You are on page 1of 14

3757/1

3757/1
Ekonomi
Asas
Kertas 1
Mei 2010
1 ¼ jam

PEPERIKSAAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN LIMA

EKONOMI ASAS

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.
5. Sekirannya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2 3757/1

1. Antara yang berikut manakah situasi yang boleh menjadi faktor kepada kewujudan
ilmu ekonomi?

A. Kekurangan modal untuk menjalankan beberapa perusahaan


B. Kecukupan tenaga manusia untuk menggerakkan mesin
C. Berlaku keseimbangan antara keperluan dan kehendak manusia
D. Usaha manusia dalam menggunakan semua sumber yang ada

2. Setiap individu perlu membuat pilihan dengan cekap supaya

A. dapat mengurangkan perbelanjaan


B. mengelakkan berhutang
C. dapat memaksimumkan kepuasan
D. dapat menggunakan pendapatan secara berhemah

3. Antara berikut yang manakah dikelaskan sebagai barang percuma?

A. Barang yang disediakan oleh kerajaan


B. Hadiah pinggan apabila membeli sabun pencuci baju
C. Sampel barang yang diberikan secara percuma
D. Barang yang tidak mempunyai kos lepas

4. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang wujudnya kos lepas?

I pendapatan isi rumah yang terhad


II isi rumah perlu membuat pilihan terhadap barang-barang
III firma menentukan salah satu teknik pengeluaran
IV manusia memerlukan udara untuk hidup

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 3 3757/1

Soalan 5, berdasarkan pernyataan di bawah

Di sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

“Jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan


miskin terlalu besar”

5. Manakah di antara langkah berikut boleh menyelesaikan masalah tersebut?


I menaikkan kadar faedah simpanan tetap
II menguatkuasakan sistem pungutan zakat
III memberikan subsidi kepada petani
IV menaikkan cukai pendapatan

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

6. Antara berikut yang manakah dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dalam
sistem ekonomi kapitalis?

I Mekanisme harga
II Keputusan kerajaan
III Keputusan firma
IV Tiada persaingan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

7. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan ciri-ciri pekerjaan dalam suatu sektor
ekonomi

 Suasana tempat kerja yang tidak selesa


 Tingkat pendapatan tidak stabil

Apakah jenis pekerjaan yang sepadan dengan maklumat di atas?

A. Peniaga di Berjaya Mega Mall


B. Pengurus estet
C. Pakar perunding
D. Nelayan

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 4 3757/1

Soalan 8, berdasarkan maklumat di bawah

Encik Ramasamy memiliki sebuah kedai runcit, membeli sebuah lot


kedai dan menyewakannya kepada Encik Vellu. Beliau juga turut
menyimpan wang di dalam akaun skim perbankan Islam di sebuah
bank perdagangan berdekatan tempat beliau tinggal.

8. Manakah jenis-jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Ramasamy?

A. Sewa,dividen dan faedah


B. Untung,sewa dan faedah
C. Untung,sewa dan dividen
D. Upah,untung dan faedah

9. Encik Awang bekerja di sebuah firma audit dengan gaji RM3,000 sebulan.Beliau
mempunyai 4 orang anak yang bersekolah dan isteri tidak bekerja.Setiap bulan
beliau mencarum sebanyak RM220 di dalam KWSP dan membayar RM120
untuk premium insurans nyawa.

Jadual Pelepasan Cukai :

Diri sendiri RM8,000


Isteri RM3,000
Anak RM 800 seorang

Berdasarkan maklumat di atas,hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Awang.

A. RM 16 320
B. RM 17 720
C. RM 19 770
D. RM 20 700

10. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan caruman KWSP


Encik Tong Seng pada tahun 2008.

Bil Butiran RM

1 Pendapatan 50 000
2 Perbelanjaan 43 000
3 KWSP 4 000

Berdasarkan jadual di atas, berapakah jumlah wang yang mampu ditabungkan oleh
Encik Tong Seng ?

A. RM 2 000 C. RM 4 000

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 5 3757/1

B. RM 3 000 D. RM 5 000
Soalan 11, merujuk kepada gambar di bawah.

Ikan , sayur ,
sos cili, bawang
merah dan
bawang putih
sudah aku beli.....

11. Apakah jenis perbelanjaan yang dilakukan oleh individu di atas?

A. Perbelanjaan perkhidmatan
B. Perbelanjaan barang tahan lama
C. Perbelanjaan barang tidak tahan lama
D. Perbelanjaan hiburan

12. Encik Razak bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta. Beliau mempunyai
seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah
rendah. Pendapatan beliau ialah RM 42 000 setahun. Daripada jumlah pendapatan
itu 11% dicarumkan untuk KWSP dan RM 600 untuk bayaran zakat pendapatan.
Encik Razak juga membayar caruman PERKESO sebanyak RM 960.

Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Razak, sekiranya jumlah cukai


pendapatannya ialah RM 520.

