2
Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan (SK)diadakan sebanyak dua waktu seminggu iaitu selama 60 minit. Pelaksanaan P&P BahasaArab ini adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasratuntuk melahirkan insan yang seimbang, berkembang secara menyeluruh dan bersepadu darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani
1
.Dalam KBSR, guru mata pelajaran hendaklah merujuk kepada Sukatan Pelajaran (SP)dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi melaksanakan P&P.Sukatan Pelajaran (SP) adalah dokumen asas yang mengandungi pernyataan objektif dan kandungan bagi setiap mata pelajaran. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pulamencadangkan butir-butir terperinci tentang mata pelajaran berkenaan untuk membantu gurumerancang Pengajaran dan Pelajaran (P&P).Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi
2
SekolahKebangsaan ini merupakan intipati pelajaran yang perlu dilaksanakan di sekolah kebangsaanuntuk mentafsir, merancang dan melaksanakan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi inidengan berkesan.Bagi menjalankan P&P Bahasa Arab ini dengan lebih berkesan, maka Buku TeksBahasa Arab KBSR Tahun 1 hingga 6 telah diterbitkan untuk kegunaan murid berdasarkanSP dan HSP yang telah digubal.Bagi murid Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga 3, Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Arab juga diterbitkan bersama Buku Teks Bahasa Arab agar proses P&P dapat dilaksanakandengan lebih berkesan.
1
Lihat: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 6 (2004), m/s 7, Kementerian Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islamdan Moral
2
Bermula tahun 2006, istilah Bahasa Arab Komunikasi (BAK) telah ditukar kepada Bahasa Arab (BA)