You are on page 1of 18

AHLI KUMPULAN: AMMAR SYAZWAN B.

MOHAMMAD
( KETUA)
AHMAD QUSYARI B. RODZHAN
MOHAMMAD AZMER B. ARRIFIN
MOHAMMAD ZAIAZRAN B. HASSAN
MUHAMMAD IRFAN B. ROZAN
SYED MUHAMMAD RAIS B. SYED ABU
HASSAN

TINGKATAN: 2 PUTIH

SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG


RAWA

TAJUK:
PERKARA MUKA/SURAT
PENDAHULUAN
PENGHARGAAN
HASIL KAJIAN
LAMPIRAN
DADAH ADALAH SEJENIS BAHAN YANG BERBAHAYA
KEPADA MANUSIA KERANA IANYA BOLEH
MENGAKIBATKAN MASALAH KETAGIHAN YANG TERUK.
MASA DEPAN SESEORANG AKAN HANCUR SEKIRANYA
MENJADI MANGSA DADAH. JUSTERU KEMPEN ANTI-
DADAH DIADAKAN OLEH AGENSI DADAH KEBANGSAAN
(AADK) UNTUK MEMERANGI PENYALAHGUNAAN DADAH.
MELALUI FOLIO INI, KAMI AKAN MENERANGKAN DENGAN
LEBIH LANJUT MENGENAI DADAH.
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
PIHAK SEKOLAH YANG MEMBERI PELBAGAI BANTUAN
SERTA KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN FOIO SIVIK
2010 INI. TERIMA KASIH KEPADA GURU SUBJEK
PENDDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KAMI
YANG TELAH MEMBERI PANDUAN, NASIHAT SERTA
BIMBINGAN SEPANJANG MASA KAJIAN DIJALANKAN.
AKHIR SEKALI, SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA IBU
BAPA, AHLI-AHLI KUMPULAN DAN PIHAK-PIHAK LAIN
YANG TERLIBAT DALAM PEMBIKINAN FOLIO SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN INI.
1.) MORFIN
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'.

Morfin Mentah
-Berbentuk blok/sebuk
-bertanda '999'
-Mengandungi 70%-90% morfin
-Juga dipanggil Heroin No. 1

Bes Morfin
-Seperti serbuk kopi halus
-Mengandungi 60%-70% morfin

Pil-Pil Morfin
-Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid
-pil kecil berwarna putih/coklat pucat.
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di
Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk
yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.

2.) HEROIN

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin.
Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.

3.)KODEN
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk
andu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan
aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada
warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal
(elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

4.)CANDU
Candu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem
saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat
dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.

Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'.
Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar
opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan
'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan
digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone'
digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

5.)OPIAT SINTETIK

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan


'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : 'Fizzies', 'Dollies'.

6.)AMFETAMIN

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis
amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang sangat merbahaya.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut ('chasing the dragon')


7.)METHAMPHETAMINE

Methamphetamine hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumplan stimulan.
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh 'methamphetamine
hydrochloride' yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses
secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ('chasing the dragon'


Nama Jalanan : 'Ice'

8.)KOKAIN

kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika
Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : 'Coke', 'Crack', 'Snow', 'Flake'

Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk 'granules'. Crack'
mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan
teruk dalam masa yang singkat.

9.) MDMA

Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil


'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan
ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

APAKAH PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau
penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan
gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah
yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan
terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian.

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:


• Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
• Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
• Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.


Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:
• Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
• Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
• Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan
yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.


Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti
mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi
membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan
wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah
dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?


Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif

Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Pergantungan

• Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan
dan mengelakkan rasa ketagih
• Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan
tertumpu kepada dadah setiap masa
• Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan
mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
• Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih
perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.

Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

Kenapa mereka mengambil dadah?

• Ingin mencuba
• Terikut-ikut
• Amalan budaya
• Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
• Tekanan / cabaran dalam kumpulan
• Bagi tujuan merawat
• Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu
• Morfin, Heroin - euphoria, painkiller
o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit

Perangsang
• Kokain, Amfetamina -
o Euforia, berkeyakinan

Penenang
• Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines
o Benzodiazepines
Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
• Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
• LSD - lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau
• Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol - agen kemurungan


• Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed


Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol
Lain -lain - daun ketum

Tanda dan gejala


Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

• Resah, gelisah
• Prestasi kerja atau akademik yang merosot
• Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
• Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
• Bercakap merepek
• Mengabaikan penampilan diri
• Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
• Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik
tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
• Kelihatan letih, penat dan mamai

Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
• Kebersihan dan kesihatan diri
• Kesihatan mental
• Prestasi pelajaran
• Hubungan sosial
• Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
• Penggunaan pelbagai jenis dadah
• Aktiviti jenayah
• Kaum keluarga
• Masalah perubatan
• Masalah psikiatri
• Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah
sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.
Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:

Detoksifikasi
• Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan
• Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
• Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
• Methadone - Ketagihan ubat penenang
• Nikotin - Ketagihan rokok

Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan
dadah?

