You are on page 1of 15
Resource and Development Unit Policy Management and Development Malesia on SULIT eel E ‘vermont Complex ral Gavernment Adminitrative Cent 62604 Putrejays Peer ans as ee ee LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA a ee KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pialaysias PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2007 02/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Oktober 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU # ri 1, Kertas soalan ini mengandajg §Mlsdakn TOE 1 eee Ls PH 2. Jawab semua soalan. \L es 3. Tiap-tiap soalan ditkuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan, i mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak {Lihat sebelah SULIT Kertas soalan O2/L © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia te SULIT Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. AE: Fe 1 Sebelum penangkapan dilakukan, pihak polis akan melakukan tempat persembunyian perompak itu. A lawatan Bs nisikan C intipan D - tilikan 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 3 Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Pemandu itu memandu lorinya dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang dan sempit. A melencong B_melengkung C _ beralun-alun D © berliku-liku [Lihat sebelah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 4 Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Faizah gemar bunga untuk dijadikan hiasan di raang tamu rumahnya. A menggubah B_~ mencucuk C mengubah D~ = menyulam 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 5 4 Norehan sering terkenang peristiwa suka duka semasa menuntut di universiti. A terhadap B_ pada C akan D dengan 5 Pemudatersebut ke tempat kerjanya kerana sudah lewat. A tercungap-cungap B__ terkocoh-kocoh C .terketar-ketar D - terkial-kial 6 Penduduk diingatkan supaya berhati-hati dengan golongan tertentu yang cuba mata orang ramai dengan janji-janji manis. A mengaburi B_ merabuni C_ mengabui D mengabusi 7 Murid cemerlang itu telah menghadiri untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya ke luar negara. . A temu bual B_temuduga C _soal jawab D soal balas [Lihat sebelah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 6 Soalan 8-14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8 Keaslian sesuatu barangan yang ingin kita beli tidak dapat ditentukan dengan hanya A B Cc sekali pandang. Tiada kesalahan. D 9 Buku yang tebal itu terbaca oleh Zamani dalam beberapa hari sahaja namun dia perlu A melakukan banyak kerja rumah. Tiada kesalahan. D 10 Teknologi tinggi merupakan bidang yang boleh memacu negara mencapai status negara B maju menjelang tahun 2020. Tiada kesalahan. Cc D 11 Sultan telah menitahkan agar bendahara datang menemui baginda di balai penghadapan . A B C dengan segera. Tiada kesalahan. D 12 Untuk melindungi harta intelek, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk A B menubuhkan Mahkamah Harta Intelek. Tiada kesalahan. Cc D 13 Juruacara telah menguar-uarkan peraturan pertandingan untuk mempastikan bahawa A B pertandingan itu berjalan dengan lancar. Tiada kesalahan. Cc D 14 Seseorang yang mengalami pesakit resdung akan menjadi alah kepada agen-agen A B persekitaran seperti debu, habuk dan debunga. Tiada kesalahan. C D 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 7 Soalan 15-17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15 I Semasa berbincang tentang lawatan yang akan diadakan, Fauzi mempertajam percakapannya. II Pembacaan yang luas dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. III Pak Ramli mengisi masa lapangnya dengan mempertajam cangkul dan parangnya. a Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, U0 dan IU sahaja Il, UI dan IV sahaja 3am > 16 — Nelayan yang dikhuatiri hilang itu dijumpai terhampar di tepi pantai oleh pasukan penyelamat. Adik terhampar di hospital selama beberapa hari setelah diserang demam panas. Surat khabar yang telah dibaca oleh ayah dibiarkan terhampar di atas lantai. Permaidani baru terhampar indah di ruang tamu rumah dua tingkat itu. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, I dan II sahaja Il, II dan IV sahaja SPowrAtebeza 17 al Kesempitan ruang di rumah pangsa itu menyebabkan hidup mereka kurang selesa. II Kita tidak boleh menjadikan faktor kesempitan hidup sebagai halangan untuk mencipta kejayaan. III Mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan rasa bosan ketika terperangkap dalam kesempitan jalan raya. 2 Pelari jarak jauh itu dikejarkan ke hospital setelah menamatkan lariannya kerana kesempitan untuk bernafas. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja Il, Il dan IV sahaja SA mp [Lihat sebelah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT Soalan 18 — 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D Jika tiada kesalahan. 