Professional Documents
Culture Documents
LOKASI
( S : NYATAKAN LOKASI TERBENTUKNYA LOKASI TAMADUN INDUS )
Tamadun Indus terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai Indus berpunca dari Pergunungan Himalaya yang mengalir ke Laut
Arab. Tamadun ini dikenali dengan Tamadun Harappa ( sempena nama bandar ) dalam tamadun ini. Tamadun ini dikelilingi oleh Banjaran Makram ,
Pergunungan Baluchistan , Punjab dan Rajestan ( Timur ) dan Kathiawar dan Gujerat ( Tenggara ).
( RUJUK M/S 23 )
KERANGKA MASA
( S : NYATAKAN KERANGKA MASA KEMUNCULAN TAMADUN INDUS )
Tamadun Indus muncul sekitar 2500 SM dan mula merosot pada tahun 1800 SM.tamadun ini mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan
serta bencana alam ( banjir , kemarau , gempa bumi ).
( RUJUK M/S 23 )
PROSES PEMBENTUKAN
( S : BAGAIMANAKAH TAMADUN INDUS TERBENTUK ? )
Tamadun Indus terbentuk di bahagian barat apabila terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad dan menyara hidup dengan cara
memburu dan mengumpul makanan.Penduduk ini telah membentuk penempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Penempatan wujud kerana sungai
Indus menyediakan sumber air dan menyuburkan tanah. Selain itu, kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan
hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Penempatan kekal telah membentuk dua bandar terkenal di Lembah Indus iaitu
Mohenjo – Daro dan Harappa
( RUJUK M/S 24 )
2.ORGANISASI SOSIAL
( S : NYATAKAN ORGANISASI MASYARAKAT LEMBAH INDUS )
Organisasi masyarakat lembah indus terbahagi dua iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama berkaitan keagamaan. Ahli sejarawan berpendapat
bahawa pemerintahan dipegang oleh pendeta. Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan
menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. Buruh menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan bandar , membina tembok
dan membina terusan.
( RUJUK M/S 25 )
3.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
( S : JELASKAN PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS )
PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS ialah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , pertanian , pertukangan dan
pembuatan. Aktiviti perdagangan melibatkan perdagangan dengan pihak luar termasuk dengan Mesopotamia. Hubungan ini dapat dibuktikan melalui
penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia. Hasil perdagangan lain ialah emas , gading gajah , manik dan hasil pertanian. Petani
menjalankan aktiviti bercucuk tanam tanaman seperti barli , kacang dan lain – lain. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan
barangan tembikar.
( RUJUK M/S 26 )
4.KEPERCAYAAN
( S : TERANGKAN AMALAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDUS )
Amalan agama dan kepercayaan masyarakat indus dilihat mempunyai satu amalan agama. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan dan ukiran yang
mempunyai unsur keagamaan. Penemuan patung Proto – Siva menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk
(melambangkan Dewa Brahma , Vishnu dan Siva ). Kewujudan patung ini sangat penting terutama berkaitan dengan agama Hindu. Masyarakat Indus
mempercayai Tuhan Ibu ( melambangkan kesuburan ).
( RUJUK M/S 26 )
5. SISTEM PENULISAN
( S : APAKAH SISTEM TULISAN YANG DIHASILKAN OLEH MASYARAKAT INDUS )
Sistem tulisan yang dihasilkan oleh masyarakat indus berbentuk piktograf. Tulisan ini masih menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
( RUJUK M/S 26 )
SUMBANGAN
( S : APAKAH FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT INDUS YANG DIKAGUMI DALAM PERANCANGAN BANDAR )
@
( S : APAKAH SUMBANGAN TAMADUN INDUS KEPADA DUNIA )
Sumbangan tamadun indus kepada dunia ialah keupayaan tamadun ini mengeksploitasikan kelebihan yang dimiliki untuk memudahkan kehidupan
(mengeksploitsi sungai Indus untuk kehidupan mereka ). Tamadun ini berkeupayaan untuk mengwujudkan bandar terancang seperti Mahenjo - Daro
dan Harappa. Masyarakat dalam tamadun ini mempunyai pemahaman mengenai ilmu geometri , kesenian dan matematik. Kecemerlanang dan
perancangan bandar dikait rapat dengan kemajuan bidang geometri dan pembinaan. Saelain itu, pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan
Mesir membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segiempat diikuti jalan yang lurus. Masyarakat Indus berusaha meningkatkan
mutu pembinaan. Batu bata dihasilkan melalui pembakaran pada suhu yang tinggi dan tidak bergantung pada panas matahari. Sifat keterbukaan ialah
membuat hubungan dengan tamadun lain.Tamadun Indus membuktikan sesebuah masyarakat tidak akan cemerlang tanpa membuat hubungan serta
bertukar pendapat dengan pihak lain.Hubugan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir telah memberi manafaat seperti pertukaran teknologi.Segala
pengaruhi dari luar disesuaikan dengan keadadaan suasana tempatan. Tamadun Indus menunjukkan bahawa keamanan merupakan elemen penting
dalam proses pembinaan tamadun. Tamadun Indus mengajar bahawa kedamaian dan keamanan tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk
capai kemajuan dan kecemerlangan. Tamadun ini telah membina Great Bath untuk tujuan keagamaan dan pembersihan.
( RUJUK M/S 27 )
TAMADUN HWANG HO
( S : SENARAIKAN TIGA DINASTI AWAL DALAM TAMADUN HWANG HO )
i. Dinasti Hsia ( 2205 – 1766 SM )
ii. Dinasti Shang ( 1766 – 1050 SM )
iii. Dinasti Chou ( 1050 – 256 SM )
LOKASI
( S : NYATAKAN LOKASI PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO )
LOKASI PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO telah muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Sg Hwang Ho ( Sg Kuning ). Sungai
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China ( 5464 KM - di bahagian utara China ). Sungai ini mengalir dari kawasan Tanah Tinggi di barat
Teluk Bo Hai di sebelah Timur. Lokasi ini terletak jauh dari pusat-pusat tamadun dunia lain. Bentuk fizikal tamadun ini yang bergunung – ganang dan
berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.
( RUJUK M/S 28 )
KERANGKA MASA
( S : NYATAKAN KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO TERBENTUK )
KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO TERBENTUK daripada jumpaan tengkorak homo sapien ( Peking Men - hidup sekitar 400 000 SM.) .
Dinasti beraja pertama diasaskan oleh Dinasti Hsia ( 2205 – 1766 SM ) tetapi tiada bukti kewujudan dinasti ini. Dinasti Shang telah wujud ( 1766 – 1050
SM ) terbukti dengan perjumpaan arkeologi. Penghujung pemerintahan Dinasti Shang telah muncul kebangkitan hamba menentang kezaliman
pemerintahan Raja Shang. Suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei menggantikan pemerintahan Shang ( 1050 SM – 2568 SM ).
( RUJUK M/S 29 )
PROSES PEMBENTUKAN
( S : HURAIKAN PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO )
PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO berlaku di kawasan Hwang Ho merupakan kawasan yang subur. Keadaan ini telah menarik
penduduk nomad untuk menetap dan membina penempatan. Tapak Banpo ( berdekatan bandar Sian ) merupakan penempatan awal penduduk Hwang
Ho. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian . penternakan , mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan penempatan awal telah melahirkan
bandar seperti Anyang. Dinasti Shang telah membawa kerajaan , perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan Hwang Ho. Semasa Dinasti
Chou, tamadun ini telah tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yang Tze.
( RUJUK M/S 29 )
2.ORGANISASI SOSIAL
( S : HURAIKAN ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT DINASTI SHANG DALAM TAMADUN HWANG HO )
ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT DINASTI SHANG DALAM TAMADUN HWANG HO terdiri daripada golongan raja dan pembesar menduduki
lapisan paling atas dan diterajui oleh Raja. Golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa dan menggunakan keistimewaan ini untuk
menundukkan golongan bawahan.Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk dan mendiami sekeliling negara kota. Artisan
berkemahiran dan menguasai teknologi gangsa untuk menghasilkan senjata , perisai dan hiasan. Golongan yang paling bawah dalam sistem sosial
masyarakat.
( RUJUK M/S 31 )
3.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
( S : NYATAKAN CIRI-CIRI PENGKHUSUSAN PEKERJAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO )
CIRI-CIRI PENGKHUSUSAN PEKERJAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO ialah Golongan pembesar memiliki tentera sendiri yang terdiri
tentera berkuda dan tentera berjalan kaki. Petani sebagai tunggak ekonomi dan pentadbiran serta berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
Artisan mereka cipta barangan tembaga ( bekas minuman , makanan , senjata dan tembikar ). Hamba berfungsi sebagai tentera paksaan , melakukan
kerja buruh dan untuk tujuan korban dalam acara keagamaan.
( RUJUK M/S 30 )
4.SISTEM PEMERINTAHAN
( S : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI SHANG )
SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI SHANG ialah dinasti ini mengamalkan sistem beraja. Pengganti raja terdiri daripada kalangan saudara lelaki yang
lebih muda atau anak lelaki raja. Raja – raja Shang yang dilantik berwibawa dalam bidang ekonomi , politik , sosial dan agama. Raja berkuasa secara
langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan. Raja – raja Shang tidak memerlukan
pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan agama. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan untuk mentadbir
wilayahnya. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal pungutan cukai , pertahanan dan undang – undang.
( RUJUK M/S 31 )
DINASTI CHOU
( S : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI CHOU )
SISTEM PEMERINTAHAN semasa DINASTI CHOU ialah pemerintahan Dinasti Shang telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila menerajui
pemerintahan. Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah– wilayah dan melantik pembesar tempatan untuk mentadbir. Pembesar
tempatan telah diikat melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan turut diberikan hadiah (kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang).
