You are on page 1of 1

Peningkatan Infrastruktur

Kemajuan ekonomi yang pesat di Mentakab menggalakkan pembangunan infrastruktur moden.


Kemudahan infrastruktur ini disediakan bertujuan untuk melicinkan perjalanan pelbagai kegiatan
ekonomi. Ini secara tidak langsung membolehkan pendudukan menikmati infrastruktur tersebut.
Antara kemudahan infrastruktur yang disediakan termasuklah sistem pengangkutan,bekalan
elektrik, bekalan air, dan kemudahan komunikasi.
Jaringan pengangkuatan yang cekap penting untuk membolehkan bahan mentah dan barang
siap dipasarkan dengan segera. Contohnya terdapat jalan raya dan lebuh raya. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan tahap ketersampaian. Bekalan air dan elektrik menjadi semakin
penting selaras dengan perkembangan kegiatan ekonomi. Perkembangan kegiatan ekonomi juga
menyebabkan pengangkutan kereta api dinaik taraf.
Bekalan air dan elektrik menjadi semakin penting selaras dengan perkembangan kegiatan
ekonomi di Mentakab. Sistem perhubungan merupakan factor yang penting untuk melicinkan
kegiatan ekonomi. Penyediakan sistem perhubungan seperti telegraf, teleks, faksimili,
perkhidmatan pos, telefon, dan internet untuk tujuan kegiatan ekonomi juga dapat dimanfaatkan
oleh penduduk.

Keretapi
-Stesen Keretapi, Jalan Stesen, 28400 Mentakab
-KTM Distribution Sdn Bhd, Stesen Keretapi, Jalan Stesen, 28400 Mentakab

Bekalan elektrik
-Tenaga Nasional Bhd

You might also like