Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
47Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Carl Rogers

Carl Rogers

Ratings: (0)|Views: 2,085 |Likes:
Published by yeo_1987

More info:

Published by: yeo_1987 on Jul 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

 
132
OUM
UNIT 3BAB 6
TEORI KAUNSELINGKAUNSELING PEMUSATAN INSAN
BAB 6KAUNSELING PEMUSATAN INSAN
PENGENALAN
Bab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh
CarlRogers
.Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu ataukumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlakusekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra danempati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunselingpemusatan insan.
Rogers
percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan inginmemenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (
to self-actualise
). Dengan itu, setiap manusiaakan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Andaakan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen,penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1.mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya;2.mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusataninsan;3.mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan4.memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusataninsan.
6.1PENGENALAN UMUM
Sejarah Hidup
Carl Rogers
, pelopor kepada Teori Pemusatan Insan, dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, diOak Park, Illinois, dan meninggal dunia pada 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuatberdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi,
Rogers
mula belajar di
University of Wisconsin
dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannyakepada bidang keagamaan di
Union Theological Seminary 
di New York. Walaubagaimanapun, Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapadoktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.
http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/20080707120736Bab6.pdf 
 
OUM
133
UNIT 3BAB 6
TEORI KAUNSELINGKAUNSELING PEMUSATAN INSAN
Rajah 6.1:
Carl Rogers (1902-1987)
Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan seterusnya beliaumelanjutkan pelajaran ke
Teachers’ College, Columbia University 
dan mendapat Ph.D padatahun 1928. Semasa di
Columbia
lagi, Rogers sudah cuba mengharmonikan idea-idea yangbertentangan seperti fahaman wawasan Freudian dengan kaedah statistik saintifik, danseterusnya fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati
(intuition)
denganobjektif dan klinikal dengan statistik
.
Rogers
mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di
Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children
, di Rochester, New York, Profesor Psikologi Klinikal di
Ohio State University 
(1940-1943), Profesor Psikologi dan PengarahKaunseling di
University of Chicago
(1945-1957), Profesor Psikologi dan Psikiatri di
Univer-sity of Wisconsin
(1957-1963), Pengarah di
Western Behavioral Sciences Institute
(1963-1968), dan Pengarah di
Centre for the Studies of the Person
(1968 - 1987).
6.1.1Teori Personaliti (Pandangan Terhadap Manusia)
 Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaankendiri
(self-actualisation),
kemantapan dan bersosialisasi.
Rogers
tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yangmenganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan
Freud 
yangmengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiridan orang lain. Menurut
Rogers
, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapipada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusiayang sebenar. Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusiaapabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusiaadalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif.Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut
Rogers
, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golonganmakhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhlukini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuhdengan sewenang-wenangnya.
 
134
OUM
UNIT 3BAB 6
TEORI KAUNSELINGKAUNSELING PEMUSATAN INSAN
Rajah 6.2:
Sekumpulan singa berehat di bawah pokok yang redup di tengah padang rumput 
Seekor singa membesar daripada anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan iabertukar daripada menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yangsentiasa bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini ialah
pandangan
Rogers
terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan
Maslow 
dan
Goldstein
yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untukmencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia,kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat,
self-actualising 
dan
self-real- ising 
.
6.2KONSEP UTAMA
Mari kita meneliti konsep-konsep utama yang dipelopori oleh
Carl Rogers
.
6.2.1Fenomenologi
Satu konsep yang dipertahankan oleh
Rogers
ialah pandangan fenomenologinya. Menurut
Rogers
:
Seseorang individu menpersepsikan dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri,dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindak balaskepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya, dan persekitaran ini mungkin tidak menyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh ahli pengkaji lain.
Rajah 6.3:
Bagaimana seseorang itu melihat dunia ini dari kacamatanya

Activity (47)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wincy Sim liked this
Hhuda Abdullah liked this
Kkb Wan liked this
Samantha Qiong liked this
mizzzaza liked this
aini mycorrhizea liked this
Nur Syamimi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->