Pembesar diminta untuk melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada semasa perang. Pembesar diberikan hak untuk bertindak sebagai
ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
( RUJUK M/S 31 )
5. SISTEM PENULISAN
( S : NYATAKAN FUNGSI TULisan IDEOGRAM )
Amalan tilik tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan. Rekahan – rekahan tulang menimbulkan idea masyarakat untuk mencipta
tulisan. Rekahan berbentuk ideagram ( bentuk simbol ). Tulisan awal ini mempunyai gambar seperti kanak –kanak , bulan , matahari dan sungai.
Tulisan ini mula berubah kepada bentuk kompleks seperti terdapat pada hari ini. Tulisan ini digunakan dalam bidang tulisan harian seperti buku dan
media cetak dan diajar disekolah-sekolah China.
( RUJUK M/S 31 - 32 )
( RUJUK M/S 31 )
SUMBANGAN
1. POLITIK
( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG POLITIK,EKONOMI, SOSIAL DAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN )
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG POLITIK ialah memperkenalkan sistem pemerintahan monarki diteruskan sehingga zaman
Dinasti Ching. Tamadun ini turut melakukan perubahan gelaran ( gelaran raja – maharaja ). Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan
dengan Maharaja. Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti – dinasti lain di China hingga abad ke 20
( RUJUK M/S 32 )
2. EKONOMI
( S : NYATAKAN SUMBANGAN DINASTI SHANG DALAM BIDANG PERTANIAN )
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG EKONOMI ialah membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian selain untuk
mengelakkan berlaku banjir. Tamadun ini memperkenalkan sistem kawalan banjir dan sebuah terusan dibina di Szecwan untuk mengairi kawasan
pertanian. Pembangunan dalam pertanian membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul dan sabit untuk kemajuan pertanian.
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman. Selain itu , turut melakukan penggantian alat pertanian daripada kayu – logam.
( RUJUK M/S 32 )
3. TULISAN
( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG SOSIAL )
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG SOSIAL ialah memperkenalkan tulisan ideagram. Penulisan berkembang secara evolusi dan
masih digunakan sehingga hari ini. Penggunaan tulisan meluas dan digunakan dalam bidang pencetakan dan penulisan. Tulisan juga diajar di sekolah-
sekolah China. Tulisan ini telah berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
( RUJUK M/S 32 )
4. KEPERCAYAAN
( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG AGAMA DAN KEPERCAYAAN ialah memperkenalkan kepercayaan
pemujaan roh nenek moyang yang masih kekal hingga kini. Unsur pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsur korban manusia
digantikan dengan unsur makanan , duit kertas dan barangan perhiasan. Turut memperkenalkan Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua
daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China. Orang China percaya alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
yang saling melengkapi iaitu Yin ( kuasa pasif ) dan Yang ( kuasa aktif ). Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk
kepada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar. Sistem
kalendar diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim
menanam dan menuai padi. Penggunaan kalendar diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu ( The Art of War ) membicarakan selok belok perang dan bagaimana menangani musuh.Falsafah ini diaplikasikan
sebagai taktik dalam urusan perniagaan.
( RUJUK M/S 32 - 33 )
Bab3
PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAAJAAN AWAL
( S : APAKAH BUKTI PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA )
BUKTI PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA dapat dikesan apabila terdapat peninggalan data arkeologi seperti candi di
Lembah Bujang ( ciri Hindu Buddha ), candi di Srivijaya ( Buddha ) ,dan candi di Angkor ( ciri Hindu dan Buddha ).Data catatan I-Tsing ( 671M ) yang
menyatakan di Srivijaya terdapat 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum melanjutkan pelajaran ke Nalanda. Atisa
(guru agama Buddha ) dari Tibet pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun. Melalui percampuran unsur tempatan dengan unsur daripada India.
Contohnya, candi Borodudur, candi Prmbanan, Angkor Wat, candi Lembah Bujang dan candi Padang Lawas.
( RUJUK M/S 84 )
PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA dapat
dikesan apabila Raja berada dipuncak pemerintahan, diikuti kerabat diraja, pembesar termasuk ahli agama ( Brahmin ), rakyat dan hamba. Raja
berkuasa mutlak dalam aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran , hubungan luar dan khazanah negara. Perintah raja menjadi undang-undang
yang wajib dilaksanakan. Sesiapa yang melanggar perintah bermakna derhaka dan tidak akan diampun. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang
diperintah. Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil.
( RUJUK M/S 85 )
CARA-CARA RAJA MENGUKUHKAN KUASA
( S : BAGAIMANAKAH RAJA DI ASIA TENGGARA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA ? )
RAJA DI ASIA TENGGARA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA apabila ketakutan rakyat timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja
merupakan bayangan tuhan. Lahirnya konsep dewa-raja ( raja tuhan ) turut dipercayai memiliki kesaktian. Lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal-
usul raja untuk memperkukuhkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.Diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja dan dipimpin
oleh golongan Brahmin tanpa mengira raja menganut agama Hindu @ Buddha. Raja telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam
semesta ( orde kosmos ) untuk menunjukkan kekuasaan.
( RUJUK M/S 85 - 86 )
CIRI –CIRI GAYA SENI BINA ARCA DAN PATUNG DI ASIA TENGGARA
( S : HURAIKAN CIRI – CIRI SENI BINA ARCA DAN PATUNG YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA )
CIRI – CIRI SENI BINA ARCA DAN PATUNG YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia
Tanggara. Arca Buddha ( Lembah Bujang ) menunjukkan ciri campuran antara gaya Sanath ( India ) dengan Langgam ( seni tempatan ).Patung agama
hindu dan Buddha di Funan, Champa, Dravanti, Srivijaya, Angkor dan padang Lanas mengabungkan elemen India dan tempatan. Gaya patung India
bergantung pada masa patung tersebut dibuat. Sekiranya patung dicipta 3 – 5 M ( pengaruh Amavavanti ).Sekiranya dicipta abad 5-7M ( pengaruh
zaman Dinasti Gupta).
( RUJUK M/S 89 - 90 )
CIRI-CIRI SENI BINA CANDI LEMBAH BUJANG YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah candi ini ditemui oleh James Low
(superintendent S. Perai ) tahun 1840. Keluasan meliputi kawasan tanah tinggi ( Gunung Jerai , Bukit Choras dan Bukit Batu Pahat ).Nama Lembah
Bujang berasal daripada Bhujangga ( ular @ cobra) dan perkataan ini berasal daripada perkataan Phujangga ( cerdik pandai). Diari oleh dua sungai
utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai Muda.Terdapat lebih 70 tapak aekologi.Melalui kajian aekologi hanya sembilan tapak yang dapat dibina semula
struktur lantainya ( estet Sungai Batu , Bukit Batu Pahat, Pendiat dan Pengkalan Bujang).Candi agama hindu terbahagi dua bahagian iaitu Vimana
bahagian suci tempat acara agama ) dan mendapa ( bahagian luar candi ).Candi berunsur Buddha memiliki pandangan jenis Crunieform.
( RUJUK M/S 91 - 92 )
KEPENTINGAN BAHASA SANSKRIT PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian bidang
intelek masyarakat.Sumber maklumat ( batu bersurat ) tentang agama, pemerintahan dan undang-undang. Maklumat tentang keturunan raja ( Batu
Bersurat Kutei ).Maklumat tentang agama Buddha ( batu Bersurat sungai Mas – Kedah Tua ).Inskripsi Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno
berkaitan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka.Tulisan ini dipahat di Batu dan pemahatan itu
memerlukan kemahiran yang tinggi. Bahasa Sanskrit pada batu Bersurat menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat.
Digunakan dalam b. Melayu hingga kini dan diberi penyesuaian ( dosa , dukka, pahala ).Menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal.Digunakan
dalam kesusateraan India ( Epik Ramayana dan Mahabbrata )
( RUJUK M/S 92 - 93 )
Bab4
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL ialah Nabi Muhamamd S.A.W berasal daripada keturunan
pemimpin Makkah yang terkenal ( Qusai b. Kilab ).Keturunan Nabi SAW merujuk kepada Hashim ( moyang baginda ).Berketurunan bangsa Quraisy
yang sangan dihormati oleh kabilah lain.Nama penuh baginda ialah Muhammad bi Abdullah ( terpuji ).Bapa baginda ialah Abdullah b. Abdul
Mutalib.Nama ibu baginda ialah Aminah bt. Wahab.Dilahirkan pada 20 April 570M ( Isnin – 12 Rabiulawal – tahun Gajah ).Kematian bapa ketika masih
dalam kandungan ibunya.Selepas dilahirkan, baginda telah diserahkan kepada Halimatun Sa’adiah ( disusui dan dipelihara ).Kematian ibu ketika
berumur 6 tahun, baginda dipelihara oleh datuknya (Abdul Mutalib).Selepas kematian Abdul Mutalib, baginda dipelihara oleh Abu Talib ( bapa
saudara).Menjadi yatim piatu sejak berumur 6 tahun. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudaranya. ( Abu Talib ).Berpengalamaan dalam
bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun ( mengikut rombongan ke Syam). Kerasulan baginda telah diramal oleh Buhaira (pendeta Nasrani) semasa
rombongan singgah di Basrah. Giat berdagang ( berusia 20-an ) dan pernah berdagang berseorangan dan berkongsi dengan temannya.Abu Talib
mencadangkan agar baginda menguruskan perniagaan Khalijah bt Khuwalid. Baginda mengurus perniagaan tersebut bersama-sama Maisarah ( hamba
Khalijah ).Kemulian keperibadian baginda telah menarik hati Khalijah untuk memberi modal yang lebih besar.Kebijaksaanaan baginda menyebabkan
perniagaan tersebut mendapat keuntungan berkali ganda. Kemulian pekerti telah menimbulkan perasaan hormat Khadiijah terhadap baginda dan telah
membawa kepada alam perkahwinan.