• Kesungguhan pada aktiviti yang lain


• Status sosioekonomi
• Pengaruh rakan sebaya
• Pengaruh ibu bapa
• Budaya dan etnik
• Nilai hidup yang sederhana
• Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
• Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

• Percaya diri sendiri


• Berkemahiran menyesuaikan diri
• Berkemampuan bangkit dari kegagalan
• Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
• Menghargai kesihatan
• Membina minat dan aktiviti yang baru
• Matang dalam fikiran
• Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
• Latihan menjadi afektif
• Sokongan masyarakat
• Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
• Terapi dadah gantian
• Pengurusan tingkah laku
• Kaunseling
• Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
• Latihan menjadi asertif
• Sokongan masyarakat
• Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari
ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk:


• Pembangunan kemahiran
• Penempatan pekerjaan
• Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan:
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan
• PEMADAM
• PENGASIH

Pakar sakit jiwa


• Pakar kaunseling penagihan dadah
• Pakar psikologi
• Ibubapa
• Guru sekolah
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG:

Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru


dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun
tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada
keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu
masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah
diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana
Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen
Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu
negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang
merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan.
Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam
kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan
seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam
keselamatan negara.
Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan
pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan
awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-
undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia
dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan
strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi
yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah
Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk
membanteras musuh utama Negara DADAH.
FUNGSI:
1) Bertanggungjawab mengkaji dan mengawasi perkara-perkara dasar serta
hal-hal lain yang berkaitan dengan jabatan dan agensi di bawah Bahagian iaitu
Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan
Pertahanan Awam.

AKTIVITI:

i. Memantau dan menyelaras semua dasar, akta, garis panduan dan


peraturan mengenai fungsi Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan
Awam.
ii. Mengkaji dan menilai keberkesanan semua dasar dan akta Kepenjaraan,
Antidadah dan Pertahanan Awam.
iii. Mengenal pasti dan mengkaji isu semasa yang mempunyai implikasi
terhadap dasar, akta, garis panduan dan peraturan Kepenjaraan,
Antidadah dan Pertahanan Awam.
iv. Menyediakan garis panduan dan peraturan bagi tujuan pelaksanaan dasar
Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam.
v. Menggubal Rang Undang-undang dan meminda Akta sedia ada yang
berkaitan dengan Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam.
vi. Mengadakan mesyuarat, simposium, seminar, bengkel dan kursus yang
berkaitan dengan Dasar Kepenjaraan, Anti Dadah, Pertahanan Awam dan
RELA di dalam dan luar negeri.
vii. Menghadiri mesyuarat, simposium, seminar, bengkel dan kursus yang
berkaitan dengan Dasar Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam
di dalam dan luar negeri.
FUNGSI:
2) Bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
Parlimen seperti penyelarasan soalan Parlimen di bahagian ini dan penyediaan
jawapan bagi soalan Parlimen berkenaan yang berkaitan dengan jabatan dan
agensi di bawah Bahagian iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah
Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam.

AKTIVITI:

i. Menyelaras soalan parlimen yang berkaitan dengan Bahagian serta


Jabatan dan Agensi di bawahnya.
ii. Menyediakan jawapan Parlimen termasuk meminta maklumat tambahan
daripada Jabatan dan Agensi yang berkaitan.
iii. Memastikan penyediaan jawapan soalan Parlimen adalah tidak
bercanggah dengan dasar-dasar Kementerian ini.

FUNGSI:
3) Bertanggungjawab menyediakan ulasan, maklumbalas, nota makluman,
input dan memorandum untuk Jemaah Menteri dan Kementerian lain  yang
berkaitan dengan jabatan dan agensi di bawah Bahagian iaitu Jabatan Penjara
Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam.

AKTIVITI:
i. Menyediakan maklum balas Minit Mesyuarat Jemaah Menteri, Nota
Makluman, Memorandum, ulasan Kementerian dan input yang berkaitan
dengan Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam.
ii. Memastikan segala input, kertas Memorandum Jemaah Menteri, maklum
balas Minit Mesyuarat Jemaah Menteri, Nota Makluman dan ulasan
Kementerian  yang disediakan bertepatan dengan dasar-dasar yang
ditetapkan oleh Kementerian.

UNDANG- UNDANG MENGENAI KESALAHAN DADAH

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal
pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan
beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung
dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk
dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH.


(RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk
memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses
rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan
memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA


(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada
kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran
dadah berbahaya.

4. AKTA DADAH BERBAHAYA


(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan
berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan
dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah
Berbahaya 1952.

5. AKTA RACUN 1952


Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan
penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di
dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli
yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang
terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

You might also like