Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
67Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
RUMAH TRADISIONAL

RUMAH TRADISIONAL

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 10,116 |Likes:
Published by nurfatin93

More info:

Published by: nurfatin93 on Jun 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as ODT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2014

pdf

text

original

 
RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai.Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dankreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayuatau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasitampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnyakepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasirantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.
FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujanmengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasancuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.
SUMBER ALAM
Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayumenjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.
BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumahMelayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri danaktiviti keluarga.
PENGARUH ASING
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagaicontoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telahmengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum,iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.
 
JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu;
BumbungPanjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak 
. Rekabentuk ini boleh dilihatdisegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.Fokus artikel ini adalah kepada penggunaan rekabentuk Bumbung Panjang di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
RUMAH MELAKA
Ini merupakan rumah Melaka versi “Tiang 12”. Versi ini mempunyai reka bentuk ringkas danmengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka benturumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah inimenyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumahini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti dihadapan rumah.Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyaidinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak. Rumahini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaanrumah ini.
ELEMEN SENI BINA
Lazimnya rumah ini dimiliki oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepadafungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti
 
RUMAH NEGERI SEMBILAN
 Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifatMinangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia.Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan keRumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang.Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yangmenarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambihadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagiananjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tanggamenghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruangoleh struktur rumah ini.Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang.Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanansebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitudireka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.
Rumah Negeri Sembilan ini mempunyai rumah tangga, iaitu ruang pengenalan danpersinggahan pertama ke dalam bahagian rumah. Ruang ini boleh juga dipanggil berandakerana tidak berdinding dan terbuka. Ruang ini berhubung terus ke serambi yang berdinding,di aras yang berbeza. Serambi rumah jenis ini adalah agak luas dan panjang, sesuai untukmenempatkan tetamu untuk acara kenduri-kendara.Rumah ibu mempunyai ruang yang luas dan tinggi. Rumah ini mempunyai satu bilik tidur.Terdapat sebuah tangga menuju ke loteng dari sudut rumah ibu. Loteng ini mengambil lebihan

Activity (67)

You've already reviewed this. Edit your review.
Ayuwanie Irajannah added this note
ok...
1 thousand reads
1 hundred reads
Joe Chiong liked this
Hakimi B Ahmad liked this
Eyza Mieyza liked this
tt8181 liked this
faiezahyunus liked this
hzmanchek liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->