( RUJUK M/S 102 - 105 )
KEPERIBADIAN TERPUJI NABI MUHAMMAD S.A.W. ialah baginda memiliki sifat terpuji iaitu siddiq ( berkata benar ) dan diakui sendiri orang Arab
Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Mekah.Digelar Al – Amin kerana perbuatan dan perkataan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah
bohong. Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda menyebabkan Khadijah telah menyerahkan modal yang besar kepada baginda.Baginda
menyampaikan ( tabligh ) ajaran islam walaupun menerima tentangan.Kepimpinan baginda terbukti sebelum dilantik menjadi rasul lagi ( menyelesaikan
masalah Hajar Aswad). Bersifat pengasih dan bertimbang rasa (membantu isteri memasak, menampal pakaian, melayan anak ).Mengamal kehidupan
yang sederhana ( mengajar anak dengan ajaran agama dan menjadikan baginda sebagai contoh ).Mengamalkan sifat merendah diri ( bergaul dengan
semua orang sama ada kaya @ miskin ).Bersifat penyanyang terhadap orang tua dan kanak-kanak.Bersifat pemaaf ( semasa pembukaan Makkah –
orang Quraisy yang menyerah diri diampun dan dibebaskan ).Bersifat bijaksana ( semasa memeterai perjanjian Hudaibiyah )
NABI MUHAMMAD S.A.W. BERTAHANNUTH DI GUA HIRA’ kerana baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat disekeliling yang tidak
bermoral dan taasub dengan amalan jahilliah.Berusaha untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat.Untuk mendapat tempat ibadat yang
sunyi dan tenang.Menyerah diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi kaum Quraisy.Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui
Jibril ( 6 Ogos 610M – 17 Ramadhan ).Dengan turunnya wahyu ( bermula era baru dan berakhirnya zaman Jahilliah
( RUJUK M/S 107 )
Bab5
PIAGAM MADINAH
( SPM2004 : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PIAGAM MADINAH? )
Piagam Madinah ( Sahifah Madinah ) ialah satu perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi SAW.Dirangka berdasarkan Wahyu Allah SWT. Piagam
ini menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Piagam ini mencatatkan peraturan ,
tanggungjawab ketua negara dan rakyat dan dirangka untuk semua orang.
( RUJUK M/S 12 - 125 )
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG ADIL ialah piagam ini menjadi model kerajaan Islam yang unggul
untuk dicontohi corak pemerintahan berasaskan islam.piagam ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima oleh semua pihak.Unsur-unsur Islam
boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara pelbagai kaum dan agama.Kepintaran Nabi Saw menggubal Piagam sangat dikagumi kerana berjaya
mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap berkaitan dunia dan akhirat.Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan rasuah tidak dibenarkan.Sifat
bersedekah dan bertimbangrasa digalakkan.Ekonomi Islam mementingkan ketelusan dan keadilan dalam perniagaan.Dapat membentuk masyarakat
baru berasaskan ummah iaitu masyarakat hidup bersatu padu dan aman.Taraf kehidupan rakyat adalah sama ( konsep keadilan sosial dipraktikkan).
Meperkenalkan Syariah yang adil ( oleh itu masyarakat patuh akan undang-undang tersebut ).Nabi SAW menyusun perlembagaan sebelum
mengasaskan kerajaan dan berbeza dengan pemimpin lain.Pemerintahan yang diasaskan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.Berjaya menyusun
masyarakat yang sistematik.Masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan luar.
( RUJUK M/S 128 - 129 )
PENYEBARAN ISLAM
( S : BAGAIMANAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI MADINAH? )
NABI MUHAMMAD S.A.W. MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI MADINAH dengan cara menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur,, Parsi, Habsyah.
Tidak memaksa mereka memeluk islam.Menunjukkan diplomasi dengan menunjukkan nilai-nilai yang baik.Menyeru mereka memeluk Islam menerusi
warkah.Ingin mengujudkan persefahaman dengan wialayah tersebut.
( RUJUK M/S 129 - 131 )
Bab6
PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
( S : HURAIKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI UMAIYAH )
KERAJAAN BANI UMAIYAH diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Suffian berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan b. Ali.Penyerah kuasa bertujuan untuk
mengelak perpecahan umat Islam.Pada tahap pertama ( Damsyik ) pemimpin menggunakan gelaran Khalifah.Pemerintahan bani Umaiyah di Sepanyol
diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil ( di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu negara ) pada tahun 756M-1031M.Pada tahap kedua ( Sepanyol )
pemimpinnya menggunakan gelaran Amir.
( RUJUK M/S 150 )
POLITIK
( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG PETADBIRAN DAN PERUNDANGAN )
SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG PETADBIRAN DAN PERUNDANGAN (POLITIK ) ialah pengenalan sistem khalifah iaitu
pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah pengganti Nabi SAW.Pengenalan sistem wazarah ( pelantikan nazir untuk mengetuai sistem pentadbiran
negara dibahagian kerajaan pusat ).Pelantikan gabenor sebagai pentadbir wilayah.Pengenalan sistem urusetia ( beberapa pegarwai dilantik bagi
mengumpul rekod, urus surat dll ).Pengenalan sistem hijabah ( seorang pegawai dilantik untuk memeriksa orang yang mahu berjumpa khalifah, kawal
keselamatan dan pemegang amanah ).Menubuhkan empat jabatan penting ( Jabatan Percukaian , Jabatan Surat menyurat , Jabatan Urusan Am dan
Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah ).Penubuhan jabatan Tentera ( Diwanul Jundi ) untuk pertahanan awam.Penubuhan angkatan tentera laut dan
tentera darat.Memperkenalkan ijtihad dengan berpandukan Al Quran, Sunnah dan ijmak oleh hakim.Hakim tidak boleh dipengaruhi oleh manan-mana
pihak, bebas, dan tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah.Seorang hakim mestilah adil dalam penhakiman tanpa mengira pengaruh @
latar belakang orang yang diadili.
( RUJUK M/S 151 )
SOSIAL
( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH PADA TAHAP PERTAMA DALAM BIDANG SOSIAL )
SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH PADA TAHAP PERTAMA DALAM BIDANG SOSIAL ialah berlaku penyebaran ilmu pengetahuan dan Kota
Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Melahirkan ilmuan Islam seperti ( Kahlil ibn Ahmad – pakar dalan fisiologi Arab ),
Sibawayhi ( ahli nahu Arab ), sasterawan ( al-Farazdaq, Javiv, Umar Ibn Abi Rabiah dan Jamil al- Uzri).Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi
negara.Pengenalan tanda bunyi atau baris pada tulisan al Quran ( faedah kepada bukan Arab ).Melahirkan tokoh-tokoh terkenal seperti Al Zubayr , Ibn
Zihat al Zuhri ( hadis ), Ibn Jarih ( tafsir al Quran), Hassan Al Basri dan Wasil ibn Ata ( usuluddin).Pembinaan hospital di Damsyik ( Khalifah al Walid b
Abd Malik ).Pembinaan hospital penyakit kusta ( Khalifah Umar ibn Abd Aziz ).Memterjemahkan buku rujukan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa
Arab.Melahirkan pakar bedah ( Ibn Al Nafis ) yang telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al Tabibiyah ( kajian umum profesion kedoktoran) -
membicarakan teknik pembedahan dan rawatab selepas pembedahan.Perkembangan ilmu ilmu dalam bidang kimia dan astronomi.
( RUJUK M/S 151 - 152 )
2.DIPLOMATIK
PERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui hubungan diplomatik. Kerajaan Bani Umaiyah telah menghantar kumpulan peneroka ke Utara Gibraltor
( Sepanyol ) dan bertemu penempatan bukan Islam di Cordova, Valancia dan Rhonda.Kumpulan peneroka ini membuat hubungan diplomatik dengan
kawasan tersebut.Hal ini mewujudkan pemahaman antara dua pihak dari segi cara hidup, berpolitik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
4.KEBUDAYAAN
PERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui kebudayaan. Hal ini berlaku apabila Islam masuk ke Sepanyol membawa kepada kemunculan
kebudayaan baru dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi Sepanyol.Pertembungan ini menyebabkan lahir golongan Mozarab ( orang tempatan
beragama Kristian tetapi mengamal kebudayaan Islam dan berbahasa Arab ).
5.INTELEKTUAL
PERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui intelektual. Penyebaran Islam di Eropah membolehkan pedagang Islam berniaga dan membawa
keuntungan kepada intelek Islam.Ilmuwan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah dan memperkembangkan keilmuan tersebut menurut
pandangan intelektual Islam.
