapun yang pasti maklumat yang

diperlukan, dibuat oleh beberapa orang atau badan yang

diperintah atau diminta untuk melakukannya.’

2.0 Ciri-ciri Laporan

Menurut Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd

Ra’in Shaari (2006), kebanyakan laporan berkongsi ciri umum

seperti struktur dan nada yang formal,mempunyai persembahan

berilustrasi, mengandungi pernyataan pendapat dan

menjadi dokumen bertulis jika penulisnya memahami kehendak

pembaca. Jenis laporan tertakluk kepada ciri, bentuk serta

tujuan laporan ditulis. Pertama, mengikut penyampaian seperti

Laporan Lisan dan Laporan Bertulis. Kedua, mengikut

panjang seperti Laporan Pendek dan Laporan Panjang dan

Formal. Ketiga, mengikut bentuk seperti Laporan Surat,

Laporan Memorandum, Laporan skematik ( contoh pada

lampiran 1)dan Laporan Berbentuk Borang (contoh


Page | 1
laporan berbentuk borang pada lampiran 2). Keempat,

mengikut masa seperti Laporan Awal, Laporan Kemajuan,

Laporan Berkala dan Laporan Akhir.Kelima,mengikut

fungsi seperti Laporan Infomasi dan Laporan

Analitikal. Keenam, mengikut jenis-jenis lain seperti

Laporan Mesyuarat, Laporan Kajian, Laporan Tahunan dan

Laporan Pandangan Mata.

3.0 Kategori Laporan

Menurut Maimunah Haji Omar (1993, lima kategori laporan

ialah pertama, Laporan Pandangan Mata iaitu memerihalkan

sesuatu kejadian yang disaksikan atau dipertikaikan

oleh pelapor. Contohnya, laporan berita di surat khabar

(lampiran 3). Kedua, Laporan Kerja iaitu terbahagi kepada empat

jenis iaitu laporan awal, laporan kemajuan kerja, laporan

berkala dan laporan penyelesaian kerja.Ketiga, Laporan

Penyiasatan atau Penyelidikan iaitu disediakan oleh sesebuah

jawatankuasa seperti laporan penyemakan gaji. K ee mp at ,

La po ra n Be nt uk S ur at K ir im an y an g be rf un gs i sebagai

surat iringan laporan yang dikepilkan. Kelima, Laporan

Mesyuarat yang juga dikenali sebagai minit mesyuarat yang

mencatat apa yang berlaku dalam mesyuarat (contoh pada lampiran

4).

4.0 Tujuan Penulisan Laporan

Tujuan khusus laporan ditulis ialah untuk merakamkan,

Page | 2
memberitahu dan mencadangkan sesuatu. Penulisan laporan juga

untuk menyediakan asas dalam membuat sesuatu keputusan dengan

teratur, lengkap dan sempurna, untuk mempertahankan

sesuatu tindakan yang akan diambil dan untuk membuat

Laporan Cadangan, Laporan Khas dan Laporan Pandangan Mata.

Wa la up un b eg it u Me nu ru t As ma h Ha ji O ma r (1 98 7) ,

ba ha sa l ap or an p er lu dititikberatkan untuk mencapai

keberkesanan dalam penyampaian. Penggunaan bahasa perlu

tepat dengan memilih diksi yang betul dan mematuhi

peraturan tatabahasa. Selain itu, bahasa yang ringkas

iaitu perkataannya tidak berulang. Seterusnya, jelas

iaitu menggunakan banyak perkataan konkrit dan elakkan ayat

yang kabur. Perkaitan juga penting iaitu merujuk

hubungan antara ayat, perenggan, sub-bahagian dan

bahagian dalam laporan. Laporan yang boleh dibaca ialah

laporan yang dapat difahami pada pembacaan yang pertama.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, laporan yang berkesan mesti ditulis

untuk memenuhi maksud tertentu dalam keadaan khusus. Berkesan

di sini bermaksud analisis yang terperinci dengan masalah

dan kesedaran penulis tentang faktor yang terlibat

dalamnya. Oleh yang demikian, gaya penulisan berbentuk

laporan perlu selari dengan tujuan ia dibuat serta mematuhi

perkara yang telah dibincangkan seperti di atas untuk

Page | 3
memberi impak yang terbaik kepada pembaca.

Bibliografi

Asmah Haji Omar (1987). Bahasa Laporan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fletcher, John (1989) . Writing A Report: A Practical Guide.

Petaling Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.

Maimunah Haji Omar (1993) . Panduan bahasa & format penulisan

laporan. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Rain Shaari (2006) .

Bahasa Melayu: dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala

Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Copyright | Disclaimer

Copyright © ZAINUDDIN MAMAT (D-1033527)


BACHELOR OF EDUCATION (EDUCATION MANAGEMENT) WITH HONOURS
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010,
Tanjung Malim, Perak. Malaysia
All Rights Reserved

Page | 4
Page | 5

You might also like