A. RM 4 620
B. RM 6 700
C. RM 35 300
D. RM 37 380

13. Antara berikut yang manakah peranan isi rumah dalam ekonomi ?

I Menggunakan faktor pengeluaran


II Membekalkan faktor pengeluaran
III Membekalkan barang dan perkhidmatan
IV Menggunakan barang dan perkhidmatan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 6 3757/1

14. Sebuah barangan mempunyai keanjalan harga permintaan 2. Apabila harga


barang Y RM1.50 seunit, kuantiti diminta ialah 1 500 unit. Berapakah kuantiti yang
akan dibeli apabila harga barang Y turun kepada RM1.00 seunit ?

A. 500 unit
B. 1 000 unit
C. 1 500 unit
D. 2 500 unit

Soalan 15, merujuk kepada jadual di bawah.

Bulan Kadar sewa bulanan Jumlah pelanggan


(RM) (orang)
Oktober 50 10 000
November 68 80 000
Disember 90 30 000

15. Jadual di atas menunjukkan kadar sewa bulanan dan bilangan pelanggan
perkhidmatan jalur lebar sebuah syarikat telekomunikasi. Berdasarkan jadual di atas,
kirakan keanjalan harga permintaan bagi perkhidmatan jalur lebar apabila sewaan
berubah dari bulan November ke bulan Disember.

A. 0.38
B. 0.52
C. 1.93
D. 2.67

16. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keluk permintaan barang S.


Harga
D1
D0
P

0 Q1 Q2 D1 Kuantiti

D0
Antara berikut yang manakah menyebabkan keluk permintaan berubah dari D0D0 ke
D1D1 ? 0 Q0 Q1 Kuantiti
I Peningkatan cukai ke atas barang S
II Peningkatan dalam citarasa pengguna
III Peningkatan harga bagi barang penggenap S
IV Jangkaan peningkatan harga barang S masa depan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 7 3757/1

D. III dan IV
17. Jika pekali keanjalan harga permintaan ialah 0.3 , apakah langkah yang perlu
dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan ?

A. Menurunkan harga barang pengganti


B. Menurunkan harga barang keluarannya
C. Meningkatkan harga barang pengganti
D. Meningkatkan harga barang keluarannya

18. Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut ?

A. Jumlah keluaran bagi setiap unit input berubah.


B. Jumlah keluaran dikeluarkan apabila input berubah ditambah kepada input
tetap
C. Perubahan dalam jumlah keluaran apabila berlaku perubahan dalam
penggunaan satu unit input tetap
D. Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam
penggunaan satu unit input berubah

Jumlah kos berubah bagi


Kuantiti
firma ABC Sdn Bhd.
(unit)
(RM)
5 200
10 550
15 790
20 1 500

19. Jadual di atas menunjukkan jumlah kos berubah bagi firma ABC Sdn Bhd pada
pelbagai output. Diberi kos tetap ialah RM 500. Pada tingkat keluaran berapakah kos
purata paling tinggi?

A. 5 unit
B. 10 unit
C. 15 unit
D. 20 unit

 Keluaran adalah sifar tetapi kos ini masih perlu ditanggung


 Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini

20. Antara berikut, yang manakah menepati ciri-ciri kos di atas ?

I Kos bahan mentah


II Pembayaran gaji pekerja
III Pembelian jentera
IV Kos mendirikan kilang

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 8 3757/1

Kos tetap RM600


Kos berubah RM900
Kos purata RM5

21. Jadual di atas menunjukkan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sebuah
firma. Hitungkan jumlah keluaran firma tersebut.

A. 500 unit
B. 300 unit
C. 200 unit
D. 1 500 unit

22. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran terhadap barang S


pada pelbagai tingkat harga.

Harga Permintaan Permintaan Permintaan Penawaran Penawaran


Adam See Nathan Firma A Firma B
4 28 24 32 17 13
6 18 17 25 25 15
8 17 13 18 28 20
10 12 10 14 35 25
Berdasarkan jadual di atas , berapakah harga keseimbangan pasaran barang S?

A. RM 4
B. RM 6
C. RM 8
D. RM 10

23. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran barangan pada pelbagai


tingkat harga

Pada tingkat harga RM1, pasaran barangan P akan mengalami

A. Lebihan penawaran sebanyak 5 unit


B. Lebihan permintaan sebanyak 5 unit
C. Lebihan permintaan sebanyak 10 unit
D. Keseimbangan pasaran

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 9 3757/1

24. Apakah sumber ekonomi yang tidak diuruskan di pasaran faktor?

A. Tanah
B. Buruh
C. Modal
D. Usahawan

25. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buruh.

Kadar Upah (RM)


D S

40

30

20

10
S D
0 K1 Kuantiti

Apakah implikasi ke atas pasaran buruh, apabila kadar upah ialah RM20 ?

I Lebihan permintaan buruh


II Kadar upah akan naik
III Permintaan buruh bertambah
IV Harga barang akan naik

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

26. Rajah di bawah menunjukkan aliran pusingan pendapatan

Pasaran
Faktor 1
2

Isi rumah
Firma

4
Pasaran
barang 3

Aliran yang manakah menunjukkan pembayaran faedah dan sewa?


