Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
347Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kebaikan Dan Keburukan Pemansuhan UPSR Dan PMR

Kebaikan Dan Keburukan Pemansuhan UPSR Dan PMR

Ratings:

3.0

(2)
|Views: 13,266 |Likes:
Published by Junly Jiang
Bahasa Malaysia 2(A): Contoh karangan.
Bahasa Malaysia 2(A): Contoh karangan.

More info:

Published by: Junly Jiang on Jul 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2014

pdf

text

original

 
Soalan: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan UjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)telah menarik perhatian pelbagai pihak. Sesetengah pihak menyatakanbahawa pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat membawa kebaikankepada masyarakat mahupun negara.Pada pendapat anda, sejuahmanakah pemansuhan UPSR dan PMRmembawa kebaikan kepada kita.
Jawapan cadangan:Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas iaitusistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan Ujian PencapaianSekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagaikelayakan memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa.Walaupun keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-duapeperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi, Timbalan Menteri Pelajaran, DrMohd Puad Zarkashi telah menyatakan pemansuhan kedua-dua peperiksaanini sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masadepan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolahberasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ketika ini masihbanyak persoalan mengenai kebaikan dan keburukan pemansuhan UPSR danPMR. Secara amnya, pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberikebaikan kepada kita, tetapi juga meninggalkan kesan buruk dalam kalanganpelajar.Pemansuhan UPSR dan PMR memberi kebaikan kepada negara denganmenjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana MenteriMalaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuanuntuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-duapeperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubal danpemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaanmenjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalamperbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negarayang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wangdari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wangdari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing
 
yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Maka,keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhanpeperiksaan UPSR dan PMR .Hal berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan bebanpelajar dan guru sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Halini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatanpembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaanUPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaituSijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelastahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, bebanpelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapatdihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapatdikurangkan. Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabilapara guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahajatamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR danPMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkanpenyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-duapeperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkandan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Denganini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatankokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupunpermainan. Pertandingan lari berganti-ganti, petanqe, bola sepak dansebagainya turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakanpilihan kegemaran para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukandi sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahanyang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaanUPSR dan PMR yang meliputi subjek-subjek penting. Oleh itu, jelasnya bahawapemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepadapelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepadakita, malah turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR danPMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yangcemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanyamenduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas
 
tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnyasebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilanganpelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan polayang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR,pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR danSPM di sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama bolehdibaikpulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkanpelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk mendudukipeperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggapperingkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalamanpelajar dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatanbilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.Selain itu, pemansuhan UPSR dan PMR turut menjejaskan penilaianterhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal inidemikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalanyang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampumenyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untukmenilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajarsebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapatmenilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbezaapabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas3M iaitu membaca, menulis dan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga pentinguntuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum merekamelangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pula juga penting kerana iadapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajar sebelum merekamemasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMRperlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaingdi sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaingpenting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, keranabudaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yangmempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaanyang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberidorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalamSPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan

Activity (347)

You've already reviewed this. Edit your review.
Muhammad Raziq added this note
pbs memenatkan!!!
Rosnyeros Ross liked this
Farahin Rahim liked this
Aina Nabila added this note
pbs mendtangkan keurukkan
Armand Anaqi liked this
Bapak Din liked this
Faqeyah Zakaria liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->