( RUJUK M/S 164- 165 )
KESAN PERTEMBUNGAN
( S : NYATAKAN KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN )
KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN ialah tamadun Islam telah memberi sumbangan terhadap peradaban
manusia. Mengubah kehidupan penganut dan kawasan takluknya ke arah satu akidah ( kepercayaan pada Allah SWT ).Menyediakan perundangan
sendiri ( berdasarkan Al Quran dan Hadis ) untuk dijadikan panduan dan pedoman.Islam berasaskan akidah dan syariat memudahkan diterima kerana
bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa @ kaum dan kawasan geografi. Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang
diperintah oleh orang Islam.Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi di Mughal
(India).Mewujudkan masyarakat Islam China walaupun kerajaan Islam tidak wujud di China.Wujud sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun
mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi seperti kerajaan Bani Umaiyah, Abbsiyah dan Turki.Wujud persamaan dari segi amalan politik
dalam dunia Islam ( berasaskan akidah dan Syariat ) walaupun sistem pemerintahan berbeza.Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi kerana
perluasan kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan Islam.Kerajaan Islam mewujudkan keselamatan laluan perdagangan di kawasan
naungan.Pedagang Islam telah menguasai perdagangan di Laut Merah, Laut Mediteranean , Teluk Parsi , Lautan Hindi dan laut China Selatan dan
Istanbul telah muncul sebagai pusat perdagangan dan perniagaan.Berlaku proses urbanisasi dan organisasi sosial di kawasan bandar dan kawasan
sekitarnya.Berlaku perkembangan pendidikan ( membangunkan kurikulum yang memberi penekanan bukan sahaja pada pendidikan agama tetapi
merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi ).Orang Islam turut mempengaruhi tatatertib kehidupan seharian ( cara berpakaian, berfikir, bertutur,
berdagang dan berpolitik ) dan ditiru oleh orang bukan islam.Lahirnya golongan Mudajer yang memain peranan penting untuk menyebarkan cara
tatasusila kehidupan harian Islam kepada bukan Islam.Membolehkan cerdikawan Islam dan bukan islam bertukar pendapat kerana berlaku perluasan
kuasa takluk Islam. Membolehkan cerdikiawan Islam memterjemahkan hasil karya penulis Greek ( Aristotle, Plato,Galen dan Hipocrates).Penubuhan
perpuatakaan ( baitulhikmah) membolehkan hasil karya tamadun bukan Islam diterjemahkan dan telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan
intelektual yang tinggi di kalangan orang Islam.
Sumbangan berkaitan kesenian ( memaparkan elemen-elemen yang terdapat kepercayaan tauhid dan akidah ).Sumbangan terhadap kesusateraan
seperti karya Omar Khayyam ( menulis tentang Ruba’iyah), al-Jahiz ( kitab Al- bayan ), Jalaj ad-Din ( puisi ketuhanan ).Pengembaraan ilmuwan Islam
untuk menambah ilmu telah mengemukakan fakta tentang kawasan yang dilawati untuk rujukan sejarawan kini.Ilmuwan Islam berjaya mempengaruhi
kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, politik dan sosial dan berjaya membawa mereka keluar dari zaman gelap kepada Revolusi
Perindustrian.
( RUJUK M/S 165 - 169 )
Bab7
FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM
( S : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA )
FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA disebabkan kedudukannya yang strategik di antara China dan India.
Wujud pelabuhan bandar yang penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Cheribu, Makasar , Brunei dan Pattani. Pelabuhan ini mempertemukan
padagang dari pelbagai pelosok kawasan ialah tiupan angin Monsun.Tanah Besar Asia juga dihubungkan dengan Jalan darat ( Jalan Sutera ) yang
merentang dari wilayah Asia Barat ke Asia Tengah ke China.Asia Tenggara menjadi tarikan utama keranan kekayaan hasil bumi yang merangkumi
pelbagai produk pertanian, logam serta hasil hutan yang diperlukan pedagang.Pedagang Islam telah berdakwah ke Asia Tenggara semasa Islam
berkembang di Makkah tahun 7M.
( RUJUK M/S 174 )
Bab8
1.PERDAGANGAN
( S : KEGIATAN PERDAGANGAN YANG PESAT ADALAH PENGARUH DARIPADA KEDATANGAN ISLAM DI MELAKA. JELASKAN )
Aktiviti perdagangan ( abad ke 12 ) yang melibatkan Laut Hindi dan LautChina Selatan didominasi oleh pedagang Islam dan turut mempengaruhi
perdagangan di Alam Melayu.Penglibatan orang Melayu dalam perdagangan berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan perdagangan
merupakan sumber rezeki dan nabi SAW turut terlibat dalam aktiviti ini .Perdagangan menjadi satu saluran penting yang memesatkan proses
pengislaman di Alam Melayu ( kemunculan Melaka sebgai pusat perdagangan ).Walaupun Melaka tidak mengeluarkan rempah ratus utama namun
kedudukan yang strategik membantu perkembangan Melaka.Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti
perdagangan berjalan lancar.Jawatan laksamana diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
Undang-undang Laut Melaka digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutamanya berkaitan tugas-tugas nakhoda, jurumudi
dan seumpamanya.Kepesatan Melaka terbukti dengan terdapat 84 bahasa dituturkan ( bahasa melayu bertindak sebagai bahasa lingua-franca
pedagang ).Sistem timbang dan sukat ( tahil dan kati ) untuk timbangan emas, perak, permata dan wangian diperkenalkan dan diletakkan dibawah
tanggungjawab syahbandar.Dacing digunakan untuk menimbang rempah ratus, ( lada, buah pala, cengkih dan lawang ).Dalam urusan perdagangan,
kaedah yang digunakan ialah kaedah tukar barang dan kaedah jual beli ( mata wang logam )
( RUJUK M/S 209 – 210 )
CIRI-CIRI MATA WANG YANG MENDAPAT PENGARUH ISLAM DALAM KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL dapat dilihat tentang kepentingan mata
wang digunakan sebagai perantaran nilai barang secara langsungnya memudahkan urusan perdagangan dan jual beli.Mata wang timah zaman Melaka
berbentuk bulat dab beratnya 1 kati 8 tahil dan tercatat nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam pada mata wang.Mata wang dari Pasai, Hormuz
dan Cambeng turut digunakan dan boleh ditukar dengan mata wang tempatan.Mata wang Johor diperbuat daripada timah ( katun ) mempunyai tulisan
jawi @ arab seperti Malik @ sultan al – Adil. Mata wang Kedah berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin dan boleh dipatahkan dan
digunakan berasingan.Terdapat mata wang diperbuat daripada emas dan digunakan meluas di Kedah dan Johor ( zaman pemerintahan S. Alauddin
Riayat Shah ).Mata wang emas di Kelantan ( kijang ) kerana terdapat gambar kijang pada muka wang tersebut.Mata wang emas Johor ( kupang ) dan
mengandungi emas ( 0.65 gram dan 2.6 garam ).Tiap-tiap mata wang emas tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan mata
wang tersebut.Dibahagian belakang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti khalifatul muslimin
SISTEM PERCUKAIAN DAN PERDAGANGAN YANG DIAMALKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ialah cukai ialah bayaran yang
dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti @ barang tertentu.Cukai menjadi sebahagian pendapatan kerajaan dan disalurkan kembali untuk
pembangunan negara.Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan.Cukai
tetap ( cukai import ) telah ditetapkan jumlah oleh pemerintah.Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak
eman peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.Pedagang Jepun dan China dikenakan cukai sebayak lima peratus.Barang makanan dan beras
tidak dikenakan cukai.Barangan yang telah dibayar cukai diperdagangkan di bazar-bazar di sepanjang sungai Melaka.Orang asing yang menetap di
Melaka dikenakan cukai diraja.( orang asing dari Kepulauan Melayu – 3% dan orang asing tempat lain – 6% ).Amalan riba tidak dibenarkan dalam
perniagaan dan dijelaskan dalam HK Melaka dan UL Melaka.Pihak pemerintah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar cukai
harta.Kutipan zakat disimpan di baitul mal ( berfungsi untuk menyelengarakan harta kerajaan ).Harta ini turut digunakan bagi kepentingan dan
kemakmuran negara serta sumber bantuan kepada ahli masyarakat.
Bab9
Bab10
EKONOMI DAGANGAN
(S : APAKAH KESAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU AKIBAT DARIPADA DASAR BRITISH MEMPERKENALKAN PERTANIAN DAGANGAN )
KESAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU AKIBAT DARIPADA DASAR BRITISH MEMPERKENALKAN PERTANIAN DAGANGAN ialah pihak
British berusaha untuk mengaut keuntungan. British memperkenalkan dasar-dasar yang telah meninggalkan kesan positif kepada masyarakat melayu.
British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, getah, tembakau.British berusaha berusaha mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional
seperti gambir dan lada hitam.Tanaman diusahakan secara ladang dengan menggunakan buruh dari India dan China. Memperkenalkan undang-undang
pemilikan tanah ( demi meneruskan penguasaan terhadap ekonomi ).Undang-undang bertujuan untuk melindungi dan mengelak tanah orang Melayu
dicerobohi pelabur asing.
( RUJUK M/S 258 )
UNDANG-UNDANG TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TM, SABAH DAN SARAWAK
( S : SENARAIKAN UNDANG-UNDANG TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK )
i. TSM diluluskan ( 25 Nov 1913 ) bertujuan menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu.
ii. Land Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat bumiputera di Sarawak.
iii. Pada tahun 1933 Land Settlement Order ( Sarawak ) dikuatkuasakan.
iv. Prolomasi III ( Sabah ) Perlindungan Peribumi bertujuan untuk melindungi kepantingan peribumi telah diwartakan.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BRITISH BAGI MENGEKALKAN TANAH PEMILIKAN PERIBUMI ialah memperkenalkan Akta TSM telah
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan ( 25 Nov 1913).Bertujuan untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang
Melayu di TM.Bertujuan untuk mengelak tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.Dalam akta ini, Residen berkuasa untuk
mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu sebagai TSM.Pengisytiharan itu akan menyelamatkan tanah daripada dijual, dipajakgadaikan @
ditukarkan milik kepada orang bukan Melayu.Akta TSM bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.Orang Melayu tidak
dibenarkan menanam tanaman komersial atas TSM.Kebanyakan kawasan TSM tidak subur.Walaupun keluasannya besar, namun tidak sesuai untuk
kegiatan ekonomi perladangan.Jika kawasan tersebut subur, keluasannya adalah kecil.
