Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
26Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa

Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa

Ratings: (0)|Views: 898 |Likes:
Published by Syihabudin Ahmad

More info:

Published by: Syihabudin Ahmad on Jun 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2013

pdf

text

original

 
 
Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah dan Suasana Semasa
(661H-728H/1263M-1328M)RIWAYAT HIDUP
 
Pengenalan:
 Di dalam sejarah pemikiran Islam, perselisihan dan percakaran di antara golongan
 Mutakallimun
(ahli Kalam) dengan
Falasifah
(ahli Falsafah) berhubung isu-isu agamatelah mewarnai ketamadunan Islam. Para sarjana Islam seperti: Ibn Hazm(457H/1064M), Al-Ghazali (505H/1111M), Ibn Taymiyyah (729H/1328M), Ibn QayyimAl-Jawziyyah (751H/11350M) dan beberapa orang lagi adalah antara yang terkenalkerana serangan dan kritikan mereka ke atas falsafah.Ibn Taymiyyah adalah seorang tokoh yang telah muncul pada abad ketiga belasdan empat belas. Beliau telah membawa suatu pemikiran yang sering dan masih dikajihingga kini oleh sarjana moden samada di kalangan orientalis mahupun Islam. Di antarakajian yang dilakukan ke atas beliau ialah tentang pemikirannya menerusi kritikan-kritikannya terhadap golongan Falsafah.Bagi mengenali perjuangan dan pemikiran beliau maka sangat wajarlah untuk dihayati dulu latar belakang keluarga, pendidikan dan suasana yang membentuk peribadinya. Untuk itu sebenarnya telah ada puluhan karya dan kajian yang memaparkanperkara-perkara tersebut. Riwayat hidup beliau telah dicatat oleh ramai penulis di dalamberbagai bahasa, samada ianya buku sejarah atau buku tentang mazhab Hanbali ataupunbuku yang khusus membicarakan tentangnya. Di antara catatan yang paling utamatentang beliau ialah
 Al-Bidayah wa Al-Nihayah
yang dikarang oleh Al-
Hafiz „Imad Al
-
 
 Din Ibn Kathir (774H),
Tadhkirat Al-Huffaz
karangan Al-Hafiz Syams Al-Din Al-Dhahabi (748H),
 Al-
‘Uq
ud Al-Durriyyah fi Manaqib Syeikh Al-Islam Ahmad IbnTaymiyyah
oleh Al-
Hafiz Ibn „Abd Al
-Hadi,
 Dhayl Tabaqat Al-Hanabilah
oleh Al-HafizIbn Rajab Al-Hanbali, seterusnya karangan Al-Hafiz Al-Bazzar bertajuk:
 Al-
 A‘l 
am Al-
‘Aliyyah f 
i Manaqib Ibn Taymiyyah
, karangan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-
„Asqalani iaitu:
 Al- Durar Al-Kaminah fi
 A‘y
an Al-
Mi’ah Al 
-Thaminah
, karangan Al-Syawkani bertajuk:
 Al- Badr Al-Ta
li‘ f 
i Tara
 jim ‘Ulam
a Al-Qarn Al-Ta
 si‘ 
dan banyak lagi karya para sarjanaIslam lain.
Latar Belakang Peribadi:
 a)
Kelahiran
:Al-Imam Taqiy Al-Din Abu Al-
„Abbas Ahmad Bin „Abd Al
-
Halim Bin „Abd Al
-
Salam Bin „Abd Allah yang terkenal dengan gelaran Ibn Taymiyyah Al
-Harrani Al-Dimasyqi Al-Hanbali telah dilahirkan pada h
ari Isnin 10 Rabi„ Al
-Awwal 661 Hijrahbersamaan 22 Januari 1263. Terdapat tarikh lain yang disebutkan oleh para sarjanasejarah, tetapi ini adalah pendapat yang paling kukuh.
1
 Kota Harran tempat kelahiran Ibn Taymiyyah terletak di tengah perjalananmenuju ke Mosul (Iraq), Syam dan Turki di antara sungai Dajlah dan sungai Furat.
2
Iamerupakan pusat perkembangan pelbagai jenis ilmu dan tamadun. Selain itu, ia juga
1
Lihat: Ibn Kathir, Abu Al-
Fida‟ ‟Ismi„il Bin „Umar.
 Al-Bidayah wa Al-Nihayah
(13/255), Beirut: Dar Al-Kutub Al-
„Ilmiyyah, (t.t)
, Al-Karami Al-
Hanbali, Mar„a Bin Yusuf,
 Al-Kawakib Al-Durriyyah fi Manaqib Al-Mujtahid Ibn Taymiyyah
(m.s 52), Beirut: Dar Al-Gharb Al-Islami, Ctk. Pertama (1986) dan Abdullah,Mohd. Amar.
Study of Ibn Taymiyah and Some of His Theological Ideas, With Special Reference to His
‘Aq
idah Wasitiyah
. (m.s 18), England: Department of Theology, University of Birmingham (1988).
 