A. 1 C. 3
B. 2 D. 4

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 10 3757/1

27. Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah-langkah di bawah dalam mengawal
kestabilan ekonomi negara.

 meningkat kadar rizab tunai


 menaikkan kadar faedah
 mengetatkan syarat sewa beli

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan akibat dari tindakan yang diambil
oleh Bank Negara Malaysia?

A. Penawaran wang meningkat


B. Harga umum naik
C. Kuasa beli masyarakat menurun
D. Jumlah permintaan meningkat

28. Antara pernyataan berikut, yang manakah dapat menentukan harga pasaran sesuatu
barang ?
I Jenama
II Kualiti barang
III Permintaan terhadap barang
IV Kuantiti barang yang sanggup ditawarkan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Syarikat Elektrik Jaya

Jualan Penghabisan Stok


TV LCD 32’ Sony
Harga tunai : RM 1050
Atau
Deposit : RM 150
Bayaran bulanan : RM 100

.
29. Berdasarkan maklumat di atas, wang berfungsi sebagai

I alat diterima umum


II alat ukuran nilai
III alat bayaran tertunda
IV alat penyimpan nilai

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 11 3757/1

30. Antara perkhidmatan berikut, yang manakah ditawarkan oleh RHB Bank Berhad ?

I menawarkan perkhidmatan pertukaran asing


II menguruskan pinjaman bersindiket
III memberi pinjaman kepada pelanggan melalui overdraf
IV bertindak sebagai ejen pembayar kepada pelanggan

A. I,II dan III


B. I.II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

Harga jualan = Harga belian + Margin keuntungan

31. Apakah prinsip Islam yang terlibat dalam perkhidmatan di atas?


A. Murabahah
B. Bai At Takjiri
C. Mudharabah
D. Musyarakah

Keadaan ekonomi dunia sekarang


semakin tenat.

Ya, saya setuju. Banyak kilang telah


ditutup dan ramai yang menganggur

32. Antara polisi berikut, yang manakah sesuai diambil oleh Bank Pusat sesebuah
negara untuk mengatasi masalah tersebut ?

A. Syarat sewa beli diketatkan


B. Kadar faedah pinjaman ditingkatkan
C. Menjual surat jaminan kerajaan

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 12 3757/1

D. Nisbah rizab berkanun dikurangkan

Memberi perkhidmatan perbankan kepada syarikat korporat


dengan menguruskan pinjaman bersendiket

33. Antara institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan di atas ialah

A. Affin Bank Berhad


B. Public Merchant Bank Berhad
C. Bank Muamalat Malaysia Berhad
D. Maybank Finance Berhad

34. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran setiap sektor kepada keluaran
negara tahun 2009.

Sektor RM ( Juta)
Pertanian,perhutanan dan 17,687
perikanan
Perlombongan dan kuari 14,520
Pembuatan 69,867
Pembinaan 6,996
Perkhidmatan 11,2869
Keluaran Negara 221,939

Peratus sumbangan sektor kedua kepada Keluaran Negara adalah

A. 14.5
B. 34.6
C. 41.2
D. 49.1

35. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk pergantungan ekonomi
kepada sektor pertanian?

I. Kepupusan simpanan hutan dan galian


II. Harga getah dan timah yang tidak stabil
III. Pembangunan wilayah yang tidak seimbang
IV. Mewujudkan banyak peluang pekerjaan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 13 3757/1

Hasil dan Perbelanjaan RM ( Juta)

Cukai langsung 4520


Cukai tidak langsung 1630
Hasil Bukan Cukai 1980
Perbelanjaan mengurus 3210
Perbelanjaan pembangunan 3780

36. Berdasarkan maklumat di atas ,apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

I. Negara ini mengalami belanjawan kurangan


II. Negara ini mengalami belanjawan lebihan
III. Hutang negara ini akan berkurangan
IV. Hasil kerajaan adalah mencukupi untuk perbelanjaan

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

Butiran 2006 2007 2008 2009


Kadar Inflasi (%) 4.3 3.6 6.9 4.2
Kadar
3.6 3.2 2.4 2.6
Pengangguran (%)

37. Berdasarkan jadual di atas, pada tahun berapakah kerajaan perlu mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan kadar cukai ?

A. Tahun 2006
B. Tahun 2007
C. Tahun 2008
D. Tahun 2009

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT
SULIT 14 3757/1

Soalan 38 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

38. I Perubahan kuantiti penawaran bagi sesuatu barang akibat perubahan harga
barang itu sendiri dikenali sebagai perubahan penawaran.
II Jika harga kereta dijangka turun, maka penawaran kereta akan bertambah.

39. I Permintaan pasaran ialah kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna
dalam sesuatu pasaran pada satu tempoh masa tertentu.
II Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

40. I Kelebihan pinjaman luar negeri ialah kadar faedahnya lebih rendah
berbanding dalam negeri.
II Kerajaan membuat pinjaman untuk membiayai kelewatan kutipan hasil cukai.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
3757/1 © 2010 Hak Cipta PKPSM Pahang SULIT

You might also like