18 Tiga orang anak-anak laki-laki Encik Manzur berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke universiti. A B Cc D Ketiga orang anak-anak laki-laki Ketiga-tiga orang anak laki-laki Ketiga orang anak laki-laki Tiga orang anak-anak laki-laki 19 Kita perlu minum dua liter air pada setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. A B Cc D mengganti air yang keluar dari badan menggantikan air yang keluar dari badan mengganti air yang keluar daripada badan menggantikan air yang keluar daripada badan 20 Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. A B Cc D Pandulah kenderaan mengikut peraturan Memandulah kenderaan mengikut peraturan Memandulah kenderaan ikut peraturan Pandulah kenderaan ikut peraturan 21 Buah mangga yang masak ranum itu kami telah petik untuk dibuat jus. A B Cc D telah dipetik oleh kami kami telah memetik telah kami petik kami telah petik 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 9 Soalan 22 — 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal, 22 “Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika Saya mengajar,” kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya. A B Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar. Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap sewaktu cikgu sedang mengajar. Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya. 23 Polis Diraja Malaysia terus melangkah maju dengan menggunakan kaedah saintifik dan peralatan canggih dalam menjalankan siasatan. A B Bagi membantu siasatan, Polis Diraja Malaysia telah menggunakan kaedah saintifik dan peralatan canggih yang begitumaju. ° Penggunaan kaedah saintifik membantu siasatan Polis Diraja Malaysia agar terus maju di samping peralatan canggih. Selain menggunakan kaedah siasatan secara saintifik, peralatan canggih juga digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk terus melangkah maju. Penggunaan peralatan canggih di samping kaedah saintifik dalam siasatan membolehkan Polis Diraja Malaysia terus melangkah maju. 24 Pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga diperoleh daripada penyertaan remaja dalam Program Latihan Khidmat Negara. A B 02/1 © Memperoleh pengalaman dan pengetahuan amat berguna kepada para remaja yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Di samping pengetahuan tentang Program Latihan Khidmat Negara, remaja juga mendapat pengalaman yang berguna. Pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna tentang Program Latihan Khidmat Negara akan diperoleh para remaja. Melalui Program Latihan Khidmat Negara, remaja bukan sahaja memperoleh pengetahuan bahkan pengalaman yang amat berguna. [Lihat sebelah 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 10 Soalan 25 —27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25 I Pak Mustafa telah mengingatkan kami agar tidak mengusik lembu-lembu * peliharaannya. If Syahmin lari lintang-pukang sambil meminta tolong apabila dikejar oleh anjing itu. III Segala kesalahan yang terdapat dalam latihan itu kamu mesti betulkan dan hantar pada hari ini juga. IV _ Berpuluh orang murid yang mengalami keracunan makanan telah dihantar ke hospital. A Idan II sahaja B_ III danIV sahaja CI, I dan II sahaja DI, WI dan IV sahaja 26 I Mak Cik Fatimah gembira kerana anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya. II Saya tidak mengetahui perkembangan terbaharu itu oleh kerana berada di seberang laut. : III Pengetua menghadiahi pelajar itu pen kerana pencapaiannya yang cemerlang. IV Cik Hanim menyematkan roset pada baju tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu. A IdanII sahaja B_ [I danIV sahaja CI, II dan II sahaja D_ II, UI dan IV sahaja 27. I “Mana pandangan anda tentang isu kenaikan harga petrol?” tanya pemberita itu. If “Kenapakah awak tidak.memberitahu saya hal itu?” keluh Encik Darmendra. III “Sila jangan buat bising di sini,” tegur pengawas perpustakaan itu. IV “Alahai, lambat betul bas tiba!” rungut Saleha. A I dan III sahaja B_ Idan IV sahaja CI, Idan III sahaja D Il, Ill dan IV sahaja 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 11 Soalan 28 — 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut. 28 Walaupun harga perabot yang dibeli oleh Puan Rokiah amat mahal, namun beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun. A Ukur baju di badan sendiri. B Besar periuk besarlah keraknya. C Alah membeli menang memakai. D_ Ada rupa ada gaya. 29 Setelah dia memiliki komputer riba, mesin taip lama tidak digunakannya lagi. Keadaan ini samalah seperti A kacang lupakan kulit. B _habis manis sepah dibuang. C _ tiada rotan akar pun berguna. D _ sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. 30 Rosyati ingin menjadi tentera tetapi tidak disetujui oleh ibunya yang berpendapat bahawa kerjaya sebagai tentera terlalu mencabar bagi wanita. Rosyati pula berpendirian bahawa semua pekerjaan ada cabarannya, bak kata pépatah A tak ada laut yang tidak berombak. B alang-alang berdakwat, biar hitam. C genggam bara api biar sampai jadi arang. D__ jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. - [Lihat sebelah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 12 Soalan 31 —35 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. _BILA BERJAUHAN yang kurasakan kau semua mesti di sisiku kerana setiap yang kualami kau semua mesti menikmati. dalam kesepian di tengah ramai orang yang kutemui tapi tak kukenal suara kalian ada di telingaku kenakalan dan ketegasan di rumah tangga tidak melepaskan jarak kita