You are on page 1of 20

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP

PEMBANGUNAN DAMANSARA JAYA DI PETALING JAYA

DAN MEMBANDINGKANNYA DENGAN SINGAPURA.


SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian 3
Kawasan Kajian 4-7
Kaedah Kajian 8
Dapatan Kajian 9-18
Rumusan 19
Lampiran 20-24
Rujukan 25

PENGHARGAAN

Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi ini yang

bertajuk Sumbangan Kegiatan Ekonomi terhadap Pembangunan Damansara Jaya di

Petaling Jaya dan Membandingkannya dengan Singapura. Saya dapat melaksanakannya


dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Oleh sebab

itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai

saya iaitu Puan Chia kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam

menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada

orang ramai di Damansara Jaya yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini

dan telah mengambil masa untuk lengkapkan borang soal selidik yang disediakan. Saya

juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan saya yang telah

memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa yang

diajar oleh guru. Akhirnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua-dua ibu

bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini.

Jasa semua orang ini akan dikenang sepanjang hidup saya.

PENDAHULUAN

Saya, Amanda Ng Wen Wei dari kelas 3 Batai telah menghasilkan Kerja Kursus

Geografi ini. Kawasan kajian saya ialah Damansara Jaya, Petaling Jaya. Negara yang

dibandingkan pun ialah Singapura. Saya telah memilih Damansara Jaya sebagai kawasan
kajian kerana sekolah saya terletak di sini dan kawasan ini juga berdekatan dengan rumah

saya. Hal ini telah memudahkan rakan-rakan dan saya membuat kajian selepas waktu

persekolahan. Selain itu, saya telah memilih Singapura sebagai negara untuk

dibandingkan kerana kegiatan ekonomi perkhidmatannya hampir sama dengan yang

didapati di Damansara Jaya. Tempoh masa kajian dijalankan ialah 8 minggu. Dalam masa

ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan

supaya boleh diberi penilaian oleh guru penilai saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :

(a) Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di Damansara Jaya.

(b) Mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan Damansara Jaya.


(c) Mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di

Damansara Jaya.

(d) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar di Damansara Jaya.

(e) Membandingkan kegiatan ekonomi Damansara Jaya dengan Singapura.

(f) Memupuk nilai bekerjasama, bertolak ansur dan cinta akan negara.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Damansara Jaya yang terdiri daripada SS22A dan

SS22. Kawasan ini merupakan satu kawasan perumahan dan pusat perniagaan di sekitar

kompleks membeli-belah Atria dengan 4 deret kedai 3 tingkat di sekelilingnya.


Damansara Jaya merupakan kawasan tanah pamah yang terletak di Lembah Klang dan di

tengah daerah Petaling Jaya. Kawasan ini dikelilingi oleh SS21 di utara, SS23 di barat

daya, SS20 di timur laut dan SS2 di tenggara dan selatan.Bandar yang terdekat dengan

Damansara Jaya ialah Bandaraya Kuala Lumpur. Jarak Damansara Jaya ke Bandaraya

Kuala Lumpur ialah kira-kira 15km. Masa yang diambil untuk ke Bandaraya Kuala

Lumpur dari Damansara Jaya dengan menaiki kereta ialah kira-kira 30minit. Uptown

Damansara Utara pula ialah kira-kira 1.5km dari Damansara Jaya.

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis-jenis kegiatan

ekonomi di Damansara Jaya.


2. Kaedah Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan oleh saya sebelum diajukan kepada

responden di Damansara Jaya. Saya menyoal selidik mereka untuk mengetahui kesan-

kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya dan langkah untuk

mengurangkan kesan-kesan tersebut.

3. Kaedah Rujukan

Saya telah membuat rujukan di buku-buku rujukan, buku teks, peta dan laman

web untuk mendapat maklumat.

DAPATAN KAJIAN

Jenis-jenis kegiatan ekonomi


Jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Damansara Jaya ialah perkhidmatan.

Antara perkhidmatan di kawasan kajian ialah perniagaan. Terdapat banyak jenis

perniagaan di Damansara Jaya seperti kedai buku, kedai serbaneka, kedai optik, butik,

restoran, farmasi dan sebagainya. Contoh restoran di Damansara Jaya ialah Ma Ma's

Restaurant, Magic Wok, Hooi Loong, Hong Kee Tim Sum, Syed Abu dan lain-lain.

