You are on page 1of 6

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

“Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu
masih jauh ketinggalan.
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang. Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah
Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul kelodaknya.
“Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo.
Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang!
“Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”
“Janganlah memisahkan saya dengan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam pembalakan. Sindiket yang gila akan duit
menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar
hijau di Lembangan Amazon juga terancam.
(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,
oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata Bara yang digenggam perlu menjadi arang dalam petikan cerpen
di atas? [2 markah ]
( ii ) Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ancaman yang dihadapi oleh Hutan malar hijau. [3
markah]
( iii ) Huraikan dua persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas.
[4 markah]

JAWAPAN:

(i) Maksudnya :
- dalam melakukan sesuatu pekerjaan / perkara hendaklah dilakukan sampai
habis/berjaya [2 markah]
(ii) Langkah-langkah menangani masalah ini:
- pegawai-pegawai Jabatan Hutan sentiasa meronda di kawasan tersebut 1m
- menempatkan pejabat Jabatan Hutan yang berdekatan dengan kawasan hutan simpanan 1m
- orang ramai melaporkan kegiatan pembalakan haram kepada Jabatan Hutan 1m
- menguatkuasakan undang-undang / mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pembalak haram 1m
- melancarkan kempen pemeliharaan hutan /pendidikan cintai keindahan alam sekitar kepada masyarakat 1m
(iii) Dua persoalan dalam petikan :
- cinta akan alam sekitar - Daneng amat serasi dengan alam sekitarnya sehingga tidak
sanggup berpisah dengannya 1m
- peluang menambah ilmu jangan dipersia-siakan - Daneng tidak harus mensia-siakan
peluang melanjutkan pelajaran. 1m
Dua persoalan dalam cerpen :
- kegigihan guru - Cikgu Jo cuba sedaya upaya memujuk Daneng melanjutkan pelajaran 1m
- kemiskinan dan keperitan hidup orang asli - orang asli hidup dalam keadaan serba kekurangan 1m
- keharmonian hidup di kawasan pedalaman - masyarakat orang asli hidup dengan aman di hutan 1m

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, marilah kita bertikam!” Maka Hang Jebat pun bangkit lalu ditikamnya
akan Laksamana; Laksamana pun tiada sempat berdiri lalu berguling-guling di atas talam itu. Maka ditikam oleh
Hang Jebat dipertubi-tubinya. Maka Laksamana pun menghunuskan kerisnya sambil berguling, seperti jentera ia
menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka oleh Hang Jebat dipertubi-tubinya tikam berturut-turut, tiada juga kena.
Maka Hang Jebat pun amarah, maka ditikamnya dengan sungguh-sungguh hatinya, maka tersalah daripada
Laksamana kena talam itu, lekat kerisnya. Maka disentakkannya keris itu tiada tercabut. Maka Laksamana pun
berbangkit bangun berdiri seraya melela di hadapan Hang Jebat itu bertitar-titar, seraya berkata, “Cis, Si Jebat! Mati
engkau olehku.” Maka Hang Jebat pun amarah seperti api bernyala-nyala. Maka ditendangnya talam itu serta
disentakkannya keris; keris itu pun tercabutlah. Maka oleh Hang Jebat ditikamnya akan Laksamana, Laksamana pun
melompat ke kiri dan ke kanan menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka kata Hang Jebat, serta ditikamnya akan
Laksamana katanya, “Cis, Laksamana! Jangan engkau undur. Berdirilah engkau.” Maka kata Laksamana, “Hai Si
Jebat, bukan aku lari membuang belakang! Mana kehendakmu tikamlah.” Maka Hang Jebat pun sebagai menikam,
tiada juga kena, seperti tikam bayang-bayang lakunya. Maka Hang Jebat pun lelah.
(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat,
dalam antologi, Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan seperti tikam bayang-bayang lakunya berdasarkan petikan di atas? [2
markah]
(ii) Nyatakan kehebatan yang dimiliki oleh Laksamana. [3 markah]
(iii) Andaikan anda Laksamana Hang Tuah, bagaimana anda dapat mengelakkan pertarungan dengan Hang
Jebat ? [3 markah]

JAWAPAN:

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan seperti tikam bayang-bayang lakunya berdasarkan petikan di atas?
- Perbuatan/tindakan yang sia-sia 2m
- Penat sahaja/membazir tenaga sahaja 2m
(Maksimum 2 markah)
(ii) Nyatakan kehebatan yang dimiliki oleh Laksamana.
- dapat mengelak tikaman / serangan Hang Jebat dengan mudah
- pantas seperti mesin atau jentera
- sanggup menghadapi tentangan Hang Jebat / tidak akan melarikan diri walaupun tidak bersenjata
- petah berdebat/bertikam lidah

( Maksimum 3 markah)
(iii) Andaikan anda Laksamana Hang Tuah, bagaimana anda dapat mengelakkan pertarungan dengan Hang
Jebat?