2
Lihat: Al-
Baladhuri, Abu Ja„far Ahmad Bin
Yahya.
Futuh Al-Buldan
, subjek:
 Harran
. Muhammad FuadAbd Al-
Mu„im.
Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah wa Al-Wilayah Al-Siyasiyyah Al-Kubra fi Al-Islam
. ArabSaudi: Dar Al-Watan (t.t)
 
 pernah menjadi pusat gerakan keagamaan dan keilmuan golongan
Sa
bi’ah
3
, sepertimanayang tersebut di dalam kitab-kitab Falsafah. Secara khusus ia terkenal kerana seringdikaitkan dengan ilmu Falsafah dan ilmu-ilmu Yunani.
4
Selepas itu ia bertukar menjaditempat berkembangnya mazhab Hanbali hasil usaha yang dilakukan oleh nenek moyangIbn Taymiyyah.Pada usianya enam tahun, beliau telah mengikut bapanya berhijrah ke kotaDamsyiq bersama dua orang adiknya demi menyelamatkan diri dari kekejaman Tartar
5
.Damsyiq ketika itu adalah salah satu ibu kota kerajaan Mamluki selain daripada Kaherah.Justeru itu, tidak hairanlah kedua-dua kota ini menjadi pusat perkembangan ilmupengetahuan dan tamadun di zaman itu.b)
Keperibadian
:Beliau sangat mencintai kebenaran dan menghargai ilmu pengetahuan; lantaranitu, tidak hairanlah beliau mampu menulis di dalam banyak cabang ilmu Islam. Beliau juga telah dianugerahkan oleh Allah daya ingatan yang kuat, kecerdasan pemikiran danpandangan yang luas. Al-Dhahabi berkata:
“Beliau (Ibn Taymiyyah) memang layak untuk berijtihad kerana
memiliki syarat-syarat untuk itu. Aku tidak pernah melihat seorangmanusia yang begitu tangkas menyebut ayat-ayat Al-Quran sebagai dalilbagi masalah yang diutarakan kepadanya, seolah-olah hadith Nabi
S.A.W berada di hadapan matanya dan di hujung lidahnya”
6
.
3
 
Sa
bi’ah
ialah suatu ajaran yang mengagungkan planet-planet yang tujuh dan bintang-bintang yang duabelas, serta menganggapnya sebagai
qidam
. Mereka mempunyai solat lima kali sehari semalam menghadap
ke ka„bah, berpuasa di bulan Ramadan, mengharamkan ba
ngkai, darah dan khinzir, tetapi hanyamempercayai beberapa orang nabi sahaja tidak termasuk Nabi Muhammad S.A.W.
Lihat: Ibn Hazm, Abu Muhammad „Ali Bin Ahmad
Al-Andalusi Al-Zahiri,
 Al-Fisal fi Al-Milal wa Al- Ahwa
’ wa
 Al-Nihal
(1/50), Dar Al-Kutub Al-
„Ilmiyyah, Beirut, Ctk. Pertama (1996M
-1416H)
4
Muhammad Fuad Abd Al-
Mun„im,
Opt.cit (m.s 10)
5
Ibn Kathir, Opt.cit (13/269)
6
Al-Dhahabi, Syams Al-Din Muhammad Bin Ahmad.
Siyar A‘l 
am Al-Nubala
’ 
. (15/417-418),Beirut:Muassasah Al-Risalah, Ctk. Kesepuluh (1994),
 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->