Contoh kedai buku ialah Big Bookshop dan kedai serbaneka ialah 7-11. Farmasi yang

terdapat di Damansara Jaya pula ialah Guardian dan Smart Care can kedai optik

Cambridge juga terdapat di Damansara Jaya.

Selain itu, pengangkutan juga merupakan salah satu perkhidmatan di Damansara

Jaya. Jenis pengangkutan yang terdapat di Damansara Jaya ialah bas dan teksi. Bas dan

teksi membawa penumpang dari luar Damansara Jaya ke Damansara Jaya dan juga

membawa pelanggan dan pekerja ke luar Damansara Jaya. Contoh syarikat bas awam di

kawasan kajian ialah Rapid KL dan contoh syarikat teksi ialah Supercab.

Di samping itu, perkhidmatan yang terdapat di Damansara Jaya ialah perbankan.

Bank yang terdapat di Damansara Jaya adalah untuk penduduk menguruskan wang

mereka seperti menyimpan wang, mengambil wang, memindah wang, membayar bil dan

juga membuat pinjaman untuk perniagaan mereka. Bank yang terdapat di Damansara

Jaya ialah Maybank, RHB Bank dan Public Bank.

Akhir sekali, pendidikan adalah antara perkhidmatan yang terdapat di Damansara

Jaya. Jenis pendidikan di kawasan ini ialah seperti kolej, pusat tuisyen dan tadika.

Sebagai contoh, Kolej Damansara Utama (KDU) dan Peter & Jane Kindergarten. Pelajar
di KDU dapat menyumbang kepada ekonomi di Damansara Jaya apabila mereka

membuat pertukaran wang asing dan menyewa bilik atau rumah di kawasan ini.

Saya berasa sangat bangga dan bersyukur kerana terdapat pelbagai kegiatan

ekonomi di Damansara Jaya yang boleh memenuhi keperluan penduduk di sini.

Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya

Terdapat beberapa sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya.

Antaranya ialah peluang pekerjaan. Kegiatan ekonomi perkhidmatan di Damansara Jaya

telah mewujudkan pelbagai jenis peluang pekerjaan dari bidang yang berlainan seperti

pengangkutan, perniagaan, perbankan dan sebagainya kepada penduduk di kawasan ini.

Contoh jenis perniagaan yang mewujudkan peluang pekerjaan adalah seperti restoran

yang mengupah pelayan dan kedai yang mengupah pekerja.

10

Selain itu, pendapatan juga merupakan salah satu sumbangan kegiatan ekonomi

terhadap Damansara Jaya. Kegiatan ekonomi merupakan sumber pendapatan penduduk di

Damansara Jaya untuk menyara hidup. Misalnya, pelayan restoran yang bekerja di

Damansara Jaya biasanya mendapat RM5 setiap jam. Pelajar asing dan pelajar dari

bandar lain yang belajar di KDU dan menyewa rumah atau bilik di Damansara Jaya juga

merupakan sumber pendapatan penduduk di kawasan ini. Sumber pendapatan peniaga-


peniaga di Damansara Jaya pula adalah apabila kita makan di restoran atau bermain di

taman rekreasi atau kafe siber.

Di samping itu, sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya ialah

peningkatan taraf hidup. Kegiatan ekonomi perkhidmatan di kawasan ini menawar gaji

yang lumayan kepada penduduk dan membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang

tinggi. Penduduk di Damansara Jaya tinggal di rumah moden yang lengkap dengan

semua kemudahan seperti bekalan air, elektrik, telefon dan internet. Setiap rumah

mempunyai sekurang-kurangnya satu buah kereta dan dapat mengupah pembantu rumah.

Penduduk di kawasan ini juga mampu makan di restoran dan pergi bercuti.

Seperkara lagi, kemudahan infrastruktur yang baik merupakan antara

sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya. Peningkatan kemudahan

infrastruktur di kawasan ini adalah akibat kegiatan ekonomi. Contohnya, jalan raya yang

berturap baik, pengangkutan barangan masuk, bekalan air serta elektrik untuk perniagaan,

talian telefon serta internet yang baik dan sistem pengangkutan seperti bas dan teksi

untuk membawa masuk pekerja-pekerja.