( RUJUK M/S 260 – 261 )
2
KESAN –KESAN DASAR EKONOMI
( S : SENARAIKAN KESAN – KESAN DASAR EKONOMI YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TM. )
i. Wujudnya perbandaran
ii. Pembentukan masyarakat majmuk
iii. Kewujudan sistem pendidikan Vernakular
iv. Wujudnya sektor perkilangan
v. Kewujudan sistem pengankutan dan perhubungan
vi. Wujud sistem perhidmatan kesihatan
PENDIDIKAN INDIA
( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INDIA DI TANAH MELAYU )
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INDIA DI TANAH MELAYU disediakan oleh British di kawasan bandar.Pihak pengurusan membiayai sekolah
Tamil di kawasan ladang.Sekolah Tamil Vivekananda yang ditubuhkan di Seremban beroreantasikan sistem pendidikan di negara India.Penggunaan
sukatan, buku dan tenaga pelajaran dari India.Penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
( RUJUK M/S 265 )
PENDIDIKAN CINA
( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA DI TANAH MELAYU )
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA DI TANAH MELAYU dibiayai oleh saudagar dari China ( sekolah Chung Hwa – 1914 ) dan Sekolah Cina
Yuk Chai - 1926 di Kuala Pilah.Penggunaan dialek masing-masing sebagai perantaraan.Penggunaan buku, sukatan, guru dari negara China.British
mewartakan enakmen Pendaftaran Sekolah ( 1920 ) untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan
pertumbuhan sekolah Cina telah dikawal oleh British.
( RUJUK M/S 265 )
PENDIDIKAN INGGERIS
( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INGGERIS DI TANAH MELAYU )
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INGGERIS DI TANAH MELAYU berkembang hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela.Dianggap
sekolah elit kerana terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.Kurikulum yang disusun berasaskan sistem pendidikan di
England.Sekolah aliran Inggeris ialah Penang Free School, Malacca High School,( 1826), King Edward VIII School ( 1883 ) Dan Victoria Institution
( 1894 ).Usaha penubahan sebuah universiti dilakukan agak lewat iaitu Universiti Malaya di Singapura.
( RUJUK M/S 265 )
PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN DI TM PADA AWAL ABAD KE-20 berkembang selari dengan perkembangan
pesat sektor perlombongan dan pertanian. Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan timah dari kawasan lombong ke
pelabuhan.Jalan kereta api pertama telah menghubungkan Taiping - Port Weld ( 1885 ).Jalan keretaapi lain turut dibina menghubungkan kawasan
perlombongan di Kuala Lumpur-Port Swettenham (1889), Seremban - Port Dickson (1891), Ipoh dan di Tapah Road - Teluk Anson (1895).Pada tahun
1904, semua kawasan perlombongan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan mempunyai perhidmatan kereta api.Jalan kereta api yang menghubungkan
S. Perai - sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918.Pada tahun 1931, Jalan kereta api di bahagian Pantai Timur yang menghubungkan
Gemas, Pahang dan Kelantan ke Sempadan Siam siap dibina.Jalan kereta api telah disambungkan dengan Sinapura pada tahun 1923.Pembinaan
Jalan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.Di Johor, pelabur Eropah hanya melabur
dalam perusahaan getah selepas terdapat pembinaan jalan kereta api.Pengangkutan kereta api mempercepatkan proses pengangkutan dan dapat
membawa muatan yang banyak.Jalan denai dan kereta lembu digunakan untuk mengangkut timah dan getah telah digantikan dengan jalan raya
berturap dan tanah merah.Menjelang tahun 1895, Selangor, Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400km.Pada tahun 1911, jalan raya
S.Perai-Melaka disiapkan dan jalanraya menguhubungkan Perlis-Singapura telah dibina tahun 1911 – 1928.Jalan raya antara K. Lumpur-Kuantan
dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negara-negara di Pantai Barat - Pantai Timur.Sistem perhubungan ( telegraf , telefon , pos, radio,
perhidmatan udara ) turut diwujudkan.Dengan adanya perhubungan antara negeri serta perhubungan dengan negara luar, perdagangan dapat
dijalankan dengan cekap dan berkesan.
( RUJUK M/S 267 – 269 )
KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19 berlaku apabila sistem tiket kredit diperkenalkan. Bakal imigran ke TM dikumpulkan
dari kampung-kampung di negara China oleh Kheh Thau ( ketua ).Bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa
ke pelabuhan.Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran ( sin keh ) yang di bawa.Sin kheh diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal @
agensi buruh terlebih dahulu menerima bayaran daripada majikan.Sin keh perlu membuat perjanjian lisan @ bertulis untuk menjelaskan hutang mereka
dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam tempoh tertentu.Sin keh dibekalkan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan dituju
serta keterangan sama ada mereka bebas @ berhutang.Apabila sin keh sampai ke pelabuhan yang dituju, mereka akan diambil oleh pemborong buruh
yang bertindak sebagai orang tengah yang kaan mendapat majikan untuk mereka.
SISTEM PENGAMBILAN KAKITANGAN ialah Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan
tenaga buruh.Segala tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-
buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.
SISTEM PENGAMBILAN RUMAH KONGSI ialah Pegambilan buruh dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah
kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi di TM.Apabila buruh diserahkan
kepada tuan rumah kongsi, pembawa akan dibayar degan kadar tertentu yang dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
SISTEM KEMASUKAN SECARA TAJAAN ialah Cara kedatangan imigran berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke (CB) melalui
syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.Kemasukan imigran berketurunan FooChow secara berkumpulan terlaksana ekoran wujudnya persetujuan
antara Ketua FooChow ( Sibu – Wong Nai Siong ) dengan CB.Imigran FooChow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor
pertanian gambir dan lada hitam.
KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19 berlaku secara KEMASUKAN SECARA BEBAS @ MERDEKA. Buruh dari India
( melalui sistem buruh bebas ) datang dengan pembiayaan sendiri.Kedatangan mereka telah diaturkan oleh kumpulan tertentu kerana kepentingan
ekonomi.Setelah sampai di TM, mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki.
SISTEM KONTRAK ialah Majikan akan membiayai tambang mereka ke TM.Sebagai balasan, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk
jangka masa ( 1-3 tahun ) dengan bayaran minimum ( 9 -13sen ).Perkara ini menyebabkan berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh dan
disifatkan sebagai bentuk perhambaan yang tidak ketara.Sistem ini digantikan dengan sistem Kangani (1907) yang berkuat kuasanya Undang-undang
Tabung Imigresen India.
SISTEM KANGANI ialah Kangani ( ketua , mandur @ tandil ) diberi kepercayaan oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India
untuk mencari buruh.Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di TM.Sistem ini menjadikan seorang
kangani itu seperti pengurus agensi yang membawa buruh masuk pekerja asing.Sistem ini diharamkan ( 1938) kerana wujud penyelewengan oleh
Kangani.
T5 bab1
FILIPINA
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daeran-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.Di
selatan kepulauan Filipina wujud kejaan-kerajaan Islam.
Apabila Sepanyol menduduki Filipina, Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah
tertinggi.Ketua datuk bandar mentadbir wilayah.Gabenor Kecil bertindak mentadbir bandar.Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanankan di bawah
Sistem Encomienda.Penyatuan barangay-barangay dikenali encomienda
INDONESIA
Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapabuah kerajaan berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam
di Jawa.Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh
pembesar daerah atau bupati (Jawa)
Pendudukan Belanda telah memperkenalkan pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral.Pada peringkat pentadbiran tempatan
dikendalikan oleh pembaesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.Penubuhan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan
Pertanian.Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.Penubuhan Volskrad iaitu Majlis
Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan sarekat Islam.
THAILAND
Birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkon.Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat
Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis di bawa dari
Britain, Penasihat kastam dan ketenteraan di bawa dari AS dan Perancis.Raja Chulalongkon telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.Sistem Raja
Berpelembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
Bab2
Penguasaan British di perak didalangi oleh J.W.W Birch telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharajalela.Penentangan ini
berlaku secara bersatu oleh pembasar dan sultan.Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor
1874.Para pembesar menolak sistem cukai yang telah menghapuskan hak mereka.Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan
mereka.Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan
tidak tahu berbahasa Melayu.Perjanjian Pankor telah ditandatngani oleh Sultan Abdullah dan Andrew Clarke telah menyebabkan seorang Residen telah
ditempatkan di Perak.Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharajalela dan pembesar Perak terhadap campurtangan British.Dato’
Maharajalela membuat kubu di pasir Salak dan turut mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.Dato’
Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar lain dan hal ini telah
diberitahu kepada Sultan Ismail.Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan negeri Perak kepada British walaupun berlaku penentangan .Mat Arshad, orang
suruhan British telah dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di pasir Salak.Pembunuhan Birch oleh Sepuntum, Pandak Lam
dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharajalela telah menyebabkan British menghantar 500 tentera melancarkan serangan terhadap Pasir salak dan
kawasan yang terlibat.Peristiwa ini telah menyebabkan Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Satu perbicaraan telah
diadakan, Dato’ Maharajalela dan Dato Sagor, Pandak Lam, Pandak Indut telah dijatuhi hukum gantung dan Sultan Abdullah telah dibuang negeri ke
Pulau Seychelles manakala Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor.