- Berunding/berbincang dengan ikhlas


- Fikir akan baik buruk/akibat pertarungan
- Dalam mana-mana pertarungan, kedua-dua pihak akan rugi
- Mengajak Hang Jebat melakukan kerja-kerja kebajikan / lebih berfaedah

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
(a) Berdasarkan novel yang anda baca, berikan sinopsis novel tersebut. [7 markah]
(b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu daripada teknik plot
yang lazim digunakan ialah teknik ‘Imbas Kembali’. Berdasarkan novel yang anda baca, kemukakan
peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik ‘imbas kembali’ itu.
[8 markah]

JAWAPAN:
a) Sinopsis
Perlumbaan Kedua mengisahkan perlumbaan antara sang arnab dengan tuk kura. Perlumbaan ini berpunca
daripada sikap sang kancil merendah-rendahkan kebolehan sang arnab kerana nenek moyangnya pernah tewas
kepada nenek moyang kura-kura. Sang arnab berasa tercabar lalu bersetuju berlumba dengan tuk kura. Tuk kura
menerima cabaran itu demi mempertahankan maruah nenek moyangnya dan bersetuju berlumba dengan sang arnab.
Setelah berunding, akhirnya sang arnab putih dan tuk kura mewakili suku sakat/kumpulan masing-masing dalam
perlumbaan tersebut.
Kedua-dua pihak berusaha gigih membuat persediaan bagi menghadapi perlumbaan tersebut. Pelbagai cabaran/
halangan telah dilalui dan akhirnya, dengan menggunakan kebijaksanaanya, tuk kura berjaya memenangi perlumbaan
tersebut. Sang arnab putih dan pengikut-pengikutnya yang sombong itu akhirnya menyesal atas kesilapan yang
dilakukan. Tuk kura telah berjaya membuktikan kebijaksanaannya. Tuk kura dikagumi oleh suku sakatnya dan suku
sakatnya memohon maaf atas kesilapan mereka. Tuk kura berjaya mempertahankan maruah nenek moyang.

b)
• Imbasan Kembali peristiwa kekalahan sang arnab berlumba dengan kura-kura
Peristiwa dikemukakan melalui penceritaan semula oleh sang kancil. Sang kancil mengemukakan peristiwa
ketika dia menyindir arnab putih yang memperagakan kehebatannya sedangkan hutang kekalahan datuk
neneknya masih belum berbayar. Sang kancil menyatakan bahawa kekalahan arnab dalam perlumbaan
dengan kura-kura masih belum tertebus. Akibat tindakan sang kancil yang mengimbas semula kisah
kekalahan arnab inilah yang menyebabkan arnab mengemukakan cadangan untuk mengadakan pelumbaaan
kedua dengan kura-kura.
• Imbasan kembali perisitiwa berkaitan dengan tingkah laku cucu-cucu tuk kura.
Peristiwa ini diceritakan semula oleh sang tedung kepada bapa sang arnab. Tedung menceritakan tindakan
cucu-cucu tuk kura yang menghairankanya. Satu kumpulan mencari batang-batang pokok yang tumbang dan
satu kumpulan lagi mencari sungai. Kumpulan pertama apabila terjumpa batang-batang pokok yang tumbang
terus sahaja merunduk di bawah batang tumbang dan bagi yang berjaya akan cuba merunduk di bawah
batang tumbang yang lain. Kumpulan yang pergi ke sungai pula, apabila terjumpa sungai mereka membaling
ranting ke sungai. Di samping itu, mereka juga meneliti jeram, batu hampar dan lumut-lumut yang tumbuh di
celah batu. Tindakan cucu-cucu tuk kura ini menimbulkan tanda tanya kepada sang tedung dan bapa sang
arnab tentang maksud dan tujuannya. Kewujudan tanda tanya ini menyebabkan khidmat sang tedung untuk
mengintip gerak-geri tuk kura dan kaumnya terus diperlukan oleh bapa sang arnab.
• Imbasan kembali tentang kisah yang meyebabkan tuk kura menghilangkan diri.
Perisitwa ini diceritakan oleh sang tedung kepada sang gajah dan binatang-binatang lain. Sang tedung
menyatakan bahawa kehilangan tuk kura ada kaitan dengan tindakan beratus-ratus suku kura-kura tasik,
kuala dan rimba terhadap tuk kura. Mereka datang ke paya tempat kediaman tuk kura. Mereka memaksa tuk
kura keluar menemui mereka. Mereka mengepung tuk kura dan kemudiannya mereka menyepak,
menendang, dan memijak tuk kura. Suku kura-kura tasik, kuala dan rimba mengambil tindakan demikian
kerana mereka tidak puas hati cara tuk kura melatih anak-anak mereka. Mereka menuduh tuk kura mendera
anak-anak mereka dan mereka juga menuduh tuk kura gila.

