Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
316Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
CONTOH-CONTOH KARANGAN

CONTOH-CONTOH KARANGAN

Ratings:

3.8

(5)
|Views: 139,985|Likes:
Published by JingYi 静仪

More info:

Published by: JingYi 静仪 on Jul 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/31/2014

pdf

text

original

 
KEMALANGAN JALAN RAYA
Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massasama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan
menggusarkanfikiran
 masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,terutamanya pada musim perayaan.
Senario
 yang menggemparkan ini tidak boleh dibiarberterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan
bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukanminda masyarakat ini?
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,Mesti dibanteras ke akar umbi,Kudrat semua pihak mesti digembleng,Azam janganlah berbelah bagi.
 Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadapsesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "
setinggi-tinggiterbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah
". Tamsilnya, saya mencadangkan agarpesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selamaenam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani
memperlekeh amaran
 kerajaan lagi.Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk mengujipemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa
dimana ada kemahuan, di situ ada jalan
. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada parapemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa
membiayai ongkos
untukmengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan denganobjektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalanraya. 
Inisiatif 
ini mampu membantu
meminimumkan kemalangan
di jalan raya yang terusberlaku.Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankantugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya.Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalanraya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanahamat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dansaksama. Sikap
berdiri di atas pagar
mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.
Implikasinya
,polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang sepertimengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepadapihak berkuasa. Dengan bekerjasama
bagai aur dengan tebing
antara polis dan masyarakat,kemalangan dapat dikurangkan.Kata orang tua-tua, ´
malang tidak berbau
µ. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahamimaksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di
 
tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan parapengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahantelah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa
memusatkan perhatian
semasamemandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakantelefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bakkata pepatah, ´
pandu cermat jiwa selamat
µ. Pengguna-pengguna jalan raya mestilah
mengimplementasikan kewajipan masing-masing
. Dengan ini, barulah keselamatan setiappengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilahdilaksanakan dengan segera. Ingat, ´
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal initelah
 
menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.
 
Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi
 
banjir kilat.
 
Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjir kilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai ataudi kawasan persisiran pantai tetapi kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Sepertiyang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat ialahkawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru di bandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilat mengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikitkepada penduduk yang terlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilatini tidak berterusan.Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkanuntuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilangtumbuh bagai ³cendawan tumbuh selepas hujan´. Walau bagaimanapun, pihak pemaju seakan-akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihak berkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap apabila sesuatukawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yangmemenuhi piawaian yang ditetapkan. Dengan adanya sistem perparitan yang baik, air dapatmengalir dengan lancar ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhisyarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya,mencegah lebih baik daripada mengatasi.Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahaja mencemarkansungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama.Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Merekasepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan ke sungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan,tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklahdiambil.Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapandi dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
 
seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahaja gejala ini dikesan, tindakanmendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlah sudah terhantuk baru mengadah. Dalammasa yang sama, sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Disamping itu, akta yang menghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengantempat kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal di kaki bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjir kilat.
 
Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telahdikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalah denganmembina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjir akan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Pendudukpenduduk di kawasan rendah juga akandipindahkan manakala jalan raya yang kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. KerajaanSelangor melalui Menteri Besarnya Dato¶ Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kosmelaksanakan cadangan itu menelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan,setinggi mana pun kosnya cadangan tersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat.Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjir kilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda sertamemusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang di tempat-tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggera tersebut akanmengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan. Dengan adanyasistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkannyawa serta barang berharga.Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menangani banjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun, komitmendan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usahausaha seperti yangdinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat. Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan, keresahan penduduk yang menjelma akibat berlakunya banjir kilatakan dapat dihapuskan. Tegasnya, masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasratmewujudkan negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan.XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
 
 
emaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masadepan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat,anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.
 
Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaanagar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukanagar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandungtanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan. 

Activity (316)

You've already reviewed this. Edit your review.
Dhamira Al Fayadh added this note|
good
1 hundred thousand reads
Wendy Yoong liked this
Chia Xu Jie added this note|
Good
Cheng Guan Jie liked this
Hafizul Hazmiey liked this
Norsyhirah Osman liked this
zainon liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->