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME ialah Pengenalan sistem politik Barat telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan iaitu
British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.Kemeunculan golongan intelek yang
berpendidikan Inggeris dan vernakular Melayu meningkatakan kesedaran bangsa Melayu danmenolak penjajahan British.
Dasar British menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu telah meningkatkan jumlah
imigran dan menguasai ekonomi dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan telah menyebabkan orang Melayu kekal dalam pertanian
yang tidak dimajukan.
Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-
kampung dengan segala kekurangan.Dasar ini telah menjarakkan jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan disedari oleh golongan intelek
Melayu dan menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme.
Pendudukan Jepun dengan konsep Kesemakmuran Asia menekankan pembebasan negara-negara Asia menentukan kemajuan masing-
masing dan meningkatkan persaudaraan tetapi kekejaman Jepun telah meningkatakan kebencian penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur.
Penguasaan PKM selama 14 hari membangkitkan semangat penentangan penjajahan kerana kekejaman kerana membunuh orang Melayu.
Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan akhbar, majalah dan kitab agama untuk mjenyampaikan idea penentanganpenjajah disebar secara
meluas.
Gerakan Pan Islamisme sedunia melahirkan remormis Islam iaitu Syeikh Muhamad Abduh membangkitkan kesedaran pemaghaman Islam
untuk menentang pemnjajahan terhdap negara-nagara Islamyang disebarkan dalam Al Manar. Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis dan
karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajah.
AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : PENGGERAK KESEDARAN RAKYAT
WARTA MALAYA
LEMBAGA MALAYA
MAJLIS
UTUSAN MELAYU
WARTA NEGARA
FAJAR SARAWAK
ISU POLITIK YANG DIBANGKITKAN ialah meminta British memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. Menggalakkan pendidikan untuk anak
perempuan.Menyeru orang melayu meninggalkan sikap negatif sperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha.Menggalakkan tabungan dikalangan
orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.Mementingkan kemahiran tradisional orng Melayu seperti pertukangandan kerja tangan.Mementingkan
pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang melayu.Meminta taraf sekolah melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi.Memartabatkan
bahasa melayu sebagai bahsa rasmi dalam pentadbiran British.Menyeru orang melayu tidak meninggalkan pendidikan islam.Mengekalkan niali-nilai
baik masyarakat melayu.
ISU BERKAITAN EKONOMI YANG DIBANGKITKAN IALAH menggalakkan syarikat kerjasama.Meminta British mengurangkan kemasukan orang
dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan.Menggalakkan perniagaan dikalangan orang melayu.Melarang orang melayu daripada menjual
tanah mereka.Menyeru orang melayu supaya berjimat cermat.Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di KL
ISU SOSIAL YANG DIBANGKITKAN ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa-kuasa Raja-raja Melayu.Mengkritik pembesar dan raja-raja
Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat.Menolak dasar pilih kasih Britis dalam pentadbiran kerajaan.Menuntut
diadakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam perhidmatan kerajaan.Menyeru orang Melayu di Tanah Melayu supaya
bersatu dalam sebuah pertubuhan tempatan.Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik orang Melayu
KESATUAN MELAYU SINGAPURA DIPIMPIN OLEH Mohamad Eunos Abdullah,Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh. Isu yang diperjuangkan oleh
persatuan ialah menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk melayu Singapura dengan Mohamad Eounos Abdullah menjadi wakil KMS dalam
pentadbiran British. Bertindak sebagai wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan NNS mendesak kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya
memperolehi sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu si Singapura.
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Isu yang diperjuangkan oleh persatuan ini ialah menggalakkan perpaduan
dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia. Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.Menubuhkan negar Melayu Raya
atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia
PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM) dipimpin oleh S. M. Zainal Abidin B.Ahmad. Isu yang diperjuangkan oleh persatuan ini ialah
menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi mewujudkan perpaduan bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.
Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi , pendidikan dan perhidmatan kerajaan.
KONGRES MELAYU memperjuangkan supaya membincangkan soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi.Membincangkan pilih
kasih British kepada anak negeri asal.Mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik.Mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan orang
Melayu.
( RUJUK M / S )
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Matlamat penubuhan ialah untuk menggalakkan
perpaduan dikalnagn pemuda Melayu di seluruh Semenenjung.Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.Menubuhkan negara Melayu Raya atau
Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk
menghalau British keluar dari tanah Melayu.Menjadikan KMM agen propoganda Jepun , membeli Warta malaya untuk dijadika alat propoganda anti-
British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propoganda
menentang British.Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader dikenali tentera
semut untuk menentang British.Ibrahim Yaaakob , Ishak haji Mohamad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap British pada akhir tahun
1941 kerana kegiatan tersebut dan mereka dipenjarakan di Changi, Singapura.
Barisan Pemuda Melayu Perak dipimpin oleh Ahmad Boestaman bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu. Mereka dilatih berkawad sebagai
tentera sukarela Jepun.
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan menjelang akhir pendudukan Jepun, usaha untuk memberikan kemerdekaan kepada
Indonesia telah dijalankan.Ibrahim Haji Yaakob telah meminta Jepun memberi kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.Perkara ini sesuai
dengan matlamat KMM untuk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.KRIS telah ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan tugas
tersebut.Kongres Pemuda KRIS diadakan di KL bagi membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia.Walaupun Indonesia
mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yang mendadak, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan
lebih awal iaitu pada 15 Ogos 1945.Perkara ini telah menyebabkan persidangan KRIS di KL dibatalkan.Ibrahim Yaakon dan isterinya dan orang
kanannya berlindung di Indonesia.Dengan itu , kemerdekaan di bawah Indonesia Raya atau Melayu Raya telah gagal
( RUJUK M / S )
PERSATUAN MENENTANG JEPUN MELALUI GERAKAN BAWAH TANAH DAN BEKERJASAMA DENGAN BRITISH
( S : NYATAKAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG MENENTANG KETIKA PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU )
PARTI KOMUNIS MALAYA telah menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun.Organisasi ini telah disokong oleh British yang memberikan bantuan
senjata.
Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga kaum
penting di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.
Force 136 banyak dianggotai oleh orang Melayu. Keanggotaan Force 136 adalah kecil dan terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang
bekerjasama dengan tentera British.Pasukan ini bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah , Johor dan Pahang.
Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun.Anggotanya terdiri daripada guru , pegawai tadbir kerajaan dan orang
kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.
( RUJUK M / S )
Bab3
CIRI – CIRI NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA IALAH negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang
berwibawa.Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang
tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan
memerintah sesebuah negara.Di malaysia, perlembagaan merupakan peraturan tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir
negara. Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam,
kesenian dan pengalaman sejarah
Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal danmelaksanakan dasar sesebuah negara.Kerajaan atau institusi
pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar-dasr tersebut.Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan
penentu arah kehidupan masyarakatsesebuah negara.Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan
Perundangan , Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
CIRI – CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA IALAH Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan
lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.Kedaulatan merujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas dari campurtangan,
paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rajanya.
Terdapat dua jenis undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agama islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang laut Melaka.Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang dikalangan anggota
masyarakat.Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam ,undang-undang keluarga dan sebagainya.Undang-
undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara berkaitan pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur
cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukum bagi kesalahan jenayah.
Rakyat bertanggungjab untuk mentaati raja yang memerintah, bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan,
mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat melayu, bahasa Melaytudan agama islam,tengkolok diraja, cogan Agama, gendik di raja, kalung
diraja, pending Diraja merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh bendehara, penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak
institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfoliomengikut bidang tugas masing-masing.
WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU Sistem pemerintahan Negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Johor berdasarkan sistem pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.Warisan Kesultanan Melayu Melaka turut berkembang ke negeri-negeri Melayu seperti adat istiadat Melayu, agama islam
dan bahasa Melayu.Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.Semua pemerintah negeri tersebut menggunakan gelaran
nama Sultan pada awal nama masing-masing.Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa . Putera
sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi
takhta tersebut.Johor, Perak dan Johor mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka tetapi terdapat perbezaan dari
segi gelaran pembesar kerana perubahan semasa dan penyuasaian dengan keadaan tempat.Kitab undang-undang negeri Johor, Perak dan Pahang
disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.
JEMAAH MENTERI TERDIRI DARIPADA Jemaah Penasihat raja yang bertanggungjawab menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan
rahsia.Jemaah Menteri Istana bertanggungjawab menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan.Jemaah Menteri Keadilan
dan Kehakiman bertanggungjawab mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.Jemaah Menteri dalam Negeri bertanggungjawab
menjaga keamanan negeri.Jemaah Menteri Luar bertanggungjawab menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.Jemaah Menteri Perbendaharaan
bertanggungjawab mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.Jemaah Menteri Peperangan bertanggungjawab menguruskan pertahanan dan
keamanan negeri.Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri bertanggungjawab menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
FAKTOR-FAKTOR MENYOKONG PEMBENTUKAN MALAYAN UNION ialah Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu
menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.Mereka juga bersetuju dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak
perlindungan kepada orang Melayu.Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-
masing.Mereka juga percaya janji British yang akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.British berjanji akan memberi kemerdekaan pada
Tanah Melayu yang merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.Parti Kebangsaan Melayu Malay (PKMM)
menyokong kerana pemerintahan bersifat barat dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.Konsep Republik seperti di Indonesia dapat
dijalankan dan seterusnya Melayu raya dapat dilaksanakan. Hal ini menyebabkan Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dab
Barisan Tani Malaya (BATAS) memberi sokongan.Penyatuan pentadbiran Islam dalam Malayan Union disokong PKMM kerana hal ehwal pentadbiran
Islam dipermudah.Terdapat pegawai Tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai
kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu
CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION dilakukan ialah akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu. Majlis dan Akhbar Warta Negara telah
menyuarakan bantahan secara berterusan.Orang Melayu mengadakan demontrasi secara damai semasa Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan daripada sultan.Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union dan menghantar telegram dan surat
bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United malays Organization (UMO) sebagai
benteng menentang Malayan Union.Kongres Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiaman telah dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh
negara.Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) untuk mentang Malayan Union.Kongres Melayu kedua
diadakan pada 30 hingga 31 March untuk membantah pengisytiharan Malayan Union.Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar
untuk meninjukkan bantahan mereka kepada ahli Parlimen British, iaitu LD Gammans dan David Reese Williams.Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala
Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli perlimen tersebut.
