You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN SERANTAU

antara

PENANG FREE SCHOOL,

SMP NEGERI 6 SURABAYA dan

PHICHAI RATTANAKHAN SCHOOL

13 - 17 Jun 2010

Ranong / Phuket Thailand


LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN SERANTAU
antara
PENANG FREE SCHOOL,
SMP NEGERI 6 SURABAYA
dan
PHICHAI RATTANAKHAN SCHOOL RANONG

***********************************************************************

1.0 PENGENALAN

Salah satu daripada sembilan cabaran dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) adalah untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara kita. Sasaran
utama PIPP dalam bidang ini adalah untuk mewujudkan pendidikan berkualiti seterusnya
mencapai tahap sistem pendidikan bertaraf dunia. Program penanda aras adalah salah satu
kaedah yang boleh membantu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Penanda aras merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk mengenalpasti,
mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik sesebuah organisasi.

Atas kesedaran itu, Penang Free School telah selangkah ke hadapan dalam
merealisasikan matlamat dan sasaran PIPP dengan mengadakan hubungan dua hala dengan
institusi pendidikan di dua negara ASEAN. Program Pengantarabangsaan bersama Phichai
Rattanakhan School, Ranong, Thailand telah dilaksanakan sejak tahun 2007. Program ini
telah berjaya menyatukan dua buah sekolah dalam usaha untuk berkongsi idea, kaedah
pedagogi dan budaya.

Pada tahun 2009, Penang Free School telah melebarkan jaluran globalisasinya dengan
mewujudkan hubungan yang sama dengan SMP Negeri 9, Surabaya, Indonesia. Program ini
telah dilaksanakan dengan jayanya di mana perjanjian persefahaman telah dimerterai.

Menyedari pentingnya hubungan yang berkekalan antara kedua-dua institusi


pendidikan ini, sekali lagi pihak Penang Free School telah mencetuskan idea untuk
merealisasikan hubungan tiga hala iaitu antara Penang Free School, SMP Negeri 6 dan
Phichai Rattanakhan School dengan Penang Free School sebagai orang tengah
menghubungkan kedua-dua sekolah ini. Lawatan penanda aras yang akan dilaksanakan pada
13 - 17 Jun 2010 ini diharapkan menjadi titik permulaan dalam usaha mewujudkan hubungan
serantau sekaligus mencapai misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
2.0 MISI

Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan tiga hala dan
memberikan inspirasi dan idea kepada ketiga-tiga sekolah yang terlibat untuk
mengimplikasikan kaedah-kaedah pengurusan dan pentadbiran, kaedah pengajaran dan
pembelajaran dan suasana pembelajaran yang kondusif yang bersesuaian dengan iklim dan
budaya sekolah masing-masing melalui perkongsian idea dan pengalaman.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif lawatan penanda aras ini adalah antara lain untuk :

i. menghubungkan kedua-dua sekolah SMP Negeri 6, Surabaya dan Phichai Ratanakhan


School Ranong dengan Penang Free School sebagai pengantara.

ii. memperkukuh hubungan antarabangsa bagi Penang Free School.

iii. memperkenalkan warisan budaya negara masing-masing seterusnya mempelajari


budaya negara lain.

iv. memberi informasi dan pengetahuan kepada sekolah-sekolah berkenaan dalam aspek
pengurusan, pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian pengalaman dan idea.

v. memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah masing-masing untuk menimba


pengetahuan dan pengalaman serta memahami dan menghormati budaya negara jiran
serantau melalui lawatan susulan dan pertukaran pelajar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Serantau pada 13 - 17 Jun 2010 ini akan
disertai oleh :

i. Tuan Hj Ibrahim bin Mohamad (PJK)


Tuan Pengarah Pelajaran Negeri , Pulau Pinang

ii. Tn Hj Ramli bin Din


Pengetua Penang Free School

iii. Pengetua-pengetua Sekolah-sekolah Pulau Pinang

iv. Wakil pegawai dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

v. Wakil delegasi dari SMP Negeri 6, Surabaya, Indonesia

vi. Guru-guru Penang Free School


5.0 JANGKAMASA

Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Serantau ini akan dijalankan selama 5 hari
mulai 13 Jun 2010 hingga 17 Jun 2010.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn Hj Ibrahim bin Mohamad PJK


Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Pengerusi : Tn Hj Ramli bin Din


Pengetua Penang Free School

Penyelaras / Setiausaha : Cik Teh Bee Kim

Bendahari : Cik Teh Bee Kim

Ahli Jawatankuasa : Pn Molisa bt Mokhtar


Cik Thoh Hui Chin
En Ong Beng Soon
En Goh Teng Keang

7.0 KEWANGAN / ANGGARAN KOS

Anggaran kos bagi lawatan ini adalah seperti berikut :

Tambang Perjalanan : RM150.00 seorang

Makanan dan Penginapan : Bayaran makanan dan penginapan ditanggung


sendiri oleh peserta berdasarkan bilangan
peserta sebilik.
8.0 TENTATIF LAWATAN

Tarikh / Hari Masa Aktiviti


Peserta lawatan berkumpul di Penang Free
7.00 pagi
13 Jun 2010 School. Bertolak ke Ranong.
Ahad
8.00 malam Dijangka tiba di Ranong.

8.00 pagi Melawat Phichai Rattanakhan School.

10.00 pagi Melawat tempat-tempat menarik di Ranong.


14 Jun 2010
Isnin
3.00 petang Bertolak ke Phuket.

9.00 malam Dijangka tiba di Phuket

9.00 pagi Melawat sebuah sekolah di Phuket.


15 Jun 2010
12.00 tengahari Bertolak ke Krabi
Selasa
5.00 petang Dijangka sampai di Krabi

8.00 pagi Melawat tempat-tempat menarik di Krabi


16 Jun 2010
Rabu
8.00 malam Bermalam di Krabi

17 Jun 2010
9.00 pagi Bertolak balik ke Pulau Pinang
Khamis
9.0 PENUTUP

Lawatan ini diharapkan menjadi satu titik permulaan kepada hubungan tiga hala di
antara Penang Free School Pulau Pinang, Phichai Rattanakhan School Ranong dan SMP
Negeri 6 Surabaya. Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan dilaksanakan bersama
nanti, diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama serantau dalam bidang
pendidikan. Pihak Penang Free School sangat mengharapkan lawatan ini mencapai
matlamatnya supaya lawatan susulan yang melibatkan pelajar-pelajar daripada ketiga-tiga
buah negara dapat dilaksanakan.

You might also like