Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
elemen-surat khabar

elemen-surat khabar

Ratings: (0)|Views: 273 |Likes:
Published by shadyrulez7

More info:

Published by: shadyrulez7 on Jun 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
-Mingguan MalaysiaBersaing di gelanggang gasingWalaupun permainan gasing telah dinobat sebagai permainan tradisi bertaraf kebangsaan danantarabangsa untuk dimain oleh semua lapisan masyarakat, namun kaitannya dengan dunia permainan kanak-kanak masih terasa.Bezanya, gasing konvensional lebih besar, bermutu dan berdaya saing serta tahan berbandinggasing kanak-kanak yang sekadar boleh dipusing dan dipangkah mengikut kudrat usia mereka.Wilayah Persekutuan Labuan merupakan pusat permainan gasing konvensional dan tradisi paling popular dan berdaya saing masa kini.Di Labuan, permainan gasing bukan lagi permainan untuk kanak-kanak, tetapi merupakanagenda utama golongan dewasa sama ada lelaki mahupun wanita dan merupakan salah satu asettarikan pelancong.Lebih menarik, Labuan merupakan satu-satunya negeri yang memiliki pasukan gasing wanita dinegara ini.Bergiat aktif di bawah naungan Persatuan Gasing Wilayah Persekutuan Labuan (Pergawila),Persatuan Gasing Wanita Labuan yang keahliannya terdiri daripada suri rumah menjadikangasing sebagai aktiviti utama di masa kelapangan.Mempunyai enam pasukan tetap dengan tujuh peserta setiap pasukan, pemain-pemain gasingwanita Labuan sering menghabiskan waktu petang untuk berkumpul dan membaling gasing digelanggang yang terdapat di hampir setiap buah kampung.Namun, dua gelanggang iaitu gelanggang gasing Kampung Layang-layangan dan KampungKilan sering menjadi pilihan untuk latihan atau pertandingan.Jika di Kampung Layang-layangan mereka beraksi di gelanggang terbuka di bawah rimbunan pokok beringin tetapi di Kampung Kilan, mereka bersaing di gelanggang berbumbung bertaraf kebangsaan."Setiap petang kami akan berkumpul di gelanggang yang ditetapkan dan berlawan sesamasendiri,'' beritahu ketua pasukan gasing wanita Labuan, Ida Jacob.Menurut Ida, selepas habis waktu kerja serta selesai menguruskan kerja-kerja rumah merekaakan terus ke gelanggang gasing."Lewat senja, baru masing-masing bergegas pulang bagi menguruskan anak-anak dan keluarga pula,'' jelasnya.Kerana kegigihan dan minat yang mendalam terhadap permainan turun-temurun di kalangan penduduk Labuan itu membolehkan pasukan gasing wanita menjadi pelopor dalam demonstrasigasing sekitar Borneo, kebangsaan dan ASEAN."Kami telah beberapa kali diundang mempromosikan gasing wanita kebangsaan termasuk diMelaka dan Brunei,'' beritahu Ida yang beberapa kali menjuarai pertandingan gasing WilayahPersekutuan Labuan dan kebangsaan sebelum ini.Tumpuan pasukan wanita yang berumur 25 tahun ke atas itu adalah dalam permainan gasingtradisi Labuan.Seperti permainan sukan lain, bermain gasing walaupun nampak remeh tetapi memerlukankekuatan tenaga dan tangan terutama ketika memutar tali di kepala gasing.
 
"Jika tidak ada kekuatan, tali akan longgar dan hayat pusingan jadi pendek atau gasing langsungtidak berpusing dan tercampak secara meliar."Kalau tidak biasa, seluruh badan terutama bahagian bahu dan tangan akan sakit. Tapi kami bermain tiap-tiap hari, sudah lali dan kulit tangan pun dah jadi cematu (keras),'' kata Ida bersemangat.Gasing tradisi Labuan adalah satu-satunya gasing yang boleh dimainkan dalam dua cara iaituatas tanah dan di atas permukaan cermin, beritahu pengerusi Pergawila, Abdul Ghani Wahab pula.Berbeza dengan permainan gasing Borneo dan gasing pangkah, gasing tradisi Labuan menurutAbdul Ghani memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi."Jika gasing pangkah dan borneo, mereka sekadar tahu teknik memusing, tetapi gasing tradisimenuntut kecekapan membawa gasing yang sedang berpusing ke tempat 'uri' bagi memastikanhayat pusingannya lebih lama,'' jelasnya.Ini kerana tambah Abdul Ghani, gasing tradisi mempunyai paksi yang terlalu kecil yangmenyebabkan hayat putaran di atas permukaan tanah biasa cepat berakhir."Tetapi jika seseorang pemain itu mahir memusing dan cekap dengan teknik pemindahan daritapak pemutaran ke tempat uri yang dibina, ia dapat memanjangkan hayat putaran sesebuahgasing,'' katanya.Kecekapan juga menurut beliau, penting ketika memindahkan gasing yang sedang berputar diatas gelanggang tanah ke atas permukaan cermin."Jika tidak kena gaya cedokan (suit) dan garau (meletak atas cermin), gasing akan jatuh danmenyebabkan putarannya terganggu seterusnya memendekkan hayat berpusing,'' ujarnya.Malah ketika mengarau gasing atas cermin juga tegas beliau, seseorang pemain memerlukanskil dan teknik yang tinggi."Pemain mesti pandai mengikut rentak gerak paksi di kepingan cermin yang dipegang supayadapat mengawal tempo dan memanjangkan hayat putarannya.''Ini penting, kerana gasing tradisi mempunyai paksi yang terlalu kecil dan pendek, manakala permainan gasing Borneo dan pangkah hanya untuk dimainkan di atas tanah dan mudah kerana paksi kedua-duanya lebih besar serta panjang."Tetapi penentuan pemenang tetap sama iaitu berdasarkan tempoh panjang atau pendeknyahayat putaran sesebuah gasing,'' jelasnya yang turut bertanggungjawab dalam penggubalanundang-undang permainan gasing kebangsaan.Setakat ini, paling lama untuk hayat putaran gasing tradisi Labuan atas tanah ialah 10 minit,manakala pusingan atas cermin boleh menjangkau sehingga setengah jam.Tetapi hayat paling lama untuk gasing Borneo dan pangkah berpusing ialah antara 12 hingga 18minit sahaja.Perbezaan asas untuk gasing tradisi Labuan ialah rupanya yang leper dan rendah (4-5 inci) sertatanpa logam berbanding gasing pangkah dan Borneo yang lebih tinggi dan lonjong sertamempunyai logam (taming) terutama pada paksi dan kepala gasing.Ketiga-tiga gasing berkenaan bagaimanapun dimainkan dalam tiga bentuk gelanggang berbeza.Gelanggang gasing tradisi mempunyai dua garisan bulatan dengan satu garisan lurus yangmembahagikan kedua bulatan tersebut.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->