Bab 5
SURUHANJAYA REID ditubuhkan ialah untuk membincangkan dan meyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Selain itu,
Suruhanjaya ini juga bertanggung jawab untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu.
ISU-ISU YANG MENJADI PERHATIAN suruhanjaya ini ialah meminta supaya pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan memeberi
kuasa autonomi kepada negeri. Mengambil kira mengenai kedudukan Raja-raja Melayu. Mempertimbangkan hak istimewa Orang Melayu sebagai
penduduk asal.Pengwujudan satu bangsa PTM juga diberi perhatian. Meneliti kerakyatan jus soli ditentang oleh orang Melayu. Kerakyatan jus soli
memberi hak sama rata kepada semua kaum boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Raja-raja Melayu bersetuju memberi kerakyatan
dengan syarat orang bukan Melayu mengikhtiraf kedudukan Istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan. Menjadikan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ialah Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.Pemisahan antara dua kuasa persekutuan dan negeri
melalui Senarai Persekutuan dan Seanarai Negeri.Institut raja dijadikanRaja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.Tiga jenis kerakyatan
diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi (prinsip jus soli diterima).Kedudukan Keistimewaan Orang Melayu
dikekalkan.Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara.
Pentadbiran negara bersifat demokrasi Berpalimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak dibawah kuasa Perlimen.Pada peringkat negeri ,
Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau akan dibantu oleh DUN dan EXCO.Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan
PERJANJIAN MALAYSIA 1963 meluluskan Akta yang mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu,Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara
Malaysia. Parlimen yang terlibat meluluskan akta ini ialah Parlimen British,Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan
Sabah dan Majlis Undangan Sarawak. Pada 26 ogos 1963 , yang dipertuan Agong memeperkenankan Akta Malaysia yang merangkumi
Sabah,Sarawak. Singapura dan Tanah Melayu.
KANDUNGAN AKTA MALAYSIA ialah semua hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan.Agama islam merupakan agama
rasmi Persekutuan kecuali bagi Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahsa
Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.Bagi Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi adalah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia. Sabah dan Sarawak diberi kuasa hal ehwal imigresen dan perhidmatan awam Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah (15) dan Singapura
(15) bagi perwakilan parlimen dalam pilihan raya. Rakyat bumiputera Sabah dan sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu
Bab7
RAJA BERPELEMBAGAAN
RAJA BERPELEMBAGAAN ialah Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
BIDANG KUASA YANG DPERTUAN AGONG ialah YTA mengetuai 3 badan iaitu Badan Perundangan , Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.YTA
berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen.YTA merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.YTA berkuasa mengampun atau menangguh
sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera.YTA bertanggungjawab menjaga dan memelihara Hak Istimewa Orang Melayu.YTA boleh
menitahkan Majlis Raja_raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan dan kemulian raja-raja Melayu.YTA
merupakan ketua agama bagi negeri baginda dan dbagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.YTA mempunyai budi bicara
untuk melantik Perdana Menteri.YTA mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
nasihat daripada Perdana Menteri.YTA boleh mengisytiharkan undang-undang Daryrat dibawah Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara
terancam.YTA berkuasa melantik Pengerusi, dan 3 ahli SPR, ahli perhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perhidmatan Awam.YTA bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan Ketua Audit bagi Persekutuan.YTA berkuasa untuk mentauliahkan duta-duta
negara.
DEMOKRASI BERPALIMEN bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negera manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat.Dalam sistem Demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat untuk membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan
melalui pilihan raya.Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.Sistem Demokrasi
berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahn
demokrasi berpalimen di negara kita.Perlembagaan ini dibuat pindaan untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
SISTEM REPUBLIK ialah sistem yang menolak institusi beraja.Kerajaan diketua oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.Contoh
negara mengamalkan sistem ini ialah negara Perancis, Kore Selatan, India, Filipina.Presiden memegang dua jawatan iaitu ketua kerajaan dan ketua
negara.
RAJA BERPELEMBAGAAN Sistem penerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.Pemerintahan dibantu oleh
Perdana Menteri
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
LAMBANG YANG TERDAPAT DALAM JATA NEGARA ialah Empat jalur berlainan ditengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan pahang (NNMB)warna hitam dan putih (Pahang), warna merah dan kuning (Selangor) , warna hitam, putih dan kuning (Perak),
warna merah,hitamdan kuning ( Negeri Sembilan).Dilambangkan oleh pokok melaka yang terdapat dibahagian kanan perisai.Lima bilah keris pada
perisai melambangkan negeri Perlis,Kedah,Kelantan, Terangganu Dan Johor (NNMTB).Pulau Pinang dilambangkan pokok pinang yang terdapat di
bahagian kiri perisai.Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah
empat belas melambangkan gabungan empat belas negeri dalam persekutuan Malaysia.Dua ekor harimau yang menyokong perisai bermaksud
keberanian.Dibawah perisai terdapat cogan kata “bersekutu Bertambah Mutu” yang bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi
perpaduan antara negeri dan persekutuan.Jata negeri Sabah, Sarawak melambangkan negeri tersebut manakala bunga raya melambangkan bunga
kebangsaan
BENDERA KEBANGSAAN
Warna merah melambangkan kedaulatan.Warna putih melambangkan kesucian.Empat belas jalur merah dan putih melambangkan gabungan 14 negeri
dalam Persekutuan.Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama islam sebagai agama rasmi.Bintang berpecah empat belas melambangkan
gabungan 14 negeri dalam Persekutuan.Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu.Warna biru melmbangkan perpaduan rakyat
berbilang kaum di Malaysia.
LAGU KEBANGSAAN Sebelum merdeka lagu kebangsaan Malaysia adalah lagu kebangsaan British iaitu God Save The Queen.Nama lagu
kebangsaan ialah negaraku dan dicipta pada tahun 1957.Lirik lagu asal adalah berasal dari Lagu Terang Bulan ( lagu negeri Perak). Pemilihan lagu
diadakan di Dewan Polis Depoh oleh Tunku Abdul Rahman yang bertindak sebagai jemaah hakim. Lagu yang dipilih akhirnya telah diperkenan oleh
Mjlis Raja-raja Melayu.Lirik lagu tersebut telah diubah semula oleh En Saiful Bahari berdasarkan lagu Terang Bulan.Maksud yang terdapat dalam lirik
lagu kebangsaan ilah menuntut kita bersyukur, taat kepada Raja, dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Bab8
LAPORAN BARNES (1950) mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan.Laporan Barnes mencadaangkan
penubuhan satu jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan.Sekolah kebangsaan yang dicadangkan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dah peringkat lebih tinggi.Cadangan ini ditentang
oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat.
LAPORAN FEN-WU (1951) mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal. Laporan Feen Wu bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
ORDINAN PELAJARAN (1952) diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Feen Wu.Ordinan ini mencadangkan dua sistem
persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaityu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan
disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa.Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris.Bahasa Inggeris diwajibkan diajar di
sekolah Melayu. Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan orang Cina dan India.Selain itu, kekurangan wang dan ancaman
pengganas juga menyebabkan ordinan ini tidak dapat dijalankan.
PENYATA RAZAK (1956) ialah sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein.Penyata Razak telah
mengemukakan dua elemen penting iaitu sistem persekolah yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan.
Penyata Razak mencadangkan penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak
mencadangkan sekolah jenis umum menggunakana bahasa Inggeris , Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan
sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan sekolah menengah Inggeris
mengguakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di
semua sekolah.Penyata Razak telah mengemukaakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan
yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.Penyata Razak telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960) mencadangkan sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.Laporan Rahman Talib mencadangkan sekolah jenis
umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan
bangsa. Laporan Rahman Talib mencadangkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Sekolah rendah yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukarkan kepada bahasa Melayu.Laporan Rahman Talib mencadangkan penggunaan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar disemua sekolah menengah.Pelajaran agama islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak
kurang 15 pelajar Islam.Bahasa Cina dan tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.Semua
peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.Laporan rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
SISTEM SEKOLAH ANEKA JURUSAN (1965) diperkenalkan untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah
akademik.Sistem ini bermatlamat untuk menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga umur 15 tahun dengan memberi pelbagai
kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga mahir dan persedian untuk pasaran kerja.Kursus kemahiran pilihan yang diajar ialah perdagangan, sains
rumah tangga, seni perusahaan dan sains pertanian.Mata pelajaran wajib pula adalah sama seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.
JAWATANKUASA KABINET (1974) dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan.Objektif utama ialah untuk menilai
sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.
Jawatankuasa ini mahu mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisplin dan terlatih.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M).Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan mengenai kenaikan darjah secara automatik.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan
terhadap sekolah vokasional.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap sukatan pelajaran sekolah swasta.Laporan jawatankuasa ini
memberi penekanan terhadap bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan
terhadap penyertaan aktiviti kokurikulum.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap keperluan disiplin sebagai asas
perpaduan.Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
pada tahun 1982.Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan pada tahun 1988.Kurikulum ini juga menekankan perkembangan diri
pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap kepada dasar Pendidikan
Kebangsaan.