11

Di negara Singapura, perniagaan yang pesat dapat dilihat di sepanjang Orchard

Road. Pusat membeli-belah seperti Takashimaya, Wisma Atria, Tangs dan sebagainya

mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Singapura. Tambahan

pula, sumber pendapatan penduduk di Singapura juga sangat tinggi kerana mereka

mendapat gaji yang lumayan. Contohnya, seorang lepasan universiti boleh mendapat gaji

sebanyak S$3,000 di Singapura.


Peningkatan taraf hidup penduduk Singapura pula berlaku akibat kegiatan

ekonomi yang pesat di pusat perdagangan dan perniagaan. Akhirnya, kemudahan

infrastruktur di Singapura adalah seperti perkhidmatan tren MRT yang efisien dan

moden yang terdapat di sini untuk membawa pekerja-pekerja ke pusat perdagangan dan

perniagaan.

Dengan menghasilkan projek ini, saya telah mempelajari nilai berdikari dan

berdisiplin. Saya telah membuat kajian tentang Damansara Jaya serta Singapura dengan

jujur dan selepas membandingkannya, saya masih mencintai negara saya sendiri iaitu

Malaysia. Saya juga amat berbangga kerana pelbagai kegiatan ekonomi di sini

menyumbang kepada pembangunan Damansara Jaya.

12

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya

Kegiatan ekonomi di Damansara Jaya telah membawa banyak kesan terhadap

alam sekitar dan penduduk-penduduk yang tinggal di Damasara Jaya.

Antaranya adalah dari segi kegiatan ekonomi perniagaaan. Pembuangan sampah

seperti kotak-kotak, beg plastik, pembalut makanan dan sebagainya di merata-rata tempat
telah dilakukan oleh peniaga-peniaga di Damansara Jaya. Pembuangan sisa-sisa makanan

ke dalam longkang oleh pekerja gerai-gerai makanan juga telah menyebabkan longkang

tersumbat dan berbau busuk.

Selain itu, peningkatan suhu pun berlaku di Damansara Jaya kerana terdapat

banyak bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, jalan raya yang berturap dan

permukaan yang bersimen. Hal ini juga berpengaruh dengan pulau haba di pusat

perniagaan Damansara Jaya.

Di samping itu, kegiatan ekonomi pendidikan juga membawa kesan yang buruk.

Bilangan pelajar yang ramai di Kolej Damansara Utama (KDU) telah menyebabkan

pertambahan kereta swasta dan pengangkutan awam di Damansara Jaya. Hal ini telah

mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan juga pertambahan pencemaran udara.

13

Seperkara lagi, pertambahan kegiatan ekonomi di Damansara Jaya telah

menyebabkan pertambahan pengangkutan awam. Teksi dan bas telah digunakan untuk

membawa pekerja ke sektor perniagaan manakala van dan lori telah digunakan untuk

menghantar barangan. Semua ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan

pencemaran udara di Damansara Jaya.

Di Singapura, kegiatan ekonomi perniagaan juga membawa kesan terhadap alam

sekitar tetapi pembuangan sampah sarap di merata-rata Singapura lebih kurang


berbanding dengan Damansara Jaya. Hal ini adalah kerana undang-undang yang ketat dan

penguatkuasaannya yang baik. Namun begitu, peningkatan suhu telah berlaku di

Singapura kerana pengaruh pulau haba lebih ketara akibat bangunan tinggi yang dibina

rapat-rapat di Pusat Perniagaan seperti di sepanjang Orchard Road.

Saya berasa kita sebagai penduduk Damansara Jaya perlulah bekerjasama dan

bertindak wajar untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

14

Jadual

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya

Bilangan Kesan-kesan Bilangan responden


1 Perubahan pandang darat / landskap 3
2 Pencemaran 12
3 Pulau haba 5
4 Hujan asid 2
5 Pembuangan sampah di merata-rata tempat 4
Jumlah 26
Sumber : Soal selidik 26 orang responden di Damansara Jaya

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya

Pencemara
Perubahan pandang
Pulau haba n
darat / landskap

Kesan-kesan kegiatan

ekonomi terhadap alam

sekitar

Pembuangan
Hujan asid
sampah di merata-
15
rata tempat
Langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam

sekitar di Damansara Jaya

Terdapat banyak langkah yang dapat diambil oleh semua pihak untuk

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya.

