You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KEDUA

UNIT SUKAN / KOKURIKULUM

2010

Tarikh : 16 April 2010

Masa : 12.30t/hari

Tempat : Bilik Guru

Hadir : 1. Guru Besar SJKT Rawang

2. Penolong Kanan Kokurikulum

3. Penolong Kanan kurikulum

4. Penolong Kanan Hem

5. Penolong Kanan Petang

6. Setiausaha Sukan

7. Semua Guru

Tidak Hadir :
1.0 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Penolong kanan kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir. Beliau meminta guru besar untuk berucap.

2.0 Ucapan Guru Besar

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk
mesyuarat. Beliau meminta kerjasama dan komitmen para guru bagi menjayakan
sukan tahunan SJKT Rawang kali ke-40. Beliau juga meminta latihan rumah
sukan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.

3.0 SETIAUSAHA SUKAN


3.1 Setiausaha sukan telah menjelaskan jadual perjalanan latihan rumah
sukan sukan tahuan SJKT Rawang 2010.
3.2 Beliau meminta semua guru memberi komitmen yang secukupnya untuk
menjayakan aktiviti tahunan ini.
3.3 Beliau juga menjelaskan tujuan mengapa bilangan acara yang boleh
disertai oleh seseorang murid itu dihadkan.
3.4 Beliau juga meminta kerjasama semua ketua rumah, supaya memastikan
segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
(Tindakan : Makluman semua)

4.0 LAIN-LAIN
4.1 En.L.Murugan mengingatkan agar keputusan acara merentas desa ini
perlu dikira sebagai satu acara dalam sukan tahunan.
4.2 Mesyuarat menerima cadangan itu.
4.3 En.T.Thana Seelan meminta agar semua guru rumah menjalankan latihan
rumah sukan dengan sebaik yang mungkin. Ini kerana padang dan trek
telah disiapkan sepenuhnya.
4.4 Pn.K.Thilagam ingin mendapat tahu bahawa, rumah sukan diberi
peruntukan untuk perhiasan rumah.
4.5 Mesyuarat memutuskan setiap rumah sukan diperuntukan RM 50 untuk
perhiasan rumah.

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Penolong kanan kokurikulum mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada
semua AJK dan anggaplah tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal
jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh,

...........................................

( EN.P.SIVA SANGKER)
Setiausaha Sukan
SJKT Rawang

Tarikh : 23 April 2010

You might also like