Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Sirih berlipat sirih pinangSirih dari pulau mutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicaraAssalamualaikum w.b.t dan Ahlan Wa SahlanHadirin sekalian, Selamat datang ke MRSM Taiping.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6 ini dapat berjalan sepertiyang dirancangkan. Program ini sememangnya menjadi program tahunan dalamagenda MARA untuk menjana kecemerlangan pelajar dari aspek akademik dansahsiah. Dengan tema pada tahun ini Bersama Menjana Generasi Pintar Soleh,diharapkan agar program ini dapat dijadikan sebagai satu platform kepada para peserta untuk mengetengahkan bakat dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang.Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja yang telah menjayakanProgram Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6 ini. Sesungguhnya dengankomitmen daripada semua pihak maka program ini telah berlangsung dengan jayanya.Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Abdul Hadi binIsa untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala takzim dipersilakan.Amin ya Rabal Alamin. Semoga majlis kita mendapat keredaan dari-Nya. Majlismengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi atas bacaan doa sebentar tadi.Hadirin sekalian,Sebagai tuan rumah untuk program nadwah pada kali ini sudah pastinya kami cukup berbangga atas kedatangan semua kontinjen dari 38 buah MRSM yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang 4 hari kita berkampungdi MRSM Taiping ini.Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Dengan ini, majlis menjemput saudara Muhammad Hazim bin Nazmi untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran surah Al-Luqman ayat 12-19.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Muhammad Hazim bin Nazmi atas bacaan sebentar tadi.Untuk makluman hadirin, rumusan bagi ayat tersebut ialah ALLAH SWTmengingatkan kita tentang nasihat Luqman Al-Hakim untuk anaknya. Antara nasihatLuqman Al-Hakim adalah seperti berikut:
Jangan lakukan perbuatan syirik 
Tunaikanlah solat
Bersabar atas setiap bencana
Berbuat baik kepada ibu bapa
Janganlah bersifat sombong
Lakukanlah kebaikan dan mencegah kemungkaranDalam usaha membentuk generasi pintar soleh, penerapan nilai-nilai murni haruslahditanam dalam sanubari pelajar.Sifat-sifat mahmudah yang termaktub dalam ayat tersebut haruslah dijadikan pegangan dan diimplimentasikan dalam kehidupan seharian pelajar.Kesedaran dan ruh Islamiah dalam jiwa pelajar akan membentuk jati diri yang utuhdari segala aspek dan pelajar akan terhindar dari segala anasir yang menghancurkanumat Islam.Hadirin sekalianAgenda diteruskan dengan persembahan montaj yang memaparkan aktiviti-aktivitiyan sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.Terima kasih diucapkan atas persembahan montaj sebentar tadi.
 
Hadirin sekalian,Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan alu-aluan daripada pengetuaMRSM Taiping. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput YangBerusaha Tn Hj Mohd Saroni bin Kasmani untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.Hadirin sekalian,Agenda diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Kapt (B) Dato' Hj Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz, Penasihat Agama kepada Yang Amat BerhormatMenteri Besar Perak, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan MajlisPenutupan Program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia Kali Ke 6 ini. Denganhormatnya dipersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapten BersaraDato Hj Mohd Najmuddin atas ucapan perasmian itu tadi.Hadirin sekalian,Seterusnya kita akan disajikan dengan persembahan khutbah spontan daripada johankhutbah spontan nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke 6. untuk itu, denganhormatnya majlis menjemput saudara ____________________________________.dipersilakan.Hadirin sekalian,demikianlah tadi persembahan khutbah spontan yang sungguh bersemangat olehsaudara____________________________. Syabas dan tahniah diucapkan.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more