TAHAP PERTAMA
Bab 9
Hubungan BILATERAL - Merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Seperti Singapura, Australia
HUBUNGAN MULTILATERAL -Merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan @ pertubuhan seperti ASEAN, OIC
ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA DIPENGARUHI OLEH FAKTOR SEJARAH.Sejak zaman kesultanan Melayu
Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China , India, Siam dan negera-negara kepulauan melayu.Hubungan luar berdasarkan
serumpun di kepulauan Melayu.Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara
yang lain seperti Australia dan New Zealand.Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara yang Pro barat semasa diancam oleh fahaman komunis
yang menggugat keselamatan.Malaysia masih bergantung kepada kuasa barat kerana masih belum mempunyai keupayaan ketenteraan.
Selain itu,FAKTOR EKONOMI yang mempengaruhi asas pengubalan dasar luar Malaysia ialah Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas.
Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan semua negara dalam usaha memajukan ekonomi.Malaysia merupakan pengeluarkan bijih timah dan
getah utama. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara maju seperti Britain dan AS untuk memasarkan barangan tersebut.Selepas
merdeka, Malaysia masih menjalinkan hubungan dengan negara ini kerana mengharapkan modal dan pasaran dan peluang pekerjaan yang
tinggi.Malaysia menjalinkan hubungan dengan Korea dan Jepun melalui Dasar Pandang ke Timur.Menjalinkan hubungan dengan negara membangun
( negara Dunia Ketiga) dalam usaha meningkatkan pasaran barangan dan pelaburan.Menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam untuk
meningkatkan pasaran bagi barangan dan pelaburan di negara Islam.
FAKTOR POLITIK Malaysia merupakan negara demokrasi. Oleh itu, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan sendiri berdasarkan
prinsip keamanan sejagat.Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Oleh itu, Malaysia menyokong Palestin bagi mengujudkan keamana di
Asia Barat.Malaysia memegang teguh Piagam PBB bagi memelihara keamanan sejagat.
FAKTOR GEOGRAFI Kedudukan Malaysia yang strategik dan bersempadan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Thailand,
Singapura, Brunei.Perairan negara juga menjadi laluan utama kapal dagang, keselamatan serantau akan mempengaruhi dan meninggalkankesan
terhadap keselamatan.
FAKTOR DEMOGRAFI Menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam sejajar dengan majoriti penduduknya Islam.Tidak menjalinkan
hubungan dengan negara Israel kerana dasar negara tersebut yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.Malaysia menentang dasar Aparteid
di Afrika Selatan kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kebebasan beragama.Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara
berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan dan negara tersebut bersikap komited terhadap hak asasi manusia.
PERTUBUHAN KOMENWEL
CIRI -CIRI PERTUBUHAN KOMENWEL ialah anggotanya merupakan bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka.Keanggotaannya terdiri 54 buah
negara maju dan negara menbangun.Sekretariat telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
MATLAMAT PERTUBUHAN KOMENWEL ialah untuk membina semangat setia kawan dikalangan negara anggota.Mengwujudkan kerjasama dalam
segala bidang di kalangan negara anggota.
FAEDAH
FAEDAH PENYERTAAAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL IALAH Negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara kedaulatan dan
keamanan negara dalam bentuk menyekat perjuangan PKM.Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, N. Zealand menjanjikan
bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang.Manganjurkan CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 .Mengisytiharkan deklarasi Langkawi berkaitan
tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.Menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia.Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.Rancangan Colombo
menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.Berjaya menganjurkan sukan Komanwel pada tahun 1998
CIRI -CIRI PBB ialah pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa gagal untuk menghalang berlakunya Perang Dunia ke Dua.Ibu
pejabat asal di San Francisco dan telah ditukarkan ke New York pada tahun 1946.Peringkat awal dianggotai oleh 51 buah negara dan keahlian ini
bertambah pada 189 buah negara pada tahun 2002.Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 setelah mencapai kemerdekaan.Malaysia anggota harus
akur dengan Piagam PBB.
MATLAMAT
MATLAMAT PENUBUHAN PBB IALAH untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia.Menggalakkan hubungan berbaik-baik dengan negara
anggota.Berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna
kulit.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
FAEDAH
FAEDAH MALAYSIA MENYERTAI PBB IALAH MALAYSIA mendapat pinjaman dari Bank Dunia dari segi kewangan dalam usaha menyusun semula
dan membangunkan ekonomi negara.Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan diharapkan dapat membasmi kemiskinan
diluar bandar dan sediakan peluang pekerjaan.Menggunakana bantuan Bank Dunia untuk menjayakan FELDA.Menggunakan bantuan Bank Dunia
untuk membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
CIRI-CIRI Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika
Selatan.Anggotanya adalah sebanyak 113 buah negara, manakala 16 sebagai pemerhati dan 28 merupakan tetamu jemputan.Keanggotaan Malaysia
ialah pada tahun 1970 iaitu semasa berlaku pertukaran dasar luar Malaysia daripada Pro barat dan anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan
semua negara.
MATLAMAT NAM ialah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat atau Blok Komunis.Mengelakkan campurtangan asing dalam
hal ehwal sesebuah negara.Menghormati kedaulatan sesebuah negara.Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan
persefahaman.Menghormati hak asasi manusia
FAEDAH penyertaan Malaysia dalam NAM ialah Malaysia membuat beberapa usul membela kepentingan negara-negara membangun dalam
Persidangan Kemuncak di New Delhi. Malaysia membangkitkan isu berkaitan Palestin,kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.Dalam Sidang
Kemuncak Ke 8, di Harare( Zinbabwe) , Malaysia mencadangkan penghapusan dasar aparteid di Afrika.Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih
sebagai naib presiden dalam Persidangan Kemuncak NAM di Belgrade ( Yugoslavia).Malaysia dilantik sebagai ahli kumpulan G16 yang
membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah dalam Sidang Kemuncak Persidangan NAM ke 13(2003). Persidangan ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan
kehadiran 63 ahli anggota iaitu 31 ketua negara dan 32 ketua kerajaan.Dalam persidangan ini, Malaysia berjaya mendaftar ahli baru iaitu Timur Leste
dan Pulau Catalina.Dalam sidang ini juga, Malaysia berjaya menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC.Deklarasi KL menekankan usaha menghidupkan
kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan AS terhadap Iraq.
FAEDAH Malaysia mendapat pinjaman dari Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.OIC
memberi bantuan untuk penubuhan UIAM
KUMPULAN-KUMPULAN SELATAN
CIRI -CIRI Negara–negara selatan ialah negara-negara ini dikenali juga dengan nama Negara Dunia ke Tiga.Negara- negara ini mempunyai persamaan
dari segi latar belakang ekonomi yang sama dan pernah dijajah oleh Barat.Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan
mentah.Negara- negara ini tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah untuk menjadi barangan siap.Pergantungan ini
telah membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap bahan mentah.Kadar faedah yang terlalu tinggi terhadap
pinjaman yang diberikan.Matlamat kumpulan ini untuk mengatasi harga eksport bahan mentah dan tingkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal tanpa
bergantung kepada negara maju.
LANGKAH KERAJAAN MEMAJUKAN ICT ialah Malaysia menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah yang dihasilkan oleh
ICT.Malaysia menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosi pembangunan ICT.Kerajaan telah melancarkan Koridor raya Multimedia (MSC) yang
telah memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.Dalam Rancangan Malaysia ke -8, Malaysia telah
memperuntukan belanjawan sebanyak RM5.2billion bagi projek berasaskan ICT.Sebanyak 1 billion daripada peruntukan tersebut digunakan untuk
merapatkan jurang perbezaan ICT antara bandar dan luar bandar.
MSC telah dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad.MSC adalah kawasan yang mencakupi KLCC sehingga KLIA.Koridor ini telah
dibangunkan secara berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara.Tujuannya adalah untuk menfaatkan sepenuhnya pembangunan Teknologi
maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
PEMBENTUKAN K-MASYARAKAT
K- masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri dengan pengetahuan agar dapat terus
bersaing.Hal ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan dengan secekapnya
oleh kerajaan terutama dalam bidang pendidikan.Usaha telah dijalankan bagi membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan Malaysia.
Antaranya pembinaan Sekolah Wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang dapat meningkatkan daya
saing.Sekolah Bestari telah dilengkapkan dengan prasarana Teknologi Maklumat dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap IT.
Kurikulum telah diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif,dinamis dan berfikiran kritis dan analitis.Melahirkan
kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi ,bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi bagi menyahut cabaran globalisasi.Matlamat k-masyarakat
dan k-ekonomi adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mengwujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan sainstifik.
K-EKONOMI
K-ekonomi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa
kemajuan.Pada era gobalisasi, k-ekonomi memain peranan yang penting yang mampu bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan
perhidmaytan yang disediakan.Pada era k-ekonomi,teknologi dan industi berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama dalam menjana
keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan serta perkongsian pintar.Sumber yang paling berharga dalam k-ekonomi adalah modal intelek
dan juga pekerja berpengetahuan.Modal intelek hanya boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan diikuti dengan semangat serta daya saing yang
tinggi.Tenaga kerja yang berpengetahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan.Inovasi merupakan
kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui R&D.Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar
kepada penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.Di samping itu, kerajaan sentiasa
menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha untuk meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.