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Setelah didengar oleh bayan titah raja itu, maka sahutnya, “Hai, raja besar yang berakal, sempurna bicaranya, duli
yang maha mulia, belilah juga patik ini, supaya penyakit duli syah alam ini patik ubati! Insya-Allah Taala nescaya
hilanglah penyakit tuanku itu.”
Setelah oleh raja demikian itu maka dibelilah oleh raja dengan harga empat ribu dinar. Setelah sudah maka penyakit
sopak raja itu pun diubati oleh bayan itu. Maka penyakit itu pun sembuhlah dengan kurnia Allah Subhanawataala,
pulanglah seperti dahulu kala dengan sempurnanya. Maka raja pun terlalu amat sukacita melihat penyakitnya sembuh
itu.
Hatta, beberapa lamanya maka bayan itu pun berdatang sembah, “Ya tuanku, jikalau ada ampun kurnia duli syah
alam akan patik, mohonlah dilepaskan patik, kerana patik hendak melihat anak bini patik, kerana lamanya sudah
bercerai.”
Maka titah raja, “Baiklah, hai bayan budiman!” Lalu dilepaskan baginda akan bayan itu. Maka ia pun terbanglah
kembali kepada anak bininya.
Demikianlah hikayat anak bayan yang tiada menurut kata ibu bapanya, dapat juga kesusahan.
(Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya,
dalam antologi, Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah burung bayan meminta raja itu membelinya? [4 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu?
[4 markah]

JAWAPAN:

(i) Mengapakah burung bayan meminta raja itu membelinya? [4 markah]


- dia ingin mengubati penyakit sopak yang dialami oleh raja itu
- dengan cara itu dia dapat membebaskan diri daripada budak itu
- ingin berjasa kepada raja dengan harapan dia akan dibebaskan
- rindu akan keluarganya dan ingin membebaskan diri

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu?

- ingin membalas jasanya / berjasa kepada raja


- kasihan dengan penderitaan yang dihadapinya / rindu akan keluarganya
- burung bayan berbudi perkerti mulia
- tidak suka mendera/menyeksa binatang
- mempunyai sifat perikemanusiaan

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

(a) Satu aspek penting dalam penulisan sebuah novel ialah latar. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan
latar masyarakat dalam novel tersebut. [8 markah]
(b) Nyatakan empat nilai murni yang terkandung dalam novel-novel tersebut. [7 markah

JAWAPAN:

a) 1. Masyarakat haiwan/binatang yang hidup / tinggal bersama dalam hutan. 2m


Contohnya, tuk kura / arnab / gajah/ tedung / kancil / tinggal
bersama-sama dalam hutan.
2. Masyarakat yang mementingkan maruah diri/keluarga/bangsa. 2m
Contohnya, tuk kura sanggup menyahut cabaran arnab /
berusaha mempertahan maruah keluarga.
3. Masyarakat yang gigih berusaha demi mencapai kejayaan. 2m
Contohnya, tuk kura berusaha dengan gigih / menjalani latihan
untuk mencapai kejayaan dalam perlumbaan.
4. Masyarakat yang bijaksana. 2m
Contohnya, tuk kura bijak menyusun strategi perlumbaan menyebabkan dia memenangi
perlumbaan.
5. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekasih sayang. 2m
Contohnya, tuk kura menyanyangi cucu-cucu / kaumnya.
6. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjama. 2m
Contohnya, Seluruh warga rimba bekerjasama menjalankan/mengadakan perlumbaan
antara tuk kura dengan arnab.
7. Masyarakat yang mengamalkan rasuah.
Contohnya, tedung menerima rasuah / telur ayam daripada keluarga arnab

b) i. Nilai kebijaksanaan mengatasi masalah/menyelesaikan masalah.


Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan
sang arnab dalam perlumbaan.
ii. Kegigigihan/ketekunan berusaha demi mencapai kejayaan.
Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi
perlumbaan dengan sang arnab.
iii. Ketabahan/kecekalan menghadapi cabaran
Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura.
iv. Keberanian menghadapi cabaran/menjaga maruah.
Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi
mempertahankan maruah kaumnya.
v. Kejujuran menjalankan tugas
Gajah jujur menjalankan tugas sebagai hakim ketika perlumbaan antara tuk kura dengan sang
arnab.
v. Sikap bekerjasama menjalankan sesuatu usaha/kerja yang berat/sukar.
Seluruh haiwan di hutan bekerjasama menjayakan perlumbaan
antara tuk kura dengan sang arnab.
vi. Sikap memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon
maaf kepada tuk kura atas kesilapan mereka.

(a) Watak utama dalam sebuah cereka sering digambarkan sebagai watak yang berkeperibadian mulia. Berdasarkan
novel yang anda pelajari, nyatakan sifat-sifat yang menunjukkan keperibadian mulia watak utama novel
tersebut. [7 markah]
(b) Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan empat pengajaran yang boleh anda jadikan panduan dalam
hidup.
JAWAPAN:

a)
i.Watak utama bijaksana/cerdik/pintar/pandai. 2m
Contoh: Tuk kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya dapat mengalahkan/menewaskan sang
arnab/arnab putih.
ii. Watak utama gigih/tekun/rajin berusaha. 2m
Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan/meniti batang.
iii. Watak utama tabah/cekal/sabar. 2m
Contoh: Tuk kura tabah/cekal/sabar menghadapi cacian/ejekan/cercaan/siksaan daripada kaumnya.
iv. Watak utama berani menghadapi cabaran. 2m
Contoh: Tok kura berani menghadapi cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah kaumnya.
v. Watak utama berhati-hati / berwaspada dalam tindakan. 2m
Contoh: Tuk kura sentiasa berhati-hati/berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak mempercayai kata-kata sang
kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya.
vi Watak utama tegas / tetap pendirian 2m
Contoh: Tuk kura tegas / tetap pendirian terhadap sebarang keputusan yang dibuatnya. Dia tetap meneruskan
latihan meniti batang balak/batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya.
vii. Watak utama pemaaf/bertolak ansur. 2m
Contoh: Tuk kura memaafkan kesalahan anak buahnya yang enggan bekerjasama ketika membuat latihan.
Akhirnya dia mendapat sanjungan daripada anak buahnya.
viii. Watak utama bersikap positif dalam menghadapi musuhnya 2m
Contoh: Tuk kura sentiasa bersikap positif dalam menghadapi musuhnya dan merancang tindakan dengan teliti.

b)
i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan/kepadaian mengatasi masalah/menyelesaikan masalah
Contoh: : Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan.
ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.
Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang arnab.
iii. Kita perlulah bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan sesuatu rancangan atau program.
Contoh: Seluruh penghuni hutan bekerjasama menjayakan pertandingan/perlumbaan antara tuk kura dengan
sang arnab
iv. Kita mestilah berani menghadapi cabaran/menjaga maruah
Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah kaumnya.
v. Kita hendaklah jujur/amanah menjalankan tugas dan tidak menyelewang/menyalahgunakan kuasa kerana
ia mendatangkankeburukan.
Contoh: Sang gajah menjalankan tugas sebagai hakim telah berlakuadil.
vi. Kita hendaklah bekerja sama menjalankan sesuatu usaha/kerja yang berat/sukar.
Contoh: Semua haiwan di hutan bekerjasama menjayakan perlumbaan antara tuk kura dengan sang arnab.

You might also like