malah ingatan itu menjadikan aku seorang ayah dan suami yang terlalu memelihara erti diri. di tengah bayangan ibumu berdoa dan kau semua menunggu wujud aku dalam godaan keasyikan membentuk diri menjadi seorang ayah dan suami tegak dan pejal. A. WAHAB ALI (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) 31. Tekad penyajak seperti yang diungkapkan pada rangkap kedua adalah untuk menjadi suami dan ayah yang A lebih bertanggungjawab B lebih penyabar C_penyayang D_peramah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 13 32 Dalam rangkap ketiga, penyajak menyatakan bahawa seorang isteri perlu A tabah menunggu kepulangan suami B yakin akan keikhlasan dan kejujuran suami C_ mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan suami D sabar melayan kerenah anak-anak sepeninggalan suami 33 Sajak ini bernada A protes B_ melankolik C patriotik D sin sins 34 Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak kecuali A ayah hendaklah sentiasa berpendirian tegas B __ suami hendaklah berazam menjadi ayah yang baik C ayah hendaklah sentiasa berada di samping anak-anak dan isteri D_ - suami hendaklah menyayangi isteri dan anak-anak 35 Tema sajak ini ialah A kerinduan seorang ayah terhadap keluarganya B_ kewajipan seorang ayah terhadap keluarganya C _kesetiaan seorang suami kepada isteri yang ditinggalkan D_ keazaman seorang lelaki untuk menjadi suami dan ayah yang prihatin [Lihat sebelah 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT i4 Soalan 36 — 40 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ee Nah menjeling kelibat ayahnya. Akhbar kelmarin sedang ditatapnya. Bagaimanakah agaknya tindak balas ayah nanti? Jika ayah dapat menerima dan berasa bangga, syukurlah. Jika sebaliknya yang berlaku, ah ... dia tidak mampu membayangkannya. “Berani buat, beranilah tanggung.” Entah bayu mana yang memuput kalimah itu ke benaknya. Bahan bacaan di rak buku dikemaskan. Dia perlu tenang dalam menunggu kehadiran apa jua keadaan nanti. “Ee Nah!” Suara seniman veteran itu. Adakah sandiwara telah bermula? “Ee Nah!” “Ada apa, ayah?” Kerjayanya tergendala. “Di mana kamu?” “Dalam bilik. Ayah nak kopi ke?” “Buatlah!” Bertopengkan muka sepuluh sen, dia ke dapur. Tanpa memandang wajah seniman veteran. Lisa memberi peringatan. “Awas!” katanya. . Ee Nah mengangguk. Tangan berhabuk dibasuhnya bersih-bersih. Kopi dibancuh. Ditatang dalam dulang menuju ruang tamu. Setiap langkah disusun baik-baik. Bahang nyalaan tidak berkilau semakin terasa. Ayah bagai gunung berapi pendam. Akan meletus, mengalirkan lava bila-bila masa sahaja. Keringat terhasil keranatakut; Menggeletar kakinya. Namun, ditabahkan hati untuk terus melangkah. “Kopi, ayah,” katanya tergagap-gagap. Kakinya segera untuk berlepas ke garisan penamat, ke biliknya. “Hmm.. duduklah,” Surat khabar dilipat dua. Diletakkan di atas meja. Kopi pekat diteguk perlahan. Ee Nah semakin tidak senang duduk. Muka basah dengan keringat. “Anakku!” Seniman veteran memulakan bicara. Hati Ee Nah berdegup kencang. Namun, semacam kedengaran kelainan nada suara itu. “Ayah bangga mempunyai anak yang matang, berwawasan, dapat bertindak dan berfikir sendiri apabila perlu.” Seniman veteran menghirup kopi buat kali kedua. Si anak berlagak tenang. Sinaran mata ayahnya terasa lembut dan mendamaikan. “Ayah tak mampu dan tak mahu menghalang pengembangan bakatmu. Pilihlah cita-citamu. Tak kira yang mana satu, yang menggunakan tangan kanan, kiri ataupun kedua-duanya.” Ee Nah terpaku dengan patah-patah perkataan yang terbit daripada mulut seorang seniman. Lisa turut terlopong. Dia sendiri tidak percaya. Suatu perubahan mendadak. Tetapi inilah hakikat. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya, Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka) 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT 15 36 Ee Nah keberatan memandang wajah ayahnya kerana dia A tidak mahu bertelagah pendapat dengan ayahnya B __ berasa kecewa terhadap tindakan ayahnya C tidak mahu mendengar leteran ayahnya D _ bimbang akan dimarahi oleh ayahnya 37 Apakah reaksi ayah Ee Nah apabila terbaca berita yang tersiar dalam akhbar itu? A Ayahnya berbesar hati dengan kejayaan yang diperolehnya. B_ Ayahnya bersetuju dengan keputusan yang dibuat olehnya. C Ayahnya menasihatinya agar dia bijak membuat keputusan. D Ayabnya mahu dia meneruskan cita-citanya. 38 Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen? A Kita mestilah bersyukur dengan bakat yang dimiliki. B_ Kita wajarlah bertindak dengan cermat dan teliti. C_ Kita perlulah peka dengan kemampuan diri sendiri. D_ Kita hendaklah bersabar dalam menempuh cabaran. 39 Berdasarkan petikan cerpen, yang berikut merupakan perwatakan ayah Ee Nah kecuali A penyayang B | gigihberusaha C _ berfikiran terbuka D_amat bertanggungjawab 40 Cerpen Tangan Kanan, Kiri Atau Kedua-duanya membawa tema A. keyakinan terhadap bakat seni yang dimiliki. B_kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya. C_kepatuhan dan kesetiaan seorang anak terhadap ayahnya. D__pengorbanan seorang ayah demi kebahagiaan anak-anaknya. KERTAS SOALAN TAMAT 02/1 © 2007 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

You might also like