Antaranya ialah kerajaan kita mestilah menguatkuasakan undang-undang.

Pegawai MBPJ juga perlu meningkatkan rondaan dan mengenakan denda terhadap

peniaga-peniaga yang mencemarkan alam sekitar. Mereka juga perlu menyediakan tong

sampah yang besar dan juga tong-tong kitar semula di seluruh tempat untuk memudahkan

peniaga membuang sampah mereka dengan cara yang betul. Hal ini dapatlah mencegah

pembuangan sampah oleh pihak peniaga.


Selain itu, untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu di Damansara Jaya,

penanaman pokok yang lebih banyak perlu dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling

Jaya (MBPJ) di tepi jalan serta taman-taman dan oleh penduduk di hadapan rumah

masing-masing.

Di samping itu, dengan mengurangkan pencemaran udara, bilangan kereta di

KDU mestilah dikurangkan. Hal ini dapat dilakukan apabila pihak KDU menyediakan

bas untuk pelajar dan menggalakan pelajar berkongsi kerta. Kenderaan awam seperti

teksi dan bas yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Damansara Jaya mestilah

memasang catalytic converter.

16

Di Singapura pula, pencemaran udara dapat dikurangkan dengan mengurangkan

bilangan kereta di Pusat Perniagaan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengenakan cukai

khas bagi kereta swasta yang masuk ke pusat perniagaan pada waktu bekerja. Kerajaan

Singapura juga menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan murah seperti

MRT dan perkhidmatan bas. Pembuangan sampah di merata-rata tempat oleh pihak

peniaga juga dapat dikurangkan dengan undang-undang yang lebih ketat dan

penguatkuasaan yang lebih efektif.

Saya amat menghargai usaha-usaha MBPJ dan penghuni-penghuni Damansara

Jaya untuk menjaga kebersihan Damansara Jaya serta keselesaan kehidupan kita.
17

Graf Bar
Langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar di Damansara Jaya

14

12

10 Menanam lebih banyak pokok


Bilangan Responden

Kempen kesedaran
8
Penguatkuasaan undang-undang

6 Kitar semula

Mewajibkan pemasangan catalytic


4 converter pada setiap kenderaan awam

0
Langkah-langkah

18

RUMUSAN
Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya telah mendapati bahawa kegiatan

ekonomi utama di Damansara Jaya ialah perkhidmatan. Jenis perkhidmatan yang terdapat

di kawasan ini pula ialah perniagaan, pengangkutan, perbankan dan pendidikan.

Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan Damansara Jaya ialah

mewujudkan peluang pekerjaan, menyumbang kepada pendapatan penduduk,

peningkatan taraf hidup penduduknya dan menggalakkan perkembangan infrastruktur.

Saya telah menggunakan kaedah borang soal selidik untuk mengumpul maklumat tentang

kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya dan langkah-

langkah untuk mengurangkannya.

Setelah mengumpul semua maklumat, saya telah membandingkan kajian saya di

Damansara Jaya dengan negara luar iaitu Singapura. Saya telah mendapati bahawa

kegiatan ekonomi di Pusat Perniagaan Singapura juga merupakan jenis perkhidmatan.

Contoh perkhidmatan di Singapura ialah perniagaan, perbankan, perhotelan,

pengangkutan dan sebagainya dan dijalankan secara besar-besaran apabila dibandingkan

dengan Damansara Jaya.

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah mengamalkan beberapa nilai seperti

bantu-membantu, kejujuran, bekerjasama, menepati masa dan sebagainya. Unsur-unsur

patriotisme yang wujud semasa kajian dijalankan pula adalah seperti saya berbangga dan

bersyukur dengan kehidupan di Damansara Jaya. Saya juga mencintai negara yang aman

dan damai ini.

19
LAMPIRAN

20

RUJUKAN
1. Abd. Rahim Md Nor (2004). Geografi Tingkatan 3. Shah Alam. Cerdik

Publications Sdn. Bhd.

2. Chong Mui Sen (2007). Total Pro PMR Geografi. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.

Bhd.

3. Laman web : http://en.wikipedia.org/wiki/Damansara_Jaya

4. Orang sumber : Nama : Tommy

Alamat : 205, 2nd floor, Atria Shopping Centre, Damansara

Jaya, Petaling Jaya.

Umur : 51-